Iklan Raya D’Herbs terus mencuri perhatian apabila D’Herbs Holdings (M) Sdn Bhd melancarkan sebuah filem pendek raya berjudul “Ya, Ayah Saya Security” . Ia diadaptasi daripada kisah benar kehidupan Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif syarikat tersebut, Dato’ Sri Aliff Syukri.
Pelancaran Iklan Raya D’Herbs ini berlangsung dalam satu majlis berbuka puasa bersama kakitangan serta ejen yang bernaung di bawah syarikat tersebut. Ini sebagai tanda penghargaan kepada semua tenaga kerja dan ejen yang selama ini menjadi tulang belakang kepada kejayaan syarikat.
Majlis tersebut diadakan sebagai satu bentuk penghargaan kepada seluruh warga kerja dan pihak yang terlibat dalam membantu perkembangan jenama D’Herbs sehingga dikenali ramai.
D’Herbs Rai Kakitangan Dan Ejen
Majlis berbuka puasa yang dianjurkan oleh D’Herbs ini berlangsung dalam suasana penuh kemesraan. Ia menjadi platform untuk mengeratkan hubungan antara pihak pengurusan, kakitangan serta ejen yang bernaung di bawah syarikat tersebut.
Dalam majlis yang sama, Pengarah Urusan dan Pengarah Eksekutif syarikat iaitu Dato’ Sri Aliff Syukri bersama isterinya Datin Sri Nur Shahida turut menyampaikan bonus kepada kakitangan syarikat sebagai insentif dan penghargaan daripada pihak syarikat.
Pemberian bonus tersebut diharap dapat memberi keceriaan kepada seluruh warga kerja D’Herbs menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.
Lagu Raya “Mama Papa Raya” Trending Di YouTube
Selain pelancaran Iklan Raya D’Herbs, majlis tersebut turut menyaksikan pengenalan lagu raya terbaru berjudul “Mama Papa Raya”. Kini menjadi fenomena apabila berjaya mengungguli carta nombor satu tontonan tertinggi di platform YouTube bagi lagu raya trending tahun 2026.
Konsep kekeluargaan yang diterapkan ini berjaya menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat dan mendapat maklum balas positif daripada netizen di media sosial.
Menampilkan nyanyian daripada Dato’ Sri Aliff Syukri bersama Datin Sri Nur Shahida serta anak-anak mereka iaitu Ammar Ahyan dan Qadejah. Ia sekaligus menambahkan lagi keceriaan suasana lagu raya tersebut.
Iklan Raya D’Herbs “Ya, Ayah Saya Security” Adaptasi Kisah Benar
Tidak terhenti dengan lagu raya, tahun ini Dato’ Sri Aliff Syukri yang juga dikenali sebagai Papa Laris turut mengeluarkan filem pendek Iklan Raya D’Herbs. Ia diadaptasi daripada kisah benar kehidupan beliau semasa kecil.
Filem pendek raya berjudul “Ya, Ayah Saya Security” ini memaparkan kisah kehidupan Dato’ Sri Aliff Syukri sewaktu kanak-kanak . Dia pernah berasa malu kerana mempunyai seorang ayah yang bekerja sebagai pengawal keselamatan.
Namun, di sebalik kesusahan yang dilalui semasa kecil, pengalaman tersebut akhirnya menjadi titik perubahan dalam hidup beliau. Cabaran yang dihadapi ketika itu menjadi pendorong untuk beliau berusaha lebih gigih sehingga berjaya mencapai kejayaan seperti yang dikecapi hari ini sebagai seorang usahawan terkenal.

Ucapan Penghargaan Kepada Pelanggan Setia D’Herbs
Dalam majlis tersebut juga, Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Sri Nur Shahida turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pelanggan setia D’Herbs yang sentiasa menyokong perniagaan mereka sejak dahulu hingga kini.
Menurut mereka, sokongan daripada pelanggan merupakan antara faktor penting yang membantu jenama D’Herbs terus berkembang dalam industri produk kesihatan dan kecantikan tempatan.
Jualan 72 Jam Tanpa Henti Di Wisma D’Herbs
Dalam masa yang sama, pihak syarikat turut mempromosikan Jualan 72 Jam tanpa henti di Wisma D’Herbs yang akan berlangsung bermula 13 hingga 15 Mac 2026.
Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara tersebut. Turut diserikan dengan kehadiran artis popular seperti Wany Hasrita, Iman Troy, Zaki Yamani, Amad Dayyan, Merah, Hadie serta ramai lagi. Mereka bakal membuat persembahan sepanjang acara berlangsung.
Promosi minggu akhir sebelum sambutan Aidilfitri ini menjanjikan pelbagai tawaran istimewa dengan harga runtuh kepada para pengunjung yang hadir.
