Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
Menu
cara mudah tidur

Cara Mudah Tidur, Nyenyak Sampai Ke Pagi

Posted on 08/17/201608/17/2016 by 123mamanet
cara mudah tidur
Kredit:lybrate

SIAPA yang nak tahu cara mudah tidur? Apatah lagi dapat tidur dengan nyenyak tanpa sebarang gangguan sampai ke pagi. Lagipun hampir semua orang di dunia ini pernah mengalami kesukaran untuk tidur!

 

Tidur yang berkualiti dan sihat adalah tidur yang dapat merehatkan fikiran dan tubuh kita. Tetapi, bukan semua orang boleh dapat tidur yang berkualiti itu. Untuk mengatasi masalah ini, ada beberapa cara mudah tidur yang boleh dilakukan, cuma kita perlu buat sedikit perubahan terhadap kebiasaan-kebiasaan yang mungkin kita lakukan supaya tidur kita jadi lebih berkualiti.

 

1. Matikan Semua Peralatan Elektronik

cara mudah tidur
Kredit: i.huffpost

Cuba matikan atau hindari sebarang peralatan elektronik. Jika sebelum ini kita asyik melayan telefon bimbit, komputer riba, tablet, TV dan sebagainya di bilik tidur, kini cubalah hentikannya. Semua peralatan tersebut akan memperlambatkan pembentukan hormon yang menyebabkan rasa mengantuk itu pada tubuh.

Jadi, matikan semuanya, paling kurang sejam sebelum kita melelapkan mata. Berhenti seketika untuk melayan Facebook, Twitter, Instagram, Whatapps dan sebagainya kerana ia boleh menyebabkan stress serta meningkatkan rasa cemas atau resah. Di samping itu juga, dalam keadaan yang gelap, tubuh akan menjadi lebih mudah letih dan kemudian mengantuk.

Jika kita menghidapi penyakit insomnia, pastikan bilik tidur kita dalam keadaan gelap gelita kerana ia membantu kita untuk tidur lebih cepat lagi.

 

2. Buat Diri Kita Benar-Benar Rasa Selesa

cara mudah tidur
Kredit: drmichellerobin

Pastikan bilik tidur kita sentiasa selesa, bersih, kemas dan tidak macam kapal karam.Gunakan tempat tidur yang bersih untuk menenangkan fikiran.
Cuba relaks beberapa jam sebelum tidur. Jika suka, boleh titiskan sedikit minyak lavender pada bantal dan selimut.

 

Selain itu, minum segelas susu suam yang telah dicampur dengan sedikit madu. Ini adalah salah satu cara mudah tidur yang boleh kita praktik.Tetapi, jangan lupa memberus gigi sebelum tidur kerna gula dalam susu dan madu boleh merosakkan gigi.

 

3. Buang Air Kecil Dulu!
Cara mudah tidur yang lebih nyenyak sampai ke pagi, sebaiknya kita ke tandas terlebih dahulu untuk membuang air kecil. Selain menghindari air kencing tersebut bertakung penuh ketika tidur, ia menyihatkan kantung air kencing kita yang mana pada ketika kita sedang tidur, ianya tetap bekerja untuk menampung air kencing kita.

 

4. Latihan Pernafasan
Cara mudah tidur yang seterusnya, cubalah lakukan beberapa senaman pernafasan. Kenakan pakaian tidur yang longgar, posisikan diri kita dalam keadaan yang benar-benar selesa. Kemudian tarik nafas dalam-dalam, kira sampai 7 saat dan kemudian, buangkan juga dalam 7 saat. Ulangkan latihan pernafasan ini selama 10 minit.

 

Di samping itu juga, cuba sesuaikan posis bantal kita. Sebaiknya kita tidur dengan keadaan leher dalam garis lurus. Jika perlu, letakkan posisi bantal di antara lutut kita untuk menjaga pinggang agar berada dalam keadaan yang neutral ketika tidur. Ramai yang gemar menggunakan dua biji bantal ketika tidur, satu digunakan untuk menyokong lengan dan satu lagi untuk menyokong kepala. Itu adalah cara mudah tidur yang paling nyaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Advertisement

Artikel Popular

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….
  • Pepsodent Lancar Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut
  • Little Caliphs Karnival Mega Ulang Tahun ke 20
  • Kiddocare dan FWD Takaful Lancar “MindCare”
  • Malaysia Hobby Expo 2023 & Passion of Sound Concert 2023
  • Mata Letih : Cuba 8 Cara Segarkannya

Recent Posts

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

© 2023 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme