Bagi Datin Thalia Baiduri yang merupakan usahawan selebriti, kehadiran semula bapanya dalam hidupnya selepas berpisah selama lebih 30 tahun merupakan satu anugerah yang amat besar. Janji bersama bapanya pada bulan Ramadan tahun ini, menjadi pengalaman yang bermakna bagi Thalia yang lebih mesra disapa sebagai Bunda Lia.
Datin Thalia Baiduri Amat Bersyukur
“Alhamdulillah, Ramadan ini saya berkesempatan untuk mencium tangan bapa dan bertemu dengannya sebelum kita memulakan ibadah puasa. Sebagai seorang anak, saya percaya kita perlu mengambil peluang sebaik mungkin ketika kesempatan masih ada,” ujarnya dengan penuh rasa syukur.
Pertemuan yang dirakam bersama adiknya, Dayana telah dikongsi dalam platform TikTok miliknya, mendapat sambutan yang amat positif dari pengikutnya. Beliau mengakui bahawa dia tidak pernah menyimpan dendam atas apa yang berlaku di masa lalu. Bahkan menyifatkan pertemuan kembali dengan bapanya sebagai takdir yang telah tertulis.
“Walaupun terpisah begitu lama, saya bersyukur masih diberi peluang untuk bertemu dengan bapa saya semasa kami masih bernyawa. Saya percaya, sebagai anak, tidak perlu menyimpan dendam terhadap orang tua kita. Yang penting adalah berbakti kepada mereka dengan seikhlas hati,” tambahnya lagi.
Ada Hikmah Tersembunyi
Datin Thalia Baiduri, usahawan dalam bidang produk kecantikan dengan jenama Dolly Milk serta fesyen dengan jenama Talia, turut mengakui bahawa senyuman bapanya mampu menenangkan hatinya. Respons positif daripada netizen turut menjadi pengukuhan atas tindakannya yang memuliakan bapa walaupun berpisah lama.
Antara komen-komen yang diterima adalah pujian terhadap tindakan beliau yang menganggap setiap peristiwa memiliki hikmah tersendiri. Begitu juga dengan pendapat yang menyatakan bahawa ibu bapa tidak pernah salah, walaupun mungkin perbuatan mereka tidak sempurna.
Antara komen tersebut adalah:
“Ustaz cakap mak ayah tak pernah salah walaupun buruk macam mana! Nangis weh dengar,” kata Rawrr.
Mydinda pula menyifatkan Thalia seorang kakak sulung contoh terbaik dan memuji tindakan buang yang keruh ambil yang jernih.
“Terbaik datin, suka hati baik datin,” katanya memuji kakak kepada Madammu itu.
Doa Dan Peluang
Baca Juga:
10 Cara Memperbaiki Diri Sepanjang Bulan Ramadan 2024
Iftar Di I’Dahlia Corner Hanya RM59 Sahaja
Datin Thalia Baiduri juga menekankan betapa pentingnya untuk sentiasa berhubung dengan ibu bapa, walaupun kesibukan hidup kadang-kadang menghalang. Baginya, doa dan peluang untuk melihat ibu bapa adalah satu anugerah yang sangat berharga yang tidak sepatutnya disia-siakan.
Beliau turut mengajak semua anak untuk menghargai setiap detik yang mereka miliki bersama ibu bapa. Dalam dunia yang serba sibuk ini, kasih sayang dan kehadiran keluarga adalah penawar yang paling mujarab untuk mengatasi segala cabaran.