Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
Menu

Filem Mar Rak Hidupkan Kembali Legenda Menora Siam

Posted on 10/31/202310/31/2023 by 123mamanet

Bagi pencinta filem seram dan thriller, filem Mar Rak mungkin satu tontonan yang ditunggu-tunggu.Tayangan perdana filem Mar Rak adalah satu langkah besar dalam menyokong filem tempatan, dihasilkan oleh Datuk T.S Jeffry, seorang pelakon dan pengarah berpengalaman dalam industri seni Malaysia selama 33 tahun.

Isi Kandungan hide
1 Filem Mar Rak, Suspense Thriller
2 Sinopsis Filem Mar Rak
3 Lakonan Bakat-Bakat Baru Menyerlah
4 Antara Pelakon Yang Terlibat
5 Cinta Perlu Pengorbanan Nyawa

Filem Mar Rak

Filem Mar Rak, Suspense Thriller

Mar Rak dikenali sebagai sebuah filem suspense thriller yang menghidupkan semula warisan seni yang semakin dilupakan, iaitu cerita Menora Siam.Ia cukup popular pada tahun 80an dan 90an, terutama di Pantai Timur, terutamanya Kelantan.

Bukan sahaja menghidupkan legenda Menora Siam yang sudah hampir dilupakan, tetapi filem Mar Rak juga membawa kepada penonton satu pengalaman yang benar-benar mendebarkan.Cerita Menora Siam ini berkisar pada percintaan antara hero Krasem Pak Sintong yang berketurunan Siam dan heroin Rashidah, seorang penari Menora.

Filem Mar Rak
Percintaan antara Krasem dan Rashidah,penari Menora terhalang akibat ilmu hitam dari Mophi, bomoh hantu

Sinopsis Filem Mar Rak

Mar Rak mengisahkan tentang percintaan rahsia antara Krasem dan Rashidah, yang dipengaruhi oleh perbezaan agama dan bangsa. Ai Ling, yang cemburu dengan hubungan mereka, mencari jampi mentera daripada Mophi, seorang bomoh hantu, untuk memastikan bahawa cinta Krasem menjadi miliknya. Cerita ini membawa kepada tindakan yang di luar batas kemanusiaan, di mana nyawa akan menjadi taruhannya.

“Mar Rak” adalah filem yang menjanjikan pengalaman menonton yang mendebarkan dengan penggunaan CGI yang kreatif. Dengan tagline “cinta perlu pengorbanan nyawa,” filem ini menawarkan jangkaan cerita yang menarik, dan pengarahnya, Datuk T.S Jeffry, menetapkan sasaran 10 juta untuk filem ini, yang menunjukkan keyakinan dalam kualiti dan tarikan filem ini.

Mar Rak
Datuk T.S Jeffry mempertaruhkan bakat-bakat baru untuk menjayakan filemnya ini

 

Lakonan Bakat-Bakat Baru Menyerlah

Dalam filem ini, Datuk T.S Jeffry memberi peluang kepada bakat-bakat baru dalam dunia lakonan seperti Kael dan Shatirah Amanda untuk bersinar di pentas besar. Mereka dibantu oleh pelakon lain termasuk Nina KSC, Dyvianna James, Dalip Singh, Aghonderan Sahadevan dan ramai lagi.

Mereka dengan penuh semangat dan keyakinan membawa watak utama dan suara nyanyian oleh keempat pelakon utama diintegrasikan dalam cerita. Lagu tema “Seru Cinta” yang diberikan sentuhan lirik oleh Datuk T.S Jeffry, memperkukuh dimensi emosi dalam filem ini.

Filem ini telah menerima sokongan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Malaysia (FINAS) melalui Dana Kandungan Digital (DKD) yang membantu memastikan filem ini berjaya dihasilkan dan ditayangkan di pawagam.

Baca Juga: 

Rahsia Sukses

Cara Mudah Simpan Duit

 

Filem Mar Rak
Lakonan Nina KSC sebagai Ai Ling cukup mengesankan,betul-betul kejam!

Antara Pelakon Yang Terlibat

  • Kael sebagai Krasem
  • Shatirah Amanda sebagai Rashidah
  • Nina KSC sebagai Ai Ling
  • Dyvianna James sebagai Sally
  • Dalip Singh sebagai Chua Ting
  • Aghonderan sebagai Mohan
  • Erry Putra sebagai Bapa Rashidah
  • Zalfazain sebagai Ibu tiri
  • Asri Ismail sebagai Tok Ibrahim
  • YY Asri sebagai adik Rashidah
  • Man Khan sebagai Tok Imam
  •  Yank Kassim sebagai Tetamu

Pengarah Filem & Penerbit: Dato’ T.S Jeffry

Terbitan: Pentas Wayang Production Sdn Bhd

Cinta Perlu Pengorbanan Nyawa

“Mar Rak” adalah filem yang berani dan inovatif dalam dunia filem Malaysia. Ia menggabungkan elemen-elemen mistik dengan unsur-unsur thriller, menjadikannya sebuah tontonan yang mendebarkan dan memikat. Dengan tagline “cinta perlu pengorbanan nyawa,” ia menimbulkan soalan-soalan menarik tentang sejauh mana seseorang itu sanggup demi cinta.

Jadi, sambutlah kedatangan filem Mar Rak ini pada 2 November,2023  dengan hati terbuka kerana ia akan membawa anda dalam perjalanan yang cukup mendebarkan di dunia seni filem tempatan!

1 thought on “Filem Mar Rak Hidupkan Kembali Legenda Menora Siam”

  1. Pingback: Filem Sazali Meor Coco - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Advertisement

Artikel Popular

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….
  • Pepsodent Lancar Kempen Kesedaran Kebersihan Mulut
  • Little Caliphs Karnival Mega Ulang Tahun ke 20
  • Kiddocare dan FWD Takaful Lancar “MindCare”
  • Malaysia Hobby Expo 2023 & Passion of Sound Concert 2023
  • Mata Letih : Cuba 8 Cara Segarkannya

Recent Posts

  • Karnival Mega Ulang Tahun Little Caliphs® Yang Ke-20
  • SCENTIFY by ENCHANTEUR, Jenama Penyegar Fabrik Terbaharu
  • Immersive Winterland: Pintu Gerbang Pengalaman 7D di i-City
  • SUPALAPA Festival
  • Suami Curang, Anda Patut….

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

© 2023 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme