Domino’s Pizza Malaysia tampil dengan menu baharu yang menyelerakan menerusi Golden Fiesta Pizza Domino’s, hidangan istimewa yang menggabungkan rasa manis, masam dan savuri dalam satu pilihan. Pelancarannya yang bertepatan dengan musim Ramadan dan Raya menjadikan menu ini sesuai dinikmati ketika berbuka puasa, moreh atau rumah terbuka bersama keluarga dan rakan-rakan.
Piza ini membawakan kelainan menerusi potongan nanas berkaramel pada bahagian kerak, sekali gus memberi sentuhan manis yang unik dalam setiap gigitan. Dengan gabungan rasa tropika yang lebih segar, menu ini memberikan pengalaman berbeza untuk pencinta piza di Malaysia.

Gabungan rasa tropika yang menyelerakan
Keistimewaan menu ini terletak pada lapisan sos makanan laut ala pulau yang digabungkan dengan renjisan sos barbeku nanas masam-manis. Hasil kombinasi ini mencipta keseimbangan rasa yang menarik antara manis, savuri dan sedikit berasap.
Selain itu, potongan nanas berkaramel pada kerak menjadikan setiap gigitan lebih istimewa. Ia bukan sahaja menambah rasa. Malah, menyerlahkan identiti tropika yang menjadi tarikan utama piza baharu daripada Domino’s ini.

Tiga pilihan untuk pelbagai citarasa
Menu ini ditawarkan dalam tiga varian yang boleh dipilih mengikut selera masing-masing. Golden Fiesta Chargrilled Chicken Pizza sesuai untuk penggemar ayam panggang yang berjus dengan aroma berasap. Golden Fiesta Tuna Pizza pula menawarkan rasa tuna yang lebih padat dan mengenyangkan.
Bagi mereka yang mahukan pilihan lebih premium, Golden Fiesta Prawn Pizza hadir dengan topping udang yang enak dan memuaskan. Ketiga-tiga varian ini memberikan pilihan menarik untuk dinikmati bersama pada musim perayaan.
Turut hadir dengan kerak klasik Domino’s
Bagi pelanggan yang lebih gemarkan tekstur kerak tradisional, rangkaian Fiesta Pizza turut tersedia dengan pilihan Classic Hand-Tossed. Ini membolehkan pelanggan menikmati kombinasi rasa tropika yang sama dalam versi kerak klasik yang lembut dan digemari ramai.
Sama ada memilih kerak istimewa Golden Fiesta atau Classic Hand-Tossed, kedua-duanya menawarkan hidangan yang sesuai untuk dikongsi bersama ketika momen istimewa.

Strawberry Cheese Tarts jadi pelengkap hidangan
Selain piza, Domino’s turut memperkenalkan Strawberry Cheese Tarts edisi terhad sebagai pencuci mulut pelengkap. Setiap kotak mengandungi dua tart mentega dengan inti krim keju Hokkaido manis dan keju mozzarella cair.
Tart ini dihiasi dengan sos strawberi, potongan strawberi sebenar dan lapisan aising yang melengkapkan rasa manis berkrim. Dengan harga RM12.90, pencuci mulut ini boleh menjadi pilihan sesuai untuk melengkapkan hidangan bersama keluarga.
Sesuai dinikmati sempena Ramadan dan Raya
Pelancaran Golden Fiesta Pizza Domino’s hadir tepat pada waktunya ketika ramai sedang membuat persiapan juadah untuk musim perayaan. Hidangan ini membawa kelainan rasa yang boleh menambah kemeriahan ketika berbuka puasa, moreh atau rumah terbuka.
Menurut Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura dan Kemboja. Menu ini menampilkan pendekatan segar terhadap rasa nanas tropika dengan menyerlahkannya pada bahagian kerak dan juga dalam sos barbeku. Pendekatan ini memberi pengalaman rasa yang lebih meriah untuk dinikmati bersama insan tersayang.
Kini ditawarkan untuk tempoh terhad
Golden Fiesta Pizza Domino’s dan Strawberry Cheese Tarts mula ditawarkan di Malaysia sejak 10 Mac 2026 untuk tempoh terhad. Pelanggan boleh membuat pesanan untuk makan di restoran, penghantaran ke rumah atau ambil sendiri melalui aplikasi Domino’s MY dan laman web rasmi Domino’s.
Bagi pencinta piza yang ingin mencuba sesuatu yang baharu, menu edisi terhad ini boleh menjadi pilihan menarik untuk memeriahkan hidangan sepanjang Ramadan dan Raya.
