Pernah dengar tentang EFA Western di Jalan Meru, Klang? Jika belum, ini amaran awal- selepas baca artikel ini, pasti anda terus rasa nak pergi! Apa taknya, Chicken Chop Besar Tapak Tangan Hulk yang sering disebut-sebut memang ada dan ia seriously besar, sedap dan memuaskan. Tapi itu baru satu menu, ya! Banyak lagi hidangan yang akan membuatkan anda mahu kembali berkali-kali!
Besar, Sedap, Berbaloi – Chicken Chop Besar Tapak Tangan Hulk
Apabila Chicken Chop dihidangkan, tak perlu ukur pun dah tahu saiznya memang besar. Dua keping ayam yang tebal, juicy dan digoreng dengan sempurna. Tapi yang paling memikat, sosnya — homemade brown sauce dan sos lada hitam yang sungguh lazat!
Ditambah pula dengan potato salad segar dan coleslaw yang creamy menjadikan hidangan ini lengkap dan sempurna. Nak makan seorang? Good luck! Tapi kalau anda jenis kuat makan, silakan mencuba.
Baca Juga:
Bagaimana Menukar Cabaran Menjadi Peluang Untuk Berjaya
Menu Best Seller Yang Anda Perlu Cuba
Selain Chicken Chop yang viral itu, banyak lagi pilihan menarik:
Sizzling Chicken Chop
Ayamnya disajikan panas-panas atas plate sizzling, dengan kepingan ayam yang juicy. Ditambah pula dengan brown sauce dan sos lada hitam homemade—kecur air liur dibuatnya.
Double Chicken with Cheese
Bayangkan dua keping ayam bersaiz besar dengan k
Mushroom Soup & Cheesy Meatballs
Side dish yang sempurna!

Nasi Lemak Mix Grill
Gabungan unik nasi lemak dan ayam grill yang memberikan rasa fusion yang memukau.
Fish & Chips
Ikan goreng tepung yang rangup dipadankan dengan kentang goreng. Klasik tapi tetap terbaik.
Nasi Chicken Chop Menangis
Dijamin Anda menangis kekenyangan dan kesedapan.
Minuman Wajib Cuba – Segar & Menggoda!
Selepas menikmati hidangan yang berat, minuman adalah pelengkap sempurna! Antara yang wajib Anda cuba ialah Kasturi Asam Boi yang masam-masam manis dan Tembikai Laici yang sangat menyegarkan. Dua-duanya sesuai dengan cuaca panas di Malaysia.
Kenapa EFA Western Jadi Port Lepak Baru?
-
Port makan padu
EFA Western sesuai untuk makan malam bersama keluarga, lepak dengan rakan-rakan atau temujanji santai.
-
Harga mampu milik
Portion besar, tetapi harga mesra poket.
-
Servis ok
Cepat dan efisien walaupun kedai penuh dengan pelanggan.
Alamat: Lot 2555, Jln Meru, Batu 5 1/2, 41050 Klang, Selangor
⏰ Waktu Operasi: 4:30 PM – 10:15 PM (Tutup setiap Khamis)
Tempahan & Pertanyaan: 011-1198 3087
Jangan Tunggu Lama-Lama!
Jadi, apa lagi yang Anda tunggu? Makan malam snda malam ini pasti tidak membosankan jika makan di EFA Western!
Jangan lupa untuk memesan Chicken Chop Tapak Tangan Hulk.Ajak keluarga, rakan-rakan atau pasangan— jom makan besar!
Sebarang pertanyaan boleh hubungi 011 1198 3087 ataupun layari:
Website : https://efawestern.my/
Instagran: https://www.instagram.com/efawestern/
TikTok: https://www.tiktok.com/@efawesternhq
Facebook: https://www.facebook.com/efawestern/