Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu

TAMPIL LEBIH STYLISH DENGAN FESYEN HITAM PUTIH

Posted on 08/01/201708/13/2017 by 123mamanet

FESYEN HITAM PUTIH CUKUP MEMIKAT KERANA SELALU MENINGGALKAN KESAN KLASIK DAN ELEGAN BUAT SI PEMAKAINYA.

Isi Kandungan hide
1 PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MENGGAYAKAN FESYEN HITAM PUTIH. PASTIKAN KITA MENGGUNAKAN KUASA SEBENAR WARNA HITAM PUTIH!

 

Fesyen ini serasi digayakan oleh kaum wanita dan juga lelaki tanpa mengira usia. Meskipun sering dianggap sebagai pilihan gaya paling selamat, namun kita perlu tahu cara memadankan fesyen hitam putih ini dengan kesesuaian bentuk badan kita. Barulah nampak lebih ‘meletop’!

hitam putih

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI SEBELUM MENGGAYAKAN FESYEN HITAM PUTIH. PASTIKAN KITA MENGGUNAKAN KUASA SEBENAR WARNA HITAM PUTIH!

 

  1. EFEK YANG LEBIH LANGSING

Jika punggung dan paha kita besar, jadi kita perlu samarkan dengan pilihan seluar atau skirt berwarna hitam serta dipadankan dengan baju berwarna putih.

 

Tumpuan mata orang yang memandang atau melihat kita akan terarah pada bahagian pinggang ke atas.

 

Jika mahu mengenakan seluar hitam berpotongan skinny, pastikan kita memilih yang bahagian bawahnya sedikit melebar.

 

Sekiranya lengan kita besar, kita perlu memilih blouse dengan lengan ¾, berwarna hitam ataupun kita boleh pilih fesyen hitam putih berpotongan vertikal.

  1. BADAN NAMPAK LEBIH BERISI

Jika kita termasuk dalam kategori  wanita yang mempunyai dada berbidang kecil, sebaiknya kita pilih baju yang berwarna hitam bermotif penuh seperti bercorak floral ataupun geometri.

 

Pakaian atau busana ini mampu menyamarkan saiz payudara kita yang kecil dan membuatkan bentuk badan kita nampak lebih berisi. Gandingan sepadan untuk fesyen hitam putih ini ialah paduan seluar berpotongan skinny, skirt berpotongan pensel atau A-line yang berwarna putih.

hitam putih

  1. BENTUK BADAN JENIS BUAH EPAL

Jika kita memiliki postur badan yang besar di bahagian atas dan kecil di bawah, sebaiknya pilih baju berwarna hitam seperti kemeja, blouse, kardign, blazer atau jaket.

 

Elakkan memakai baju yang berpotongan ketat terutama di bahagian ketiak dan dada supaya badan kita tidak nampak semakin berisi.

 

Bagi menghindari tumpuan mata orang yang melihat badan kita nampak besar, sebaiknya pakai skirt ataupun seluar yang berwarna putih.

hitam putih

  1. FESYEN JALUR

Kekurangan bentuk badan kita memang boleh disamarkan dengan fesyen hitam putih seperti motif jalur vertical yang membuatkan badan gemuk nampak langsing.

 

Manakala garis horizontal membuatkan badan kurus nampak lebih berisi.

hitam putih

Itulah beberapa trik untuk tampil lebih bergaya dengan fesyen hitam putih. Semoga bermanfaat!

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry

Recent Posts

  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme