Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024

Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024

Posted on 10/10/202410/10/2024 by 123mamanet

Festival of Drum and Percussion Malaysia adalah satu festival muzik yang penuh dengan warna-warni, membawa bersama pelbagai alat muzik Drum, Gendang dan Perkusi, demi mencipta irama dan bunyi (Rhythm & Sound) yang merangkumi berbilang budaya dan harmoni.

Isi Kandungan hide
1 Artis dan Pemuzik Terlibat
2 Gala Konsert “All-Star Show”
3 Aktiviti Menarik Sepanjang Hari

Menerusi Festival of Drum and Percussion Malaysia yang berlangsung selama satu hari ini, kita akan menyaksikan acara-acara Drums & Percussion Showcase dengan sesi Interaktif dalam pelbagai Genre, Persembahan Drumline, serta sebuah Gala Konsert “All-Star Show” yang mengagumkan.

Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024

Artis dan Pemuzik Terlibat

Antara artis dan pemuzik yang terlibat termasuk Arthur Kam, Batteryheadz Percussion,Dato Zainal Abidin, Kamrul Hussin, Lola, XPDC, Pa’ang Zaman, Rie Tsuji, SānPercussion, Steve Thornton, The Gong, Ujang Exists, Pancaragam Polis DiRajaMalaysia dan jemputan khas lainnya.

“Objektif utama Festival of Drum and Percussion Malaysia dianjurkan adalah untuk mempromosikan seni drum dan perkusi, serta menyumbang kepada industri kreatif Malaysia selain meningkatkan kesedaran tentang kepelbagaian alat perkusi dan teknik melalui ceramah, bengkel, dan persembahan.

Baca Juga:

HUAWEI Lancar Produk Inovatif Terkini

Menu Diet 30 Hari

Gala Konsert “All-Star Show”

Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024

“Oleh yang demikian, kami selaku penganjur juga menganjurkan Gala Konsert “All-Star Show” yang merupakan Kolaborasi dan Gabungan Persembahan ModenDrum, Latin, World & Etnik Percussion dan Malaysia tradisional percussion, diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaysia (OTM) bersama artis dan pemuzik jemputan untuk mempamerkan kepada semua bahawa bakat pelaku seni tempatan kita mempunyai kredibiliti yang perlu terus disokong dan dibanggakan,” ujar dari Jin dari JS Music.

Aktiviti Menarik Sepanjang Hari

Festival of Drums and Percussion Malaysia 2024

Festival yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam, Selangor ini akan bermula dari 10 pagi sehingga 11 malam. Gala Konsert All-Star Show akan berlansung pukul 8.45 sehingga 11 malam.

Sementara itu pelbagai aktiviti termasuk pameran dan jualan alat muzik, demostrasi produk, “mini games”, “busking & jamming” dan cabutan bertuah, turut berlangsung serentak. Dua kategori tiket iaitu Festival Pass dan Tiket Konsert dijual kepada pengunjung.

“Pemegang “Festival Pass” akan dapat menikmati keseluruhan Festival, termasuk makan malam yang disediakan. Tiket konsert pula sesuai untuk sesiapa yang hanya berminat untuk menyaksikan Gala Konsert sahaja,” ujar Jin lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme