Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
diet selepas bersalin

Diet Selepas Bersalin Yang Anda Perlu Tahu

Posted on 11/23/201611/23/2016 by 123mamanet
diet selepas bersalin
foto-1-amazonaws

Setelah beranak atau melahirkan anak, ramai wanita atau kaum ibu bimbang dengan bentuk badannya. Kebanyakan daripada mereka ingin terus melakukan diet selepas bersalin. Padahal, keadaannya masih belum pulih sepenuhnya.

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah cara diet sihat selepas bersalin yang boleh anda lakukan:

 

Prioriti anda setelah melahirkan permata hati adalah untuk menjaga dan mengasihnya dengan sepenuh hati, sekaligus memastikan kesihatan anda berada dalam keadaan yang baik. Apatah lagi, anda menyusukan bayi anda.

diet selepas bersalin
foto-parentssquare

Anda sama sekali tidak disarankan menurunkan berat badan pada ketika anda masih menyusukan bayi dengan cara mengurangkan kalori makanan. Ini adalah kerana ia boleh mempengaruhi jumlah ataupun pengeluaran air susu ibu yang dihasilkan.

 

Jadi, apakah diet selepas bersalin yang terbaik untuk diamalkan? Jika anda merasakan diet ketat adalah cara terbaik dan paling cepat untuk mengembalikan berat ataupun bentuk badan, anda salah!

 

Lagipun setelah melahirkan, badan perlu dipulihkan dan ia tidak boleh dipaksa dengan cara pantas. Anda perlu mengambil makanan-makanan yang boleh memulihkan keadaan kesihatan anda, di samping beristirahat secukupnya sebelum berdiet.

 

Ikuti juga mengenai diet seimbang untuk anda kurus dan langsing.

 

Janganlah anda terlalu bimbang kerana ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengembalikan bentuk tubuh asal anda termasuklah mengecilkan perut.

 

Berikut adalah cara diet sihat selepas bersalin yang boleh anda lakukan:

 

  1. Menyusukan Bayi
foto-3-bp-blogspot
foto: 3bp.blogspot

Menyusukan bayi yang baru dilahirkan adalah perkara yang sepatutnya dilakukan oleh setiap wanita.

 

Menyusukan bayi juga bagus untuk mengecilkan ukuran pinggang dan membantu mereka mengembalikan berat badan mereka seperti sediakala. Di samping itu, ia juga dapat membakar ratusan kalori per hari.

 

Menyusukan bayi adalah diet selepas bersalin yang sihat dan semulajadi! Makanan yang anda makan tidak akan mengendap dalam tubuh, melainkan disalurkan dalam bentuk susu badan anda. Jadi, janganlah ragu-ragu untuk menyusukan bayi anda setiapkali kesayangan anda itu memerlukannya.

 

  1. Pilih Makanan Yang Rendah Lemak Dan Kalori
diet selepas bersalin
foto-pilatesconnection

Memilih makanan yang rendah lemak dan kalori juga bagus diamalkan untuk diet selepas bersalin. Namun, anda perlu ingat, bayi anda memerlukan nutrisi yang secukupnya, terutama dari kualiti air susu yang dihasilkan.

 

Jadi, anda perlu bijak dalam memilih makan dengan tidak mengetepikan keperlukan nutrisi yang bayi anda perlukan.

 

 

  1. Minum Air Masak
diet selepas bersalin
foto-confusedsandals

Anda perlu banyak minum air masak. Jangan lupa minum segelas air masak setiapkali selepas anda menyusukan bayi.

 

Jika anda minum banyak air masak, secara automatik anda akan berasa kenyang dan tidak akan teringin untuk mengunyah kudapan ringan. Di samping itu, jika tubuh dehidrasi, pembakaran kalori di dalam tubuh akan menjadi lebih lambat.

 

 

  1. Senaman Ringan
diet selepas bersalin
foto-inarkansas

Anda tak perlupun pergi ke gym, memadai jika melakukan sedikit senaman ringan. Tetapi, pastikan pada ketika itu anda sudah cukup sihat dan kuat untuk melakukan gerakan senaman.

 

Salah satu senaman ringan yang boleh dolakukan adalah dengan berjalan kaki bersama bayi anda sambil menolak kereta sorongnya. Bermakna ada sudah melakukan senaman yang boleh membakar lemak dan kalori dalam tubuh secara sihat.

 

 

  1. Pengambilan Makanan Seimbang
diet selepas bersalin
foto-cdn2-momjunction

Pengambilan makanan seimbang dan sihat merupakan salah satu diet selepas bersalin yang wajar diamalkan.Anda boleh memulakannya dengan pengambilan makanan seperti daging tanpa lemak dan ikan.

 

Di samping itu, pengambilan buah-buahan dan juga sayur-sayuran berserat tinggi akan membantu proses penghadaman dalam tubuh sehingga tidak ada penimbunan lemak dan kalori di dalam tubuh.

 

Itulah beberapa cara diet selepas bersalin yang boleh diamalkan.Semoga artikel ini bermanfaat dan mampu menjadi penunjang semangat diet anda selepas bersalin.

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER

Recent Posts

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme