Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
gatal kulit ketika mengandung

Gatal Kulit Ketika Mengandung, Ada 5 Cara Atasi

Posted on 12/12/201612/13/2016 by 123mamanet
gatal kulit ketika mengandung
foto-babycenter

Gatal kulit ketika mengandung adalah masalah yang sering berlaku selain morning sickness. Di sebalik keseronokan untuk menimang cahaya mata terutama kehamilan pertama, ada di antara ibu mengandung yang terpaksa berhadapan dengan gangguan-gangguan kesihatan sepanjang kehamilan.

Isi Kandungan hide
1 Punca Gatal Kulit Ketika Mengandung:
2 Berikut beberapa tip atau cara untuk mengurangkan rasa gatal kulit ketika mengandung:

 

Masalah kegatalan kulit pada ibu mengandung boleh menyerang pada bila-bila masa sahaja. Ada yang terkena gatal kulit ketika mengandung pada trimester pertama, trimester kuda ataupun trimester ketiga.

 

Masalah kegatalan tersebut tidak sama, ada ibu mengandung yang mengalaminya di bahagian perut sahaja. Ada juga yang gatal di seluruh badan seperti di celahan paha, kaki, muka, tangan dan dada.

 

Di samping itu, tahap keseriusannya juga berbeza-beza. Ada kegatalan yang kuat sehingga menimbulkan kesan bengkak,ruam dan bintik-bintik kemerahan. Masalah seperti ini umumnya terjadi pada wanita yang mengandung anak kembar atau anak pertama.

 

Rasa gatal ini akan jadi semakin parah apabila berada di tempat-tempat yang panas atau berpeluh. Jika kegatalan tersebut sudah termasuk dalam kategori serius atau parah, sehingga tidak boleh tidur dan sebagainya perlulah segera diatasi.

 

 Ingin tahu sama ada hubungan seks anda selamat ketika mengandung atau tidak, KLIK SINI.

 

Punca Gatal Kulit Ketika Mengandung:

Ada tiga penyebab gatal kulit ketika mengandung, iaitu disebabkan kulit kering, garis stretch pada kulit perut serta tanda-tanda Pruritic Urticarial Papules and Plaques of Pregnancy (PUPP) yang biasanya terjadi keana adanya penambahan hormon gonadotropin serta estrogen.

 

Berikut beberapa tip atau cara untuk mengurangkan rasa gatal kulit ketika mengandung:

 

  1. Pakai Losyen Pelembab
gatal kulit ketika mengandung
foto-med-handbook

Ibu mengandung perlu sentiasa menjaga kelembapan kulit sepanjang kehamilan. Tambahan pula, potensi gatal kulit ketika mengandung agak tinggi. Dengan menggunakan losyen pelembab ia akan mengurangkan bekas-bekas kesan menggaru.

 

Selain itu, sapukan minyak zaitun atau virgin coconut oil bagi meredakan rasa gatal tersebut. Di samping itu, elakkan menggarunya dengan tangan kerana ia boleh menyebabkan infeksi dan sebagainya.

 

 

  1. Banyakkan Makan Sayur, Buah-Buahan Dan Minum Air Masak

gatal kulit ketika mengandung

Pengambilan makanan berkhasiat serta minum air masak secukupnya mampu melindungi kelembapan badan secara semulajadi.

 

Bukan sahaja mampu memberikan manfaat untuk ibu mengandung, tetapi juga untuk bayi yang sedang dikandung.

 

 

  1. Pakai Pakaian Menyerap Peluh
gatal kulit ketika mengandung
foto-poundspersquareinch

Ibu mengandung biasanya mengeluarkan peluh yang lebih banyak daripada wanita yang tidak mengandung.

 

Jadi, ibu mengandung akan kerap kepanasan dan berpeluh. Keadaan ini akan menyebabkan gatal. Jadi, kenakan pakaian yang diperbuat dari bahan cotton yang mudah menyerap peluh atau pakaian longgar.

 

 

  1. Mandi Dengan Air Biasa

gatal kulit ketika mengandungElakkan mandi dengan air panas kerana ia akan menambahkan lagi kegatalan tersebut. Sebaiknya pakailah sabun yang mempunyai pH rendah (sabun bayi).

 

 

 

 

 

  1. Hindari Terik Matahari

gatal kulit ketika mengandungKepanasan matahari secara langsung boleh memparahkan lagi rasa gatal kulit. Jadi, ibu mengandung disarankan tidak keluar rumah atau terdedah pada sinaran cahaya matahari secara langsung.

 

Jika terpaksa, sebelum keluar dari rumah adalah lebih baik jika anda dapat menyapu losyen pelembab, minyak zaitun atau virgin coconut oil bagi menghindari pengeluaran peluh yang berlebihan.

 

Itulah antara penyebab gatal kulit ketika mengandung dan beberapa tip bagi mengatasi masalah tersebut.

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER

Recent Posts

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme