Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Eco Garden

Guardian Lancar Rangkaian Penjagaan Diri Eco-Garden

Posted on 05/01/2024 by 123mamanet

Sempena Hari Bumi 2024, guardian hari ini telah mengumumkan pelancaran rangkaian penjagaan diri yang lestari jenama sendiri pertamanya – Eco-Garden guardian.

Isi Kandungan hide
1 100% Bahan-Bahan Organik
2 Penyembuhan Ajaib Alam Semula jadi
3 Produk Penjagaan Diri Eco-Garden
4 Kebaikan Luar Biasa

Eco Garden

100%  Bahan-Bahan Organik

Diperbuat daripada 100% bahan-bahan organik yang diperakui dan minyak sawit mass-balance yang mampan, dan dibotol menggunakan 100% bahan boleh dikitar semula, rangkaian Eco-Garden baharu mendukung konsep guardian #DoubleTheNatural (gandingan dua bahan-bahan semula jadi) yang memberikan dua manfaat berganda kuasa alam semulajadi untuk menyembuh dan memulihkan ke dalam setiap rumah.

Penyembuhan Ajaib Alam Semula jadi

Menurut Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, rangkaian Eco-Garden kami akan membantu pelanggan menikmati penyembuhan ajaib alam semula jadi, diilhamkan oleh alam semulajadi untuk pengalaman pembersihan yang sensual pada harga yang mampu dimiliki.

Dirumus dengan kebaikan alam semula jadi, rangkaian Eco-Garden mengubah kamar mandi anda menjadi oasis yang tenang, menghimpunkan esensi taman yang   nyaman mendamaikan.

“Kami sedar bahawa pelanggan kami mencari produk asli semulajadi dan bersih yang diproses dan dihasilkan secara mampan menggunakan bahan-bahan berkesan yang tidak membahayakan alam sekitar.

Produk penjagaan diri Eco-Garden memenuhi keperluan pelanggan ini pada harga yang berpatutan sekaligus menafikan mitos bahawa produk yang mampan adalah mahal. Mereka boleh memilih produk semula jadi yang selamat untuk alam sekitar dan mendapat nilai yang hebat untuk wang mereka.”

Baca Juga:

5 Minuman Detox Segarkan Badan

Kebaikan Minum Teh Hijau Sebelum Tidur

Produk Penjagaan Diri Eco-Garden

Menampilkan manfaat semula jadi secara mampan, dengan Eco-Garden guardian.Barisan produk termasuk tujuh rangkaian yang pelbagai, yang memenuhi faedah fungsi tertentu daripada bahan-bahan semula jadi seperti;

  1. Pelembap Ultra – Macadamia dan Shea Butter
  2. Kawalan Rambut Gugur – Kopi dan Ginseng
  3. Membaiki dan Menguatkan – Argan dan Camellia
  4. Lembut dan Licin – Avokado dan Buah Zaitun
  5. Anti-Kelemumur – Halia dan Tea Tree
  6. Pembersihan Mendalam – Bergamot dan Peppermint
  7. Menenangkan – Aloe Vera dan Chamomile

Kebaikan Luar Biasa

 Manfaat-manfaat luar biasa termasuk:

  • Macadamia & Shea Butter, yang memberikan kelembapan ultra untuk rambut anda, dan bahan-bahan semula jadi yang memastikan kulit kekal anjal, dimanja dan dipelihara.
  • Camellia & Argan, yang membantu merawat dan menguatkan rambut, dengan bahan-bahan berkhasiat dan menyegarkan, untuk rambut kuat yang lembut dan mudah diurus.
  • Avokado & Buah Zaitun, rawatan sempurna untuk rambut dan kulit yang kering dan tidak terurus, dengan bahan-bahan yang menyuburkan dan melembapkan untuk hasil yang halus dan licin bak sutera.

Rangkaian produk penjagaan diri Eco-Garden baharu terdiri daripada Syampu, Perapi, Minyak Rambut, Krim Mandian Badan, Krim Tangan, Losyen dan Rawatan Badan dan ia boleh didapati di semua stor guardian dan di stor dalam talian.

Eco Garden

Di majlis pelancaran media yang diadakan di The Nursery, Taman Tugu, Kuala Lumpur, para wartawan dan pempengaruh media sosial telah berkerjasama dengan Precious Plastics untuk mengitar semula penutup botol yang dibawa oleh mereka masing-masing ke acara tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia

Recent Posts

  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme