Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
CHOCO ALBAB

Choco Albab – Simbol Kejayaan Produk Tempatan

Posted on 12/07/2024 by 123mamanet

Choco Albab, jenama tempatan yang semakin mendapat perhatian di Malaysia terus memperkukuhkan kehadirannya sebagai jenama coklat berasaskan tempatan yang berkualiti tinggi.Seiring dengan misi memperkasakan ekonomi komuniti dan negara, Choco Albab telah melakar pelbagai pencapaian hebat serta memperkenalkan strategi inovatif untuk masa depan.

Isi Kandungan hide
1 Memartabatkan Produk Tempatan
2 Visi untuk Masa Depan
3 Pemerkasaan Ekonomi Komuniti
4 Ke Arah Masa Depan yang Cerah
5 Sokong Produk Tempatan, Pilih Choco Albab

Memartabatkan Produk Tempatan

Said Saiful Fazli Said Aluwi

Berpegang teguh kepada prinsip ‘Sokong, Beli Barangan Tempatan’, Choco Albab bukan sekadar jenama coklat biasa. Ia lahir dengan misi mengubah persepsi bahawa coklat premium hanya datang dari luar negara.

Pengasasnya, Said Saiful Fazli Said Aluwi ingin membuktikan kehebatan produk tempatan melalui inovasi dan kualiti yang setanding jenama antarabangsa.

“Choco Albab bukan hanya jenama coklat, tetapi simbol kebanggaan tempatan. Kami ingin membawa nama Malaysia ke persada dunia,” katanya.

Visi untuk Masa Depan

Choco Albab

Menjelang tahun 2025, jenama ini  merancang untuk memperluaskan kapasiti pengeluaran dengan pembukaan kemudahan baharu berskala besar yang dilengkapi teknologi terkini.

Langkah ini akan memastikan jenama ini mampu memenuhi permintaan pasaran yang semakin meningkat termasuk ke pasaran antarabangsa.

“Dengan strategi ini, kami yakin dapat menjadi pesaing utama di peringkat global dan menyokong langkah kerajaan dalam memperkukuhkan ekonomi negara,” jelasnya.

Selain itu, mereka juga giat memperkenalkan produk baharu seperti Choco Albab Hazelnut Spread yang disasarkan menjadi pilihan utama rakyat Malaysia.

Pemerkasaan Ekonomi Komuniti

 

CHOCO ALBAB

Jenama yang semakin melekat di hati ramai ini juga  menumpukan usaha kepada pembangunan komuniti melalui sistem jualan berasaskan ejen. Sistem ini membuka peluang kepada golongan muda, wanita dan suri rumah untuk menjana pendapatan tambahan tanpa memerlukan modal besar.

Menurut Said Saiful, sistem ini menawarkan komisen sehingga 42%, tertinggi di Malaysia, bagi membantu lebih ramai rakyat meningkatkan taraf hidup mereka.

“Kami ingin melahirkan 200,000 usahawan melalui program keagenan pada tahun 2025, sekaligus menjadikannya platform terbaik untuk menjana pendapatan,” katanya.

Ke Arah Masa Depan yang Cerah

MUT 2024

Sambutan Ulang Tahun Ke-3 Choco Albab yang berlangsung di Bangi Avenue Convention Center pada 7 Disember 2024  menjadi bukti kejayaan jenama ini.

Dengan tema Beyond the Star, acara ini bukan sahaja meraikan pencapaian Syarikat tetapi juga kejayaan membantu lebih 100,000 ejen menjana pendapatan.

Mereka terus komited dalam menyemarakkan semangat keusahawanan, membantu komuniti dan mencipta inovasi dalam pasaran coklat tempatan.

Baca Juga:

Biasiswa Siswi SAFI

Tips Menyusun Azam Tahun Baru 2025

Sokong Produk Tempatan, Pilih Choco Albab

Choco Albab Hazelnut Spread

Jenama ini membuktikan bahawa jenama tempatan mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Dengan fokus kepada kualiti, inovasi dan pembangunan komuniti, jenama ini bersedia untuk menjadi peneraju industri coklat di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut atau menyertai program keagenan, layari Choco Albab

1 thought on “Choco Albab – Simbol Kejayaan Produk Tempatan”

  1. Pingback: FestStar Influencer by Puterabell - Festival Hebat Menanti! - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic

Recent Posts

  • AS BEG Tawar Kereta Kepada Pembeli Bertuah di Malaysia
  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme