Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu

CHARMS COSMETIC SKINCARE LANCAR MORPHOSIS 2021

Posted on 10/09/202110/11/2021 by 123mamanet

Majlis pelancaran Morphosis 2021 oleh Charms Cosmetic Skincare pada hari ini yang berlangsung secara maya melalui aplikasi Zoom Dan Facebook Live berjalan lancar dan penuh makna.

Seramai 220 peserta yang telah mendaftarkan diri untuk program Morphosis 2021. Mereka akan menempuh perjalanan selama 30-hari untuk menjalani siri latihan, yang mana akan dibimbing oleh lebih daripada 12 orang jurulatih perniagaan.

Para peserta akan diberikan jadual lengkap selama 30 hari yang merangkumi sesi latihan dan pembangunan diri, pelan pemasaran di media sosial, laporan dan ulasan pencapaian serta lain-lain lagi.

Inisiatif Charms Cosmetic Skincare

Ini merupakan salah satu inisiatif Charms Cosmetic Skincare untuk memperkasakan rakyat Malaysia serta melahirkan lebih ramai usahawan. Lebih-lebih lagi di musim pandemik, di mana ramai pekerja yang telah kehilangan peluang pekerjaan.

Majlis pelancaran ini telah dihadiri oleh pengasas Charms Cosmetic Skincare, Nur Bashirah Hussin, yang dikenali sebagai Mommy Syira dan Khairul Nazuran Khairuddin, dikenali sebagai En.Khairul. Beliau merupakan jurulatih dan perunding dalam penutupan jualan Charms Cosmetic Skincare. Kedua-duanya telah membuat perkongsian ringkas tentang keusahawan sepanjang majlis ini berlangsung.

Dengan slogan “Raise your life” (Martabatkan hidup anda) , acara ini menyasarkan memperkasakan lebih ramai rakyat Malaysia dan melahirkan lebih ramai bakat di samping mengekalkan objektif utama produknya iaitu untuk menjaga kulit kita. 

Menurut pengasas Charms Cosmetic Sikincare yang lebih senang disapa dengan panggil Mommy Syira, dia berasa gembira dan bersyukur apabila dapat membantu orang lain, terutama mereka yang dalam keadaan kesempitan wang untuk menjana pendapatan sendiri. 

Charms Cosmetic Skincare memfokuskan kepada bahan berprestasi tinggi yang dapat membantu merawat diri dalam tisu kulit. Ia turut menyediakan khidmat konsulatasi percuma kepada sesiapa sahaja melalui wakil-wakilnya yang dikenali sebagai Charms Angels.

Charms Cosmetic Skincare sudah bertapak sejak tahun 2012 lagi dan mempunyai pengikutnya tersendiri.

Kebanjiran pelbagai produk kecantikan di negara ini, tidak sedikitpun mematahkan semangatnya untuk terus menghasilkan produk kecantikan yang terbaik.

“Sebelum mengeluarkan sebarang produk, kami akan menjalankan kajian serta penyelidikan terlebih dahulu bagi memastikan segala bahan yang digunakan efektif dan selamat penggunaannya,” jelasnya yang tidak mahu menggunakan bahan terlarang yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada para pengguna terutama dalam tempoh tertentu selepas menggunakannya.

Charms Hydra Melembutkan & Melindungi Kulit Dari Radikal Bebas

Pada waktu yang sama, Charms Cosmetic Skincare juga dengan bangganya mengumumkan pelancaran produk utamanya iaitu Hydra Fresh Tinted Moisturizer Broad Spectrum SPF50 dengan saiz baru yang lebih menjimatkan. 

Produk ini berupaya melembapkan kulit dengan lebih efektif disamping memeliharanya dari radikal bebas. 

Dengan sifat-sifat bahan berprestasi tinggi dari kandungan produk ini, Hydra dapat membantu memperbaiki keadaan kulit, menjadikannya lebih lembap dan cerah. 

Aloe vera yang kaya dengan antioksidan membantu melembut dan melembapkan kulit dan glycerin yang terkandung di dalamnya juga memelihara kulit daripada kekeringan yang menjadikannya sangat penting. Lebih-lebih lagi pada waktu perubahan iklim yang melanda dunia dan menjadikannya lebih panas dari biasa.

Charms percaya bahaya dengan saiz yang baharu ini, akan menjadi lebih jimat buat para pengguna dan ia juga sejajar dengan slogannya, “lebih besar, lebih nilai, lebih impak”.

Charms Hydra kini sudah berada di pasaran dan untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Charms Angels.

Dapatkan Charms Hydra daripada Charms Cosmetic Skincare sekarang! Ikuti juga https://instagram.com/charmscosmeticskincare atau layari www.charms.my

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme