Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
fesyen korea

Fesyen Korea Boleh Digayakan Dengan Bijak

Posted on 12/09/201612/13/2016 by 123mamanet

fesyen koreaBaju-baju Korea merupakan salah satu trend fesyen yang mempunyai banyak penggemar. Tampil bergaya dengan fesyen Korea juga boleh membuatkan para hijabers menjadi lebih stylish dan fashionable. Walaupun berhijab, boleh sahaja nak bergaya bak artis Korea, tapi kenalah bijak untuk sesuaikannya. Jika baju tersebut pendek, kenalah sesuaikan dengan seluar ataupun skirt labuh.

Isi Kandungan hide
1 Berikut tip yang berguna untuk hijabers yang teringin untuk bergaya dengan fesyen Korea:

 

Lagipun nak shopping baju-baju Korea ini tak jadi masalah.Merata kedai menjualnya termasuklah secara online. Harganya pun berpatutan. Macam-macam jenis baju dan dress yang cantik-cantik, kiut miut. Memang rambang mata tengok!

 

Tak ada masalah langsung untuk bergaya dengan fesyen Korea ini walaupun kita mengenakan hijab. Jaket, hoodie, coat dan kardigan Korea yang labuh paling sesuai digayakan oleh anda yang berhijab.

Ketahui juga mengenai seluar jogger untuk hijabers tampil lebih stylish.

 

Berikut tip yang berguna untuk hijabers yang teringin untuk bergaya dengan fesyen Korea:

 

  1. Potongan Baju

fesyen korea

Untuk hijabers, pilihlah potongan atau rekaan dari jenis kemeja, blouse, sweater ataupun blazer.

Padanan yang simple minimalis mampu menambah kepercayaan diri anda dalam berpenampilan. Lebih-lebih lagi bagi anda yang baru memakai hijab.

 

Gandingan skinny jeans dengan sweater ditambah dengan aksesori dan kasut yang sporty akan memperlihatkan gaya anda yang lebih santai.

 

Bagi anda yang menyukai gaya feminin, pemakaian seluar panjang boleh diganti dengan skirt labuh.

 

 

  1. Warna

fesyen korea

Biasanya fesyen Korea lebih menonjolkan permainan warna dengan motif-motif yang sederhana. Ada juga yang berwarna gelap, tetapi sangat elegant. Pilihlah warna yang sesuai dengan keperibadian atau karektor anda. Usahakan supaya pakaian atau seluar yang dipilih kelihatan kena dengan warna kulit anda.

 

Bagi anda yang berkulit putih, tak ada masalah. Semua warna pun boleh anda gayakan. Bagi anda yang berkulit gelap, pilihlah pakaian fesyen Korea yang berwarna sedikit cerah.

 

 

 

  1. Motif

fesyen korea

Biasanya lebih menonjolkan permainan warna dengan motif-motif sederhana. Motif garis seperti vertical paling mendominasi fesyen Korea ini, selain yang bermotif polos.
Carilah yang bermotif sesuai dengan selera anda supaya menjadikan penampilan anda kelihatan lebih moden dan trendy. Misalnya, anda boleh mensuaipadankan kemeja dengan motif print senada dengan warna dengan seluar Korea. Gayakan bersama tudung pashmina dan gaya simple anda akan kelihatan lebih menarik dan berbeza.

 

Seluar stail Korea biasanya mempunyai cawat panjang atau lebar  dan kuncup atau sempit di bahagian bawah.

 

 

  1. Saiz

fesyen koreaPastikan ada memilih baju-baju fesyen Korea ini yang sesuai dengan ukuran atau saiz badan anda.Kebanyakan pakaian Korea yang dijual dipasaran mempunyai ukuran yang mini saiz.

 

Jadi, buat anda yang berhijab memang perlu sesuaikannya agar aurat anda tetap terjaga ketika mengayakan fesyen Korea ini.

 

Jika anda bertubuh tinggi dan kurus, pilihlah yang sedikit longgar.Sementara anda yang bertubuh gemuk, sebaiknya pilih jenis kemeja atau seluar berpotongan slim fit serta yang tidak terlalu sendat ataupun longgar di badan.

 

 

Itulah antara tip penting bagi anda yang ingin bergaya ala Korea. Selamat bereksprerimen dengan gaya fesyen Korea dan jangan lupa mengutamakan kesopanan dalam pemakaiannya.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme