Mitsui Outlet Park KLIA Sepang (MOP KLIA) menghidupkan kemeriahan Hari Raya Aidilfitri melalui kempen sebulan penuh bertemakan Ceria Raya MOP KLIA, berlangsung dari 27 Februari hingga 29 Mac 2026.
Sambutan ini menggabungkan kemewahan dengan suasana mesra keluarga, menawarkan pengalaman membeli-belah istimewa serta pelbagai ganjaran menarik. Fokus utama adalah mencipta perayaan yang dipenuhi perpaduan, keharmonian dan kebahagiaan, sejajar semangat Hari Raya Aidilfitri.

Dekorasi Elegan dan Inspirasi Budaya Malaysia
Sepanjang sambutan Ceria Raya MOP KLIA, pengunjung dapat menikmati dekorasi eksklusif, bengkel interaktif, persembahan tradisional dan ganjaran beli-belah menarik. Diinspirasikan daripada elemen kebudayaan dan kesenian Malaysia.
Dalam kolaborasi bersama Tourism Malaysia untuk Tahun Melawat Malaysia 2026, maskot rasmi kempen Wira & Manja turut dipamerkan pada dekorasi. Ia lengkap dengan pencahayaan kondusif dan sudut fotografi estetik untuk merakam kenangan indah bersama keluarga.
Menurut TJ Cheah, Timbalan Pengarah Urusan MFMA Development, tema ini menzahirkan suasana hangat dan gembira sambutan Aidilfitri. “Selain itu, hiasan perayaan mencerminkan kepelbagaian budaya Malaysia melalui elemen pelancongan, kesenian dan kebudayaan negara. Persembahan tarian tradisional, ganjaran membeli-belah eksklusif dan pelbagai aktiviti khas turut disediakan untuk pengunjung. Kami menjemput semua untuk menikmati kemeriahan ini di MOP KLIA dan menjadikannya destinasi pilihan untuk membeli-belah serta meraikan detik bermakna bersama,” jelas beliau.
Aktiviti dan Bengkel Menarik untuk Pengunjung
Kemeriahan Hari Raya bermula dengan pesta jualan barangan mewah seperti Coach, di Sunshine Square. Pengunjung yang berbelanja minimum RM50 dalam satu resit layak menyertai Bengkel Penanda Buku Batik pada 7, 8, 14 dan 15 Mac, jam 12.00 tengah hari – 7.00 malam di Workshop Booth @ River Walk, Aras Bawah.
Selain itu, persembahan kebudayaan turut memeriahkan hujung minggu:
-
Raya Medley & Kuda Kepang: 7 & 14 Mac, jam 2.00 petang & 4.00 petang
-
Persembahan Gamelan: 8 & 15 Mac, jam 2.00 petang & 4.30 petang
Lokasi: Sunshine Square
Ganjaran Beli-belah Eksklusif
Pengunjung yang berbelanja minimum RM450 boleh menebus sampul raya edisi terhad, dengan had penebusan 100 sampul setiap hari minggu dan 200 sampul hujung minggu.
Bagi pembelian RM800 pada tarikh terpilih, pelanggan berpeluang membawa pulang:
-
Pinggan hiasan (6–8 Mac)
-
Set hadiah batik (13–15 Mac)
-
Set cadar Akemi (20–23 Mac)
-
Pelembap udara beraroma (27–29 Mac)
Semua hadiah terhad kepada 100 pelanggan terawal setiap kategori. Penebusan di Kaunter Informasi, Sunshine Square.
Ganjaran Tambahan dan E-Baucar
-
Baucar pulangan tunai sehingga RM50: RM20 (perbelanjaan RM400), RM30 (RM700), RM50 (RM1,200 ke atas), tersedia dari 14–29 Mac 2026.
-
E-baucar makanan & beg tote percuma untuk perbelanjaan minimum RM50 di premis makanan & minuman, 27 Feb – 20 Mac.
-
Pengguna MSP MY App menerima E-Duit Raya RM10 pada 28 Feb, 1, 14 & 15 Mac dan mata ganjaran berganda hujung minggu terpilih.
Hadiah Premium untuk Pengunjung Setia
Dengan perbelanjaan minimum 3,000 mata MSP MY App dalam satu transaksi, pengunjung boleh menebus Hadiah Premium. Tawaran terhad kepada 50 pelanggan terawal setiap hari, dari jam 12.00 tengah hari – 7.00 malam pada 28 Feb, 1, 7 & 8 Mac 2026 di Printing Booth, Sunshine Square, Aras 1.
Destinasi Raya Ideal di MOP KLIA
MOP KLIA menyediakan destinasi ideal untuk keluarga menjamu selera, membeli-belah dan meraikan suasana Raya dalam persekitaran mesra dan penuh keceriaan. Terletak hanya 8 minit dari KLIA T1 & T2 dan 45 minit dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Ia mudah diakses melalui lebuh raya utama seperti ELITE, LDP, KESAS, MAJU, Lebuhraya Utara–Selatan, NKVE serta pelbagai pilihan pengangkutan awam.
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran, promosi dan acara terkini di MOP KLIA:
-
Laman web: mitsui-shopping-park.com.my/MOPKLIA
-
Facebook: www.facebook.com/MOPKLIA
