Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
NIVEA

Guardian dan Nivea Sumbang RM50,000 Kepada Persatuan Kebajikan Suriana

Posted on 01/19/202401/19/2024 by 123mamanet

Jenama Penjagaan Kulit Nombor Satu, NIVEA dengan kerjasama Guardian Malaysia telah berjaya menyiapkan program pengubahsuaian di dua pusat pendidikan komuniti yang dikendalikan oleh organisasi bukan kerajaan, Persatuan Kebajikan Suriana.

Isi Kandungan hide
1 Kolaborasi Guardian Dengan NIVEA
2 Persatuan Kebajikan Suriana
3 CSR “Care Beyond Skin”

NIVEA

Kolaborasi Guardian Dengan NIVEA

Projek pengubahsuaian Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), yang dinamakan “Share The Care, You Buy, We Donate” ini adalah hasil daripada kempen yang dijalankan oleh NIVEA dan Guardian yang mengumpul RM50,000 untuk menampung kos membaik pulih dua pusat pendidikan.

Sepanjang tempoh kempen dari 2 Oktober hingga 31 Oktober 2023, setiap belian produk NIVEA bernilai RM50 dan ke atas dalam satu resit, RM2 disumbangkan kepada projek CSR ini.

Baca Juga:

Cara Menurunkan Kolesterol Tanpa Ubat

Bibir Pecah Pecah

Mekap Simple Paling Mudah

 

NIVEA

Persatuan Kebajikan Suriana

Kedua-dua pusat pendidikan yang dikendalikan oleh Persatuan Kebajikan Suriana itu bertujuan untuk memperkasakan kanak-kanak miskin bandar menerusi pendidikan yang holistik.

Di samping memperkuatkan sinergi antara penjaga dan ibu bapa melalui penglibatan yang berterusan.

Menyediakan sebuah ruang yang selamat untuk kanak-kanak dan ibu bapa merupakan sebahagian daripada matlamat “Transformasi Komuniti Menerusi Pendidikan” persatuan itu.

 Menurut Anna Hull, Pengarah Komersil, Guardian Malaysia, mereka gembira kerana dapat berkolaborasi dengan NIVEA Malaysia khususnya dalam projek CSR pengubahsuaian tersebut. Ia  bertujuan membantu 91 kanak-kanak Desa Mentari di Petaling Jaya dan Desa Ria di Kuala Lumpur.

“Pusat Pendidikan Suriana memerlukan pembaikan dan pengubahsuaian agar persekitaran pembelajaran yang selesa dan kondusif dapat disediakan untuk kanak-kanak ini belajar dan menimba ilmu. Kami berharap dengan pusat yang telah dibaikpulih ini, Suriana dapat mengambil lebih ramai kanak-kanak kerana senarai menunggu pun agak panjang.”

*Euromonitor International Limited; NIVEA mengikut nama jenama induk dalam kategori Penjagaan Badan, Penjagaan Wajah dan Penjagaan Tangan; dari segi nilai runcit, 2022.

NIVEA

CSR “Care Beyond Skin”

Menurut  Ng Hock Guan, Pengurus Negara, Beiersdorf Malaysia dan Singapura, NIVEA berbangga menjadi sebahagian daripada projek yang penting dan bermakna ini, yang mana ia juga selaras dengan matlamat CSR kami untuk “Care Beyond Skin”.

“Kami berharap projek ini akan terus memberi impak baik kepada kanak-kanak miskin bandar. Tahniah kepada Persatuan Kebajikan Suriana atas usaha-usaha kebajikan yang telah mereka lakukan selama ini. Begitu juga kepada Guardian Malaysia  bermurah hati untuk bekerjasama dengan kami dalam projek ini. Termasuklah semua pengguna setia NIVEA yang telah menyumbang untuk projek yang penting ini,” kata beliau.

Pengubahsuaian yang dilakukan di pusat pendidikan Desa Ria termasuk:

  1. Pemasangan Sistem TV Litar Tertutup (CCTV)
  2. Jubin lantai baru di dalam dewan
  3. Sistem paip air baharu
  4. Kipas dinding dan kipas siling baharu
  5. Cat baharu

Manakala di pusat pendidikan Desa Mentari, pengubahsuaian termasuk:

  1. Sebuah pantri dan bilik stor baharu
  2. Penggantian pili, sinki dan paip di dalam tandas
  3. Pemasangan rak dan papan putih serta rak kasut beserta kunci di kawasan pintu masuk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme