Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
ENCORP Klasik Run 2024

ENCORP Klasik Run 2024 Meriahkan SAHTK

Posted on 12/08/2024 by 123mamanet

ENCORP Klasik Run 2024 mencatat sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 3,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat. Secara tak langsung, acara ini menutup tirai Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan (SAHTK) 2024 dengan penuh kemeriahan.

Isi Kandungan hide
1 ENCORP Klasik Run 2024
2 Kreativiti dan Nostalgia Warnai Program
3 Tilia – Fasa Terakhir Encorp Cahaya Alam
4 Komitmen ENCORP kepada Komuniti
5 Mengenai ENCORP Berhad

ENCORP Klasik Run 2024

Larian sejauh 5km bertemakan era klasik ini, dianjurkan buat pertama kali oleh ENCORP dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Ia menyemarakkan semangat komuniti melalui aktiviti santai yang menyatukan pelbagai generasi.

Acara perlepasan dimulakan oleh Datuk Bandar Shah Alam, Y.Bhg Datuk Mohd Fauzi Mohd Yatim, bersama Encik Kamarul Azman bin Kamarozaman@Amir, Ketua Kewangan Eksekutif Kumpulan ENCORP.

Program ini turut menyaksikan penyertaan hampir 6,000 peserta secara keseluruhan. Ini termasuk rakan acara lain seperti Rakan Muda, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, dan Larian Santai Hari OKU Sedunia.

Kreativiti dan Nostalgia Warnai Program

ENCORP Klasik Run 2024

Peserta tampil kreatif dengan berpakaian tradisional dan klasik, menjadikan suasana penuh nostalgia. Iringan muzik klasik sepanjang larian menambah seri, manakala semua peserta yang berjaya menamatkan larian diberikan pingat sebagai tanda penghargaan.

Pertandingan pakaian paling kreatif bertemakan klasik turut mencuri perhatian, dengan hadiah menarik seperti hamper dan barangan elektrik untuk tiga pemenang utama. Selain itu, sesi cabutan bertuah dan permainan tradisional seperti congkak, sepak penalti sarung, serta batu seremban, menjadikan acara lebih meriah untuk semua golongan.

Acara yang bermula seawal jam 7.30 pagi ini disusuli dengan pelbagai aktiviti seperti persembahan pentas, aktiviti kanak-kanak, serta booth jualan dan promosi yang berakhir pada tengah hari.

ENCORP Klasik Run 2024
Sama-sama ‘turun padang’ – Encik Kamarul Azman bin Kamarozaman@ Amir, Ketua Kewangan Eksekutif Kumpulan ENCORP dan Datin Norsyela binti Jaafar, Head of Division Corporate Affairs & Communications Ketua Bahagian Hal Ehwal Korporat & Komunikasi

Tilia – Fasa Terakhir Encorp Cahaya Alam

Dalam pada itu, ENCORP turut memanfaatkan platform ini untuk memperkenalkan Projek Tilia, fasa terakhir pembangunan perumahan bertanah di Encorp Cahaya Alam. Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM1 bilion, perbandaran seluas 210 ekar ini telah menjadi salah satu kawasan kediaman utama di Shah Alam sejak pelancarannya pada tahun 2004.

Projek Tilia menawarkan 112 unit rumah superlink dua tingkat dengan keluasan tanah 24 x 80 kaki persegi. Rekaan moden ini menyediakan luas binaan antara 2,408 hingga 3,131 kaki persegi, sesuai untuk keluarga moden.

Harga bermula daripada RM966,000, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang mencari kediaman strategik dan eksklusif. Beberapa unit terhad turut dilengkapi kolam renang, menambah elemen kemewahan. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada suku keempat 2025.

Baca Juga:

Biasiswa Siswi SAFI

Inspirasi Dekorasi Rumah Tahun 2025

Komitmen ENCORP kepada Komuniti

ENCORP Klasik Run  2024 bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, tetapi juga mengukuhkan hubungan antara syarikat dan komuniti setempat. Program ini seiring dengan misi ENCORP untuk memperkasa komuniti menjelang ulang tahun ke-25 syarikat pada tahun hadapan.

Mengenai ENCORP Berhad

Tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia (ENCORP/6076), ENCORP terlibat dalam tiga perniagaan teras – pembangunan hartanah, pelaburan hartanah, dan pembinaan. Untuk maklumat lanjut, layari www.encorp.com.my

1 thought on “ENCORP Klasik Run 2024 Meriahkan SAHTK”

  1. Email- TRANSFER 1,82387 bitcoin. GET => https://telegra.ph/Ticket--9515-12-16?hs=f36f138eeb00754ac8584844d3525b4f& says:
    12/17/2024 at 9:49 PM

    mt6060

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme