Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
Menu
Coach Airways

Coach Airways Tarikan Terbaharu di Freeport A’Famosa Outlet

Posted on 06/19/202306/23/2023 by 123mamanet

Coach Airways |Freeport A’Famosa Outlet secara rasminya memperkenalkan Coach Airways yang pertama di dunia. Di mana sebuah pesawat Boeing 747 yang telah diubah suai menjadi butik dan kafe yang unik bagi produk jenama Coach.

Isi Kandungan hide
1 Coach Airways Daya Tarikan Global
2 Coach Airways Kedai Konsep Pertama Dalam Kapal Terbang
3 Sempena Kempen Tahun Melawat Melaka 2024
4 Butik Eksklusif & Unik Bagi Jenama Coach
4.1 ‘Queen of The Skies’ Kini Dinobatkan Sebagai ‘Queen of The Retail’
4.2 Pelanggan Berpeluang Meneroka Bahagian Dalam Pesawat & Kabin Runcit
4.2.1 Pelbagai Koleksi Coach Eksklusif
4.2.2 Pengalaman Baru Membeli Belah Di Dalam Pesawat
4.2.3 Kunjungi Coach Airways di Freeport A’Famosa Outlet

Coach Airways

Coach Airways Daya Tarikan Global

Coach Airways kini bersedia untuk menjadi tarikan global yang memukau pelanggan dengan gabungan butik dan penerbangan sekali gus menyemarakkan imaginasi yang lebih unggul.

Bermula dengan cita-cita dan impian yang tinggi, projek ini telah bermula pada April 2021.Siapa sangka, akhirnya berjaya disiapkan sepenuhnya pada Mei 2023 selepas proses penilaian, perolehan, pemindahan, pemasangan dan ubah suai dilakukan pada pesawat Boeing 747.

Dengan panjang badan pesawat 231 kaki 10 dan lebar rentang sayap sepanjang 195 kaki 8 inci, pesawat Boeing 747 ini pada suatu ketika dahulu pernah menjadi pesawat awam terbesar pada tahun lewat 1960-an.

Coach Airways

Coach Airways Kedai Konsep Pertama Dalam Kapal Terbang

Pada hari ini, pesawat kemegahan ini telah bertukar peranan menjadi Butik Coach yang pertama di dunia.

Menurut YAB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka, Coach Airways merupakan satu penambahan kepada tarikan baharu di Negeri Melaka. Secara tidak langsung ini membuktikan kesungguhan negeri Melaka dalam usaha meningkatkan produk di sektor pelancongan kepada orang ramai.

YAB Datuk Seri Ab Rauf Bin Yusoh, Chief Minister of Malacca

Sempena Kempen Tahun Melawat Melaka 2024

“Perasmian ini juga sejajar dengan kempen Tahun Melawat Melaka 2024. Selain menjadi tempat beli-belah, konsep butik ini juga melambangkan kemewahan dan prestij untuk semua rakyat Malaysia secara amnya dan penduduk di Melaka secara khususnya,” jelas beliau.

Butik Eksklusif & Unik Bagi Jenama Coach

Bagi Datuk Julian Lau, Pengarah Urusan Freeport A’Famosa Outlet, projek ini telah dimulakan sejak dua tahun yang lalu. Semua pihak yang terlibat telah berusaha dengan gigih untuk menyiapkan mengikut rancangan yang telah ditetapkan. Ia adalah untuk memastikan pesawat Boeing 747 ini menjadi butik yang eksklusif dan unik bagi jenama Coach.

“Sejak pembukaan Freeport A’Famosa Outlet ini, pihak kami sentiasa berusaha keras untuk mencipta pelbagai pengalaman yang unik kepada semua pelangan kami. Diharapkan tarikan terbaru in dapat memberikan pengalaman baharu, keseronokan, kemeriahan kepada semua pelanggan.

Selain itu juga, pelanggan juga berpeluang untuk meneroka ruang kokpit, kabin penumpang dan ruang istirehat disambil melihat koleksi Coach,” tambah beliau.

‘Queen of The Skies’ Kini Dinobatkan Sebagai ‘Queen of The Retail’

Para pengemar pesawat penerbangan dan membeli-belah boleh bersedia untuk merasai suatu pengalaman yang cukup memukau. Ini adalah kerana Boeing 747 yang dahulu dikenali sebagai ‘Queen of The Skies’ kini dinobatkan sebagai ‘Queen of The Retail’.

Reka bentuk pesawat ini luas. Secara tidak langsung memberikan persekitaran beli-belah yang selesa. Di samping dapat mengamit kenangan pada zaman kegemilangan perjalanan udara dahulu yang menitikberatkan nilai kemewahan dan keanggunan.

Pas masuk yang menyerupai tiket penerbangan akan diberikan kepada pelanggan sebaik sahaja mereka melangkah masuk ke jambatan udara menuju ke badan pesawat. Semua ini dilakukan bagi menciptakan pengalaman sebenar menaiki pesawat udara.

Coach Airways

Pelanggan Berpeluang Meneroka Bahagian Dalam Pesawat & Kabin Runcit

Pelanggan juga berpeluang untuk meneroka bahagian dalam pesawat dan kabin runcit bagi melihat koleksi barangan Coach. Ia yang sedia dipakai untuk semua golongan yang terdiri daripada koleksi beg, kasut dan aksesori.

Pelbagai Koleksi Coach Eksklusif

Jenama Coach juga ada mengeluarkan koleksi Coach eksklusif menampilkan pilihan baju, beg bagasi beroda, beg tangan dan aksesori perjalanan. Antaranya  tag bagasi dan dompet kecil yang dicetak dengan simbol edisi terhad pada koleksi tersebut.

Baca Juga: Air Terjun Di Taman Eco Rimba Kanching

Pengalaman Baru Membeli Belah Di Dalam Pesawat

Menurut Campbell O’Shea, Pengurus Besar Tapestry Southeast Asia & Oceania, pembukaan Coach Airways bukan sahaja menandakan pelancaran konsep butik yang pertama seumpamanya. Malahan, ia merupakan detik yang mengujakan bagi Coach selaras dengan usaha kami yang berterusan untuk melonjakkan inovasi dan mencipta ruang. Semua ini dilakukan demi membolehkan para pelanggan melakukan penerokaan sambil berinteraksi.

” Kami juga amat teruja untuk membawakan pengalaman beli-belah yang menarik kepada pelanggan di destinasi beli-belah yang terkenal di Freeport A’Famosa Outlet Melaka”, jelas beliau lagi.

Acara ini turut dihadiri oleh Dato’ Dr. Ammar Bin Abd Ghapar, Ketua Pengarah Tourism Malaysia. Beliau turut  merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan pengurusan Freeport A’Famosa Outlet atas pengiktirafan Malaysia Book of Record sebagai ‘First Retail Concept Store in An Airplane’, Kedai Konsep Pertama Dalam Kapal Terbang.

Kepelbagaian penganugerahan yang diraih oleh negeri Melaka tentunya menginspirasikan rakyat Melaysia agar terus cemerlang dalam pelbagai bidang sehingga melangkaui standard dunia.

Coach Airways juga telah menerima anugerah Pengalaman Peruncitan Yang Unik, ‘Unique Retail Experience’ 2023 daripada Persatuan Taman Tema & Pusat Hiburan Keluarga Malaysia (MATFA) pada awal bulan ini.

Ini sekali gus menandakan Freeport A’Famosa Outlet sebagai destinasi wajib dikunjungi untuk merasai pengalaman beli-belah yang terbaik daripada fesyen, sejarah dan inovasi yang sukar dilupakan.

Baca Juga: 6 Tips Jimat Belanja Ketika Bercuti

Freeport A’Famosa Outlet

Kunjungi Coach Airways di Freeport A’Famosa Outlet

Coach Airways di Freeport A’Famosa Outlet kini bersedia untuk menawarkan pengalaman beli-belah yang unik dan bernilai tambah kepada pelanggan sambil dapat menarik asas pelanggan yang lebih luas dan seterusnya memacu jualan.

Selain ruang butik, pesawat ini juga dilengkapi dengan ruang tetamu, galeri yang menakjubkan dan kafe kotemporari bagi memberi peluang pelanggan ruang untukberehat dan menikmati hidangan ringan sambil menghayati keseronokan suasana pesawat yang telah siap diubah suai selain mencipta keunikan tersendiri.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Advertisement

Artikel Popular

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….
  • Pepsodent Lancar Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut
  • Little Caliphs Karnival Mega Ulang Tahun ke 20
  • Kiddocare dan FWD Takaful Lancar “MindCare”
  • Malaysia Hobby Expo 2023 & Passion of Sound Concert 2023
  • Mata Letih : Cuba 8 Cara Segarkannya

Recent Posts

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

© 2023 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme