Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu

‘CARTOONITO’ AJAK SI KECIL GELAK KETAWA, BERMAIN SAMBIL BELAJAR

Posted on 04/07/202205/22/2023 by 123mamanet
Cartoonito

Waktu dinanti-nanti si kecil sudah tiba untuk mereka ketawa, bermain sambil belajar dengan pilihan program jenama baharu, Cartoonito yang disajikan setiap pagi menerusi saluran Cartoon Network (Astro Ch 615 HD).

Isi Kandungan hide
1 Cartoonito Tawar Pendekatan Moden

Cartoonito Tawar Pendekatan Moden

Baru sahaja dilancarkan, Cartoonito menawarkan pendekatan moden yang diprogramkan buat kanak-kanak berumur lingkungan 2 hingga 5 tahun.

Ia merupakan ruang buat mereka untuk merasai sendiri keseronakkan dan pada masa yang sama, memupuk pemikiran kreatif di mana setiap rancangan dicipta demi menyokong potensi unik setiap seorang daripadanya.

Perkara tersebut dicapai dengan rangka kerja dipanggil “Humancentric Learning”. Dicipta oleh pakar pendidikan awal kanak-kanak, Dr Laura Brown, kurikulum berkenaan terdiri daripada empat tiang utama: Creativity (kreativiti), Caring (rasa sayang), Curiosity (rasa ingin tahu) and Courage (keberanian).

Artikel Lain : Tanam Mint (Pudina) Di Rumah

Jadi Inspirasi Kanak-Kanak

Cara pembelajaran bertujuan memberi inspirasi kepada kanak-kanak untuk menggunakan imaginasi, belajar daripada kesilapan dan melayani orang lain dengan rasa empati serta hormat.

Sebagai contoh, dalam animasi Lucas the Spider – yang diadaptasi daripada siri viral YouTube – watak berkenaan, seekor labah-labah bernama Lucas, selalu menunjukkan kebaikan dan kesungguhan dalam setiap pengembaraannya.

Cartoonito

Dalam pada itu, Cartoonito turut dipadukan dengan animasi menarik lain seperti Baby Looney Tunes, Dino Ranch, Monchhichi, Alice & Lewis, Ranger Rob, Mush Mush & The Mushables dan Esme & Roy yang diinspirasi oleh Sesame Street.

Rancangan-rancangan tersebut membentuk untaian animasi yang meraikan ciri keperibadian dan keaslian sementelah mengangkat semangat kreativiti, belas kasihan dan keterangkuman.

Kebanyakan rancangan yang disebutkan – termasuk juga Sesame Street –  boleh ditonton menerusi laman penstriman, HBO GO.

Lebih mengujakan, antara yang baharu kepada penonton termasuk bintang-bintang Cartoonito iaitu Nito, Glob, Itty dan Wedge.

Karakter-karakter ini sangat suka mengembara dunia dan mempelajari perkara-perkara baharu, dan mereka sentiasa bersedia untuk membantu penonton dalam setiap selingan rancangan.

Beberapa minggu menjelang pelancaran Cartoonito, para keluarga di sekitar Asia ditugaskan untuk bermain permainan hide and seek (sembunyi-sembunyi) bersama maskot-maskot TV comel ini yang muncul di lokasi terkenal seluruh Malaysia.

Artikel Lain : Ruam Pada Lampin Bayi

Cartoonito mempunyai risalah aktiviti dan permainan yang boleh dimuat turun dalam laman rasminya termasuk filter Realiti Tambahan AR (bakal dilancarkan pada pertengahan April) yang menggalakkan kanak-kanak menari bersama Itty. Pada masa yang sama, memupuk sikap berani dan kreatif.

Jangan lupa tonton dan rasai sendiri keseronokan Cartoonito menerusi Cartoon Network (Astro Ch 615 HD) setiap pagi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah hari atau tonton di laman penstriman,  HBO GO bermula Isnin 18 April.

Untuk maklumat lanjut, gunakan tanda pagar #CartoonitoAsia dan laman web CartoonNetworkAsia.com/Cartoonito serta @CartoonitoAsia di Facebook dan Instagram.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme