Cardigan merupakan salah satu pakaian yang perlu dimiliki oleh setiap wanita. Bagi anda yang berhijab, pemakaian cardigan muslimah mampu menciptakan penampilan yang sangat fashionable!
Biarpun cardigan muslimah ini nampak sederhana, tetapi ia adalah item fesyen yang paling senang untuk digayakan. Tambahan pula, kini terdapat pebagai macam cardigan yang bervariasi material, potongan, rekaan, warna serta motifnya. Ikuti juga 5 material tudung paling selesa.
Cardigan Muslimah Melengkapi
Ternyata pemakaian cardigan di kalangan hijabers menjelma sebagai trend fesyen yang melengkapi gaya muslimah masa kini. Jadi, jangan ragu-ragu untuk bergaya dengan rekaan yang cukup menarik itu.
Pilih sahaja mana satu yang berkenan di hati sebab ada bermacam-macam jenis dan materialnya. Ada cardigan Korea, cardigan kimono, cardigan jubah, cardigan lengan panjang, cardigan long dress,cardigan chiffon, cardigan rajut dan macam-macam lagi sehingga tidak sukar untuk kita memilih rekaan cardigan muslimah yang sesuai dengan citarasa serta keselesaan kita.
Cardigan Loose Dan Panjang
Pemakaian cardigan yang berpotongan besar (loose) dan panjang sehingga ke kaki merupakan salah satu solusi buat kita yang berbadan besar.
Pemakaian cardigan yang tepat membuatkan kita tidak perlu bimbang dengan ketidak sempurnaan potongan badan kita. Ini adalah kerana cardigan muslimah secara tidak langsung dapat membantu kita menyembunyikan bahagian-bahagian aurat sehingga membuatkan kita kelihatan lebih selesa dan tentunya nampak cantik serta ada stail!
Cardigan Berikat Dipinggang
Manakala cardigan yang mempunyai tali pinggang sesuai digayakan jika kita mempunyai bentuk badan yang kurus dan tinggi. Pemakaian cardigan ini juga boleh di mix and match dengan pakaian lain seperti blaus, seluar, skirt labuh dan dress.
* Cardigan chiffon dengan motif flora ini memberikan kesan cheerful pada gaya anda.
* Lebih elegan dengan stail cardigan yang up to date ini.
* Tampil loose memberikan kesan feminin dan chic.
* Nampak lebih stylish sepanjang hari dengan cardigan muslimah bermotif garis hitam putih.
Kombinasi cardigan muslimah dengan dress labuh ini memberikan kesan feminin yang cukup manis.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]