Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
cara penyediaan makanan

Cara Penyediaan Makanan Yang Sihat

Posted on 10/30/202310/30/2023 by 123mamanet

TIDAK dinafikan cara penyediaan makanan yang sihat memang sedikit rumit. Apatah lagi bagi kanak-kanak kanak-kanak yang sedang membesar dan ibu hamil. Makanan bukan sahaja perlu segar malah mestikan bebas daripada racun serangga dan pencemaran bahan kimia.

Isi Kandungan hide
1 Pilih Makanan Yang Segar
2 3 Perbezaan Cara Penyediaan Makanan
3 Proses Pemilihan Makanan Sihat
3.1 Makanan segar
3.2 Makanan mentah
3.3 Makanan kukus
3.4 Makanan kurang minyak
3.5 Makanan kurang kalori
4 Tips Cara Penyediaan Makanan Yang Segar

cara penyediaan makanan

Pilih Makanan Yang Segar

Makanan yang dipilih perlulah kekal segar agar ia kaya dengan vitamin dan mineral. Oleh itu, perhatian rapi perlu diberikan sebagai cara penyediaan makanan yang sihat khususnya untuk kanak-kanak yang cerewet makan.

Proses penyediaan untuk makanan bayi di atas usia enam bulan adalah berbeza dengan kanak-kanak yang sudah punya gusi dan gigi yang kuat.

3 Perbezaan Cara Penyediaan Makanan

Berikut ialah tiga perbezaan cara penyediaan makanan untuk kanak-kanak.
a. Makanan bayi usia 6-8 bulan perlulah dikisar halus.
b. Makanan bayi 8-12 bulan bolehlah dipotong sebagai makanan jejari.
c. Manakala kanak-kanak setahun ke atas sudah sedia makan makanan biasa seperti kita.

Baca Juga: 

Sayur-sayuran

Turunkan Berat Badan 

cara penyediaan makanan

Proses Pemilihan Makanan Sihat

Proses pemilihan dan cara penyediaan makanan yang sihat adalah seperti di bawah:

Makanan segar

Secara umumnya makanan segar untuk kanak-kanak adalah lebih kaya kandungan zatnya seperti buah-buahan dan ulam-ulaman.

Makanan mentah

Makanan seperti ikan, ayam, udang dan sebagainya adalah makanan mentah yang perlu dimasak dengan sempurna bagi mengelakkan bateria. Bagaimana pun jangan terlalu lama memasak hingga menghilangkan semua zat yang ada.

Makanan kukus

Makanan yang dikukus atau direbus adalah pilihan terbaik kerana ia tidak memerlukan minyak tambahan. Hidangan sup ayam, ayam kukus halia, ikan atau daging tanpa ditumis pun sangat baik untuk kesihatan.

Makanan kurang minyak

Jika mahu menggoreng, pastikan anda gunakan minyak yang sedikit dan pastikan ia minyak baru. Usah gunakan minyak secara berulang-kali. Lebih baik anda membuang minyak terpakai ke dalam sinki berbanding anda terpaksa membuat pembedahan jantung suatu hari nanti.

Makanan kurang kalori

Kurangkan gula di dalam makanan minuman dan lebihkan manisan dalam senyuman. Anda tentu faham maksudnya kan? Gula mengandungi kalori yang tinggi. Jadi, pastikan anda tidak keterlaluan dan sebaiknya gunakan sumber manisan asli seperti madu asli.

cara penyediaan makanan

Tips Cara Penyediaan Makanan Yang Segar

Berikut ialah beberapa tip cara penyediaan makanan yang segar:
1. Setiap kali membeli di pasar raya, pastikan anda pergi pada awal pagi. Pergilah ke pasar yang sangat laris kerana potensi untuk mereka menjual makanan segar lebih tinggi.
2. Jika berbelanja di pasar raya, semaklah tarikh luput setiap barang yang anda beli selain memeriksa kesegarannya. Sekali lagi, untuk barang mentah, pastikan anda perlu ke pasar raya yang laris jualannya.
3. Bersihkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang dimakan segar dengan merendam di dalam air garam untuk seketika. Hal ini penting untuk menanggalkan segala kekotoran, racun dan mikroorganisma yang mungkin masih hidup.
4. Anda  boleh mencelur sayuran dengan air mendidih untuk seketika sebelum menyejukkannya terus dengan air batu. Cara ini boleh mengekalkan kerangupan sayur yang dicelur tadi. Anda juga boleh merendam dalam air garam dan bilas sayur beberapa kali untuk memastikan yang ia benar-benar bersih.

1 thought on “Cara Penyediaan Makanan Yang Sihat”

  1. Pingback: Ketahui Penyebab Utama Gigi Anak Rosak - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif
  • Bufet Ramadan Concorde Shah Alam 2026 | Jelajah Rasa Warisan
  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing

Recent Posts

  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme