Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Fanna

Filem Fanna Epik Aksi Dan Romantik

Posted on 09/23/202309/23/2023 by 123mamanet

Fanna! Mamanet berkesempatan untuk menyaksikan tayangan perdana yang penuh dengan aksi dan romantik, Filem Fanna. Dalam filem ini penonton akan dibawa ke dunia di mana kekuatan wanita dalam dunia pemotoran bertemu dengan kisah gangsterisme yang berkonsepkan mafia, memberikan pengalaman yang tak terlupakan.

Isi Kandungan hide
1 Tayangan Perdana Filem Fanna: Sebuah Epik Aksi dan Romantik Yang Menggemparkan!
2 Sarat Dengan Aksi Atau Emosi?
3 Gandingan Mantap Syafie Naswip & Fify Azmi
4 Sinopsis Filem Fanna
5 Serbu Pawagam 28 September Ini!

fanna

Tayangan Perdana Filem Fanna: Sebuah Epik Aksi dan Romantik Yang Menggemparkan!

Ia bukan sekadar acara biasa, tetapi satu sorotan utama dalam industri filem Malaysia. Kehadiran pelakon veteran dan bakat-bakat baru yang menyatukan tenaga memberikan pelbagai dimensi kepada filem ini.

Malam Gala Filem Fanna ini adalah bukti sokongan kepada industri filem tempatan dan ia adalah hasil daripada usaha yang tidak terbatas dari krew kreatif dan pengeluar Jaguar Lim Films

Fanna adalah kolaborasi antara Jaguar Lim Films & Production (M) Sdn Bhd dan Metrowealth dalam usaha untuk menghasilkan karya arahan Andy Weng Sum Liew. Manakala skripnya pula ditulis oleh Azlina Pa’wan.

Sarat Dengan Aksi Atau Emosi?

Bintang-bintang cemerlang seperti Syafie Naswip dan Fify Azmi memainkan peranan utama dalam Filem Fanna, mencipta sinergi yang luar biasa dalam kisah cinta yang sarat dengan emosi.

Lebih menarik lagi, filem ini menjalin kisah yang melibatkan gangsterisme yang berkonsepkan mafia. Ini membawa unsur ketegangan yang semakin memuncak dalam plot filem dengan watak-watak yang berada di ambang konflik yang meruncing.

Sementara itu, dalam lapisan yang lebih mendalam, filem ini juga mengupas elemen cinta. Kisah cinta antara watak-watak utama menjadi pusat perhatian yang menggerakkan cerita ini.

Cinta menjadi pendorong utama bagi perubahan dan pengorbanan yang dilakukan oleh watak-watak dan ia bakal menyentuh hati penonton dengan mendalam.

Bagi Mamanet, sinematografi filem ini di awal cerita sangat bermakna. Adengan  yang cukup cantik adalah dalam hujan, waktu Fanna berhenti berteduh. Ia adalah contoh yang baik tentang bagaimana sinematografi dan penyusunan adegan boleh mencipta momen yang indah dan bermakna dalam filem.Dalam adegan ini, sinematografi mampu menggambarkan perasaan Fanna dengan indah dan kuat.

Dalam adegan tersebut, penggunaan hujan telah mencipta suasana yang dramatik sehingga mencipta suasana dan memperkukuhkan mood dalam filem ini. Serius, bab nie Mamanet suka sangat! Jadi, anda kena tonton sendiri!

Baca Juga: Win RM500 Daily

 

Fanna

Gandingan Mantap Syafie Naswip & Fify Azmi

Syafie Naswip, seorang pelakon hebat dalam industri filem Malaysia, sekali lagi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam dunia seni perfileman. Beliau bergandingan dengan Fify Azmi, seorang pelakon wanita yang dikenali dengan kemahirannya dalam aksi, menjadikan Filem Fanna lebih menarik.

Selain daripada pasangan utama ini, filem ini juga menampilkan bakat-bakat seperti Colleen Rosanna Augustin, Rashid Salleh, Andy Black Tan dan ramai lagi.

Sinopsis Filem Fanna

Ia berkisarkan tentang Fanna  seorang gadis yang menghidap kanser, yang menemui cinta pertamanya dengan anak ketua kongsi gelap, Shafik. Namun, cinta mereka diuji apabila kanser yang mengerikan menyerang nyawa Fanna.

Shafik sedar bahawa dia telah jatuh hati kepada Fanna dan dia berusaha untuk menyelamatkan nyawa wanita yang dicintainya daripada ancaman gangsterisme yang semakin memuncak.

Keadaan bertambah buruk apabila adik kepada ketua kumpulan saingan itu dibunuh dalam usaha Shafik untuk melindungi Fanna. Mereka terpaksa melarikan diri ke tempat persembunyian di luar negara dalam usaha untuk menyelamatkan diri.

Serbu Pawagam 28 September Ini!

Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia mulai 28 September ini. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Filem Fanna di https://fannamovie.com/

2 thoughts on “Filem Fanna Epik Aksi Dan Romantik”

  1. Pingback: Pagari Bulan (2023)Kisah Penuh Emosi! - 123mamanet
  2. Pingback: Vigilante: Kemarahan Dibayar dengan Balas Dendam! - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme