Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
gigi anak rosak

Ketahui Penyebab Utama Gigi Anak Rosak

Posted on 07/02/202407/02/2024 by 123mamanet

Kerosakan gigi sering terjadi pada anak-anak. Sebagai orang tua kita perlu lebih peka untuk mencegah gigi anak rosak. Apabila giginya terjaga dengan baik sejak kecil lagi, apabila usianya semakin dewasa maka giginya juga akan tetap sihat dan bebas  dari masalah gigi rosak.

Isi Kandungan hide
1 Penyebab Gigi Anak Rosak
1.1 Makan Makanan Manis
1.2 Minum Susu Atau Makan Sebelum Tidur
1.3 Mengemam Makanan
1.4 Liat Menggosok Gigi

gigi anak rosak

Kerosakan gigi mudah terjadi akibat penjagaan gigi yang tidak tepat. Jadi, bantulah anak-anak kita untuk menjaga kesihatan gigi dan mencegah dari kerosakan gigi.

Penyebab Gigi Anak Rosak

Berikut beberapa penyebab  serta cara untuk mencegahnya:

  1. Makan Makanan Manis

Makanan yang sangat manis mengandungi kandungan gula tinggi.

Biasanya anak memang akan menyukai makanan yang manis seperti lollipop, coklat, gula-gula getah, jeli, karamel dan sebagainya.

Makanan manis dan likat ini tidak bagus untuk kesihatan gigi  dan jika  gigi tidak dibersihkan dengan betul, gigi anak-anak kita akan jadi cepat rosak dan  berlubang.

Sebaiknya cuba elak anak-anak kita memakan makanan manis yang mengandungi pemanis buatan yang boleh mengakibatkan pengeluaran asid pembusuk dalam mulut menjadi semakin meningkat sehingga membuatkan gigi anak rosak.

Di samping itu, jangan lupa untuk agar anak-anak kita supaya berkumur selepas mengambil makanan manis.

Baca Juga:

Kebaikan Bila Anak Suka Main Puzzle 

Cara Penyediaan Makanan Yang Sihat Buat Anak

 

  1. Minum Susu Atau Makan Sebelum Tidur

Minum susu dari botol sehingga tertidur memang memudahkan anak untuk terlelap. Tetapi, ianya tidak bagus untuk kesihatan giginya. Ketika tidur, kuman yang menempel di celahan gigi akan terus membiak.

Ini adalah kerana di celahan gigi pasti ada sisa-sisa susu yang tertinggal, sehingga boleh menjadi sarang kuman.Sama juga jika anak-anak kita terus tidur sebelum menggosok gigi.

Bagi mengelakkan gigi anak rosak, jika tetap ingin minum susu, suruhlah dia minum susu sambil duduk untuk mengurangkan lebihan susu tertinggal di celahan gigi. Setelah itu, berilah anak minum air suam atau air kosong supaya tidak ada sisa-sisa susu tertinggal di dalam mulut.

  1. Mengemam Makanan

Membiarkan anak mengemam makanan, terutama nasi atau jenis makanan karbohidrat lainnya yang berada di dalam mudah. Walaupun makanan tersebut ditelan selepas dikunyah, namun ruang yang ada memberikan kesempatan kepada bakteria dalam mulutnya untuk makan.

Selain itu, tabiat mengemam makanan juga akan menyebabkan rahang anak-anak kita tidak dapat berkembang dengan normal dan optimum. Menggerakkan rahang akan merangsang pertumbuhan rahan sehingga ukuran gigi asal akan menjadi lebih besar daripada gigi susu.

  1. Liat Menggosok Gigi

gigi anak rosak

Tentu ada di antara kita yang berasa amat sukar untuk mengajak anak menggosok gigi. Padahal menggosok gigi merupakan aktiviti yang wajib dilakukan untuk menjaga kesihatan giginya.

Usahakan untuk membuatkan anak-anak kita gembira apabila menggosok gigi. Jangan teragak-agak untuk menyanyikan lagu-lagu yang sesuai untuknya ketika menggosok gigi.

Biasanya anak  yang berusia dua tahun lebih sudah pandai meludah. Jadi, gunakan ubat gigi yang mengandungi fluoride  bagi menjaga gigi anak dari kerosakan. Berus dan bersihkan di celahan gigi anak dengan benang gigi atau dental floss pada setiap hari.

Beruslah gigi paling kurang dua kali sehari dengan ubat gigi. Bersihkan gigi anak dengan berus gigi atau berkumur segera setelah makan ubat.
Ubat-ubatan seperti ubat batuk mengandungi gula yang akan diubah oleh bakteria menjadi asid di gigi dan merosakkan enamel.

Selain itu, bagi mengatasi gigi anak rosak jangan lupa membiasakannya berjumpa dengan doktor gigi supaya dotor boleh menjelaskan kepadanya tentang  kepentingan serta cara menggosok gigi yang betul.

Itulah beberapa penyebab utama  gigi anak rosak. Semoga artikel ini bermanfaat dan dapat membantu kita untuk lebih peka menjaga gigi anak supaya lebih sihat.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme