Bayi Kembung Perut atau kolik meskipun tidak membahayakan, tetapi jika tidak segera ditangani biasanya bayi akan terus meragam dan menangis! Anda tahukan menangis terlalu lama tidak baik untuk bayi?
Bayi yang normal biasanya akan membuang gas 12 hingga 21 kali dalam seahari. Bayi akan meragam habis ketika perutnya terlalu kembung, kerana terlalu banyak gas di dalam perutnya. Selain meragam dan kuat menangis, bayi juga akan susah tidur, perutnya buncit dan terasa keras bila ditekan lembut.
Berikut beberapa cara mengatasi bayi kembung perut:
-
Urut Perlahan-Lahan
Urut lembut atau perlahan-lahan perut dan tubuh bayi. Gunakan sedikit sapuan minyak bayi sama ada minyak telon ataupun minyak kayu putih untuk menambahkan kehangatakan pada baik. Cara ini mampu membantu mengatasi bayi kembung perut.
- Tepuk Lembut Bahagian Belakang Bayi
Tepuklah dengan lembut bahagian belakang bayi selama 1 hingga 2 minit, sampai bayi mengeluarkan sendawa.
Tujuan kita menepuk lembut bahagian belakang badan bayi adalah untuk membuatkannya sendawa dan mengeluarkan gas yang berlebihan dari dalam saluran penghadamannya.
-
Utamakan Susu Ibu dan Hati-Hati Memilih Susu Formula
Susu ibu adalah susu terbaik untuk baik dan dapat mengelakkan masalah kembung. Bagaimanapun, bagi ibu-ibu yang tidak dapat menyusui bayinya akan memilih susu formula sebagai alternatif. Namun, menggunakan susu formula ini boleh mengundang risiko bayi kembung perut.
Tidak semua susu formula baik untuk bayi. Jangan lupa memeriksa kandungannya, tarik luput serta kesesuaiannya. Susu yang tidak sesuai dengan perkembangan bayi boleh membuatkan bayi kembung perut.
Apatah lagi, jika susu formula tersebut sudah luput tarikhnya dan sangat membahayakan kesihatan bayi.
Untuk mendapatkan nutrisi terbaik untuk bayi, sebaiknya umur bayi 0-1 hingga dua tahun diberikan susu ibu. Di samping itu, ketika menyusui bayi pastikan posisi kepalanya lebih tinggi daripada bahagian perutnya.
Dengan posisi kepala bayi lebih tinggi dari perutnya, susu yang diminum akan segera turun ke bawah perut dan udara berada di atas menyebabkan bayi mudah sendawa.
Begitu juga apabila kita menggunakan botol susu.Pastikan posisi potol sedikit tinggi ke atas dan harus di atas mulut bayi. Ini adalah kerana untuk menghindari agar tidak ada gelembung udara di dalam botol atau di puting susu. Ianya sangat membantu mengatasi bayi kembung perut.
-
Mengajak Bayi Bermain
Dengan mengajak bayi kita terus bermain, mengajaknya bercerita atau melakukan aktiviti menyenang akan membantu bayi mengeluarkan gas ketika organ badannya aktif.
- Mandi Air Suam
Cara sederhana iaitu memandikan bayi dengan air suam sebelum pukul 6 petang, mampu mengatasi masalah bayi kembung perut.
Setelah mandi, pastikan memakaikannya dengan pakaian yang sesuai dan jangan lupa sapukan minyak angin telon atau minyak kayu putih di perut bayi dan bahagian belakang badan bayi.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]