Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Facial Muka

Facial Muka, 5 Tip Mudah Buat Sendiri

Posted on 06/04/202406/04/2024 by 123mamanet

Bagi anda yang suka ke salon atau pusat-pusat kecantikan, sudah pasti tahu kepentingan melakukan facial muka. Banyak kebaikan yang boleh kita peroleh apabila melakukan facial muka secara rutin.

Isi Kandungan hide
1 Kebaikan Facial Muka
2 Jom Buat Facial Muka Sendiri
2.1 Sediakan Semua Bahan Dan Peralatan
2.2 Bersihkan Muka
2.3 Urut Muka
2.4 Steam Muka
2.5 Skrub Muka (Hanya Untuk Muka Yang Tidak Berjerawat)
2.6 Pakai Masker
2.7 Sapukan Serum
3 Kesimpulan

Facial Muka

 

Kebaikan Facial Muka

Tambahan pula facial bukan hanya untuk menjaga kecantikan kulit, malah untuk menjaga keremajaannya. Antara kebaikan melakukan facial muka adalah:

  • Membersihkan dan menyegarkan kulit muka
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam
  • Membantu mengecilkan pori-pori.
  • Membantu meregenerasi sel-sel kulit muka.
  • Melancarkan perjalan darah pada kulit muka.
  • Membersihkan sel-sel kulit mati.
  • Menghilangkan timbunan lemak pada muka.
  • Menegangkan kulit muka.

Baca Juga:

Toner Muka – Kunci Kulit Cantik Dan Bebas Kotoran

Kenapa Kita Perlu Ambil Kolagen ?

 

Jom Buat Facial Muka Sendiri

Jika tak cukup bajet untuk ke salon kecantikan, kita boleh juga melakukan facial muka sendiri.Dikongsikan beberapa tip mudah.

 

  1. Sediakan Semua Bahan Dan Peralatan

Sediakan semua bahan dan peralatan yang diperlukan untuk facial. Antara bahan-bahannya ialah pembersih muka, masker, skrub, air suam dan serum.Selain itu, peralatan seperti penyepit rambut, tuala, berus masker dan mangkuk untuk mengisi air panas.

 

 

  1. Bersihkan Muka

Pastikan muka bersih daripada sebarang kekotoran ataupun sisa-sisa mekap. Jika masih ada sisa mekap yang melekat di muka, gunakan make up remover. Setelah dibersihkan, bilaslah muka dengan menggunakan air suam agar pori-pori kulit terbuka.

Kemudian, bersihkan kembali dengan pembersih muka. Ketika mencuci muka, lakukan sedikut gerakan melingkar dari bawah ke atas dengan menggunakan jari-jemari supaya segala kotoran tersebut terhapus.

Setelah muka benar-benar bersih, bilaslah dengan menggunakan air biasa.

 

  1. Urut Muka

Mengurut muka berguna untuk merelakskan otot-otot supaya perjalanan darah pada muka berjalan lebih lancar.

Sebaiknya gunakan jari tengah dan jari manis. Mulakan urutan wajah dari tengah dagu, kemudian lakukan gerakan memutar kea rah luar. Setelah itu, lakukan gerakan yang sama pada bahagian tengah muka, dan arahkan ke luar hingga ke pipi.

Setelah itu, urut pada bahagian sekitar mata  dan kening.

Untuk bahagian dahi, urutlah secara memutar hingga ke arah kening, dan tepuk-tepuklah seluruh muka dengan menggunakan jari. Kemudian, bersihkan muka dengan tuala yang telah dibasahi air panas suam.

 

  1. Steam Muka

Setelah itu, steam muka dengan wap air panas. Ia sangat berguna untuk merangsang  pori-pori kulit agar terbuka lebar, sehingga kita boleh membersihkan segala kotoran dan minyak yang terperangkap di dalamnya.

Sediakan sebuah mangkuk yang telah berisi air panas. Dekatkan muka di atas mangkuk tersebut, dan tutuplah bahagian kepala dengan tuala agar wap air panas tersebut betul-betul tepat terkena pada muka sahaja. Lakukan sekitar dua minit.

 

  1. Skrub Muka (Hanya Untuk Muka Yang Tidak Berjerawat)

Scrubbing dikatakan mampu menanggalkan segala kotoran yang ada di dalam pori-pori kulit, di samping dapat menanggalkan sel-sel kulit mati di muka.

Gunakan skrub yang mempunyai butiran lembut supaya tidak merosakkan kulit muka. Aplikasikan dengan gerakan ala mengurut dan memutar. Berikan tumpuan pada kawasan muka yang terdapat banyak bintik-bintik hitam, seperti di hidung, dahi dan dagu. Kemudian, bilaslah sehingga bersih.

  1. Pakai Masker

Pilih dan pakailah maskar yang sesuai dengan keperluan kulit muka sendiri. Boleh gunakan masker yang dibuat sendiri. Tak pun, kalau nak lebih senang, beli sahaja masker instan.

Sapukan masker muka dengan berus secara merata. Kemudian biarkan selama 15 minit. Setelah itu, bilaslah muka dengan air panas suam.

  1. Sapukan Serum

Untuk mendapatkan hasil facial muka yang lebih sempurna, sapukan serum pada kulit muka. Selain membutakan kulit muka lebih lembab,anjal, halus dan lembut, serum juga sangat berguna untuk memberikan nutrisi tambahan pada kulit muka.

 

Kesimpulan

Merelakskan kulit muka adalah tujuan facial muka dilakukan. Dengan facial, otot-otot muka kita yang tegang kembali relaks.Dengan melakukan facial muka juga boleh menarik kulit muka kita yang kendur kembali tegang.

Tak ada salanya jika kita melakukan facial muka sendiri di rumah. Bermakna kita telah memanjakan diri dengan cara sederhana yang lebih jimat!

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme