Carrisa Beauty | Carrisa Beauty, produk jenama tempatan ini setanding dengan produk antarabangsa
Skincare terbaik tidak semestinya yang mahal dan buatan luar negara.Tidak semestinya produk lokal dengan harga mampu milik tidak bagus. Carrisa Beauty, produk jenama tempatan yang standing produk antarabangsa ini membuktikannya!
Carrisa Beauty Sdn. Bhd telah ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2015. Sekitar tahun 2018, mereka telah membuat penyelidikan bagi pembuatan produk kosmetik asas di bawah jenama Carrisa.
Perancangan ini bukan sahaja untuk mengukuh dan meluaskan jenama Carrisa di pasaran tempatan. Malah, untuk memenuhi permintaan pelanggan daripada luar negara.
Menurut Puan Zurin Zakaria, selaku Pengarah Urusan Carissa Beauty Sdn. Bhd, sebelum melahirkan produk kecantikan dan penjagaan kulit yang standing produk antarabangsa ini, beliau terlebih dahulu mencipta nama dalam perniagaan butik pakaian, di SACC Mall Shah Alam.
Memandangkan mendapat sambutan hebat daripada para pelanggannya, jadi Puan Zurin merasakan inilah peluang terbaik untuk beliau menerokai bidang baharu dengan mempelbagaikan pengeluaran produk di bawah jenama Carissa.
Produk ini terdiri daripada kelengkapan kosmetik, penjagaan muka dan penjagaan diri termasuk krim mandian, skrub badan dan juga pencuci peribadi wanita.
Ia sesuai digunakan oleh semua peringkat umur dan semua produk Carissa diformulasi sesuai untuk semua jenis kulit dan iklim di dalam dan luar negara.
Carrisa Beauty Sdn. Bhd. menampilkan produk yang dihasilkan oleh Kumpulan Syarikat Pengilang yang berstatus ISO, memiliki pengesahan sijil Halal dan Good Manufacturing Practice – GMP (Penghasilan Produk yang mempunyai Mutu yang Baik).
Ini adalah sejajar dengan matlamat Carrisa untuk menjadi sebuah syarikat pengeluar produk bermutu tinggi yang berdaya maju, selain kompetitif dan inovatif dalam pemasaran produk kecantikan dan penjagaan diri di Malaysia.
Carrisa Beauty Produk Kecantikan & Penjagaan Diri
Bagi kelengkapan kosmetik, terdapat set palet lengkap bertemakan warna merah jambu dan warna terang. Ianya sesuai digunakan untuk majlis rasmi, ke pejabat mahupun majlis santai.
Dipadankan dengan bedak muka baby cussion dengan liputan penuh supaya kulit nampak lebih semulajadi dan mekap akan tahan lebih lama. Pilihan lipmatte akan menyerlahkan penampilan dan senyuman wanita sebenar.
Tidak lengkap gaya tanpa memakai maskara untuk bulu mata lebih lentik, memukau mata yang memandang. Carrisa menyediakan kelengkapan kosmetik yang sesuai digayakan untuk semua acara bagi wanita yang mementingkan gaya dan kecantikkan.
Artikel Lain: Buffet Ramadan 2023
Sebelum membeli produk kosmetik, wanita disarankan untuk mengetahui rona warna dan tekstur kulit supaya kosmetik yang digunakan akan kekal cantik dan tahan pada kulit muka disamping mengelakkan mekap menjadi tidak sekata dan bercapuk.
Produk Penjagaan Diri Terbaru Dari Carrisa Beauty
Bagi krim mandian dan skrub badan pula, terdapat tiga campuran bahan utama iaitu estrak Bunga Sakura, Lavender dan susu kambing. Ia diformulasikan dengan tiga bahan utama bersama ramuan terbaik yang lain.
Kesannya ia dapat menanggalkan kulit mati dengan lembut dan berkesan. Dalam masa yang sama memastikan kulit sentiasa lembut, cerah dan segar.
Pencuci peribadi wanita pula diformulasikan daripada ekstrak tumbuhan semulajadi yang secara tradisinya telah digunakan sejak dahulu lagi bagi membantu membersih dan menjaga bahagian intimasi wanita.
Khasiat daun sirih dipercayai dapat membunuh bakteria dan mikro-organisme yang menjadi penyebab keputihan.
Manjakani pula digunakan untuk menyembuhkan luka. Ia dijadikan jamu untuk kesihatan dalaman wanita dan organ intim terutamanya selepas bersalin.
Cuma formulasinya telah dimodenkan bagi memudahkan pengguna mendapat khasiat daripada tumbuhan tradisi ini.
Carrisa bukan hanya sekadar nama, tetapi komitmen syarikat untuk menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan wanita, di samping mendidik pengguna supaya menjaga kesihatan dan penampilan diri selari dengan makna Carrisa itu sendiri #KeranaAndaSememangnyaCantik
Produk jenama Carrisa adalah mampu milik. Ia berharga antara RM15.90 sehingga RM129.90 setiap satu. Kini, pengguna dapat berjimat ketika berbelanja kerana produk Carrisa setanding produk antarabangsa yang lain.
Jika ingin mendapatkan khidmat nasihat dan membuat penampilan baharu dengan berdandan, anda boleh ke kaunter Carrisa untuk mendapatkan khidmat nasihat. Perunding kecantikan Carissa akan memberi tips dan produk yang sesuai untuk digunakan. Jangan risau ok!
Kini Carrisa juga dalam usaha mengembangkan misi perniagaan serta mengukuhkan nama.Pelbagai promosi dan pameran di dalam dan di luar negara sedang dilaksanakan bagi memperkenalkan produk jenama Carissa Beauty ini dengan lebih meluas.
Selanjutnya boleh layari:-
Website: www.carrisa.com.my
Facebook : Carrisa Beauty
Instagram : Carrisa.beautyhq
Dapatkan produk Carrisa Beauty di kaunter pasaraya SOGO, produk Carrisa juga boleh dibeli secara Online menerusi Lazada, Shopee, Facebook dan Instagram.