DAGING adalah salah satu sumber protein yang sangat penting buat tubuh. Namun, apabila kita tidak tahu cara menyimpan daging yang betul atau sepatutnya, maka protein yang ada di dalamnya pun akan mudah hilang.
Biasanya sekali kita membeli daging, kita tidak akan terus mengolah ke semuanya untuk dimasak. Apatah lagi jika kita membelinya dalam jumlah yang banyak untuk dibuat stok.
Apabila cara menyimpan daging tersebut tidak betul, bukan sahaja kandungan zatnya yang akan hilang, malah daging itu sendiri akan menjadi tidak segar dan rosak.
Di bawah ini diberikan beberapa cara menyimpan daging yang sebaiknya dilakukan:
Cara Menyimpan Daging Segar
- Simpan daging dalam peti sejuk jika tidak segera dimasak. Simpan daging di bahagian peti sejuk yang paling sejuk/beku. Jaga suhu peti sejuk 1° hingga 5° Celcius supaya bakteria tidak cepat membiak dan membuatkan daging busuk.
- Potong daging menjadi beberapa bahagian.Memisahkan daging dalam beberapa bahagian akan membantu kita untuk membekukan daging dan mencari jumlah daging yang tepat untuk dicairkan ketika mahu memasaknya.
- Bungkus rapat daging yang sudah dipotong dengan menggunakan plastik kedap udara (wrap). Setelah di wrap, bungkus lagi dengan menggunakan beg plastik dan simpanlah di dalam peti sejuk.
Cara menyimpan daging sebegini akan membuatkan daging tetap segar, awet dan tidak mudah rosak.
4.Rendam daging dalam mangkuk besar berisi air untuk melembutkannya sebelum dimasak. Potongan kecil dapat mencair dalam waktu 15-20 minit. Jadi, adalah lebih baik jika bekukan daging dalam potongan saiz kecil. Sudah pasti kita akan mengeluarkannya mengikut kuantiti yang hendak kita masak sahaja,
Cara Menyimpan Daging Beku
- Sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk, pastikan kita telah membungkusnya kemas-kemas di dalam plastik kedap udara.’
- Simpan di dalam peti sejuk dengan suhu ideal 18° Celsius
- Sebaiknya jangan simpan selonggok dan terlalu banyak.
- Apabila ingin mengolahnya, adalah lebih baik kita biarkan daging tersebut cair di dalam peti sejuk dengan suhu -1° sampai +4° Celsius .Ini adalah kerana apabila daging beku dicairkan di luar peti sejuk, hasil masakan daging tersebut akan terasa liat ketika dimakan.
- Setelah daging lembut atau bebas daripada air batu, teruslah dimasak.Kita disarankan tidak bekukan kembali daging yang sudah dikeluarkan daripada peti sejuk kerana sudah terdedah dengan udara dari luar peti sejuk.
Itulah antara beberapa cara menyimpan daging yang sebaiknya kita lakukan. Biasanya daging boleh disimpan di dalam peti sejuk selama enam bulan.