Menjaga kebersihan diri adalah hak semua, bukan keistimewaan – guardian Malaysia terus memperjuangkannya! guardian Malaysia, peneraju dalam penjagaan kesihatan dan kecantikan telah mengubah pembelian harian menjadi impak besar melalui inisiatif serantau dengan lebih 40 juta mandian disumbangkan kepada golongan kurang bernasib baik di Asia Tenggara termasuk Malaysia.
Inisiatif ini bukan sekadar sumbangan tetapi satu gerakan untuk memulihkan maruah dan memperbaiki kebersihan diri kanak-kanak dan remaja dari komuniti yang memerlukan.
Misi Serantau, Impak Setempat
Sebagai sebahagian daripada kempen merentas lima negara, guardian Malaysia memainkan peranan penting dalam memastikan akses kepada mandian bersih dan produk kebersihan asas bagi kanak-kanak dan remaja berpendapatan rendah.
“#MYWellbeingMatters bukan hanya slogan—ia adalah komitmen jangka panjang kami untuk kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia,” jelas Anna Ng, Pengarah Pemasaran guardian Malaysia.
Kebersihan Diri – Hak Asasi, Bukan Kemewahan
Pandemik COVID-19 mendedahkan cabaran besar dalam penjagaan diri apabila ramai keluarga mula mengutamakan makanan dan tempat tinggal berbanding keperluan mandian asas. guardian tampil dengan inisiatif yang memperjuangkan hak setiap kanak-kanak untuk menikmati kebersihan diri—asas kepada keyakinan diri, kesihatan mental dan prestasi sekolah.
Fokus Baharu 2025 – Jangkauan Luas Kepada Remaja
Tahun 2025 menyaksikan pengembangan inisiatif ini kepada remaja dalam komuniti B40. guardian memahami bahawa remaja menghadapi tekanan sosial dan emosi yang memerlukan perhatian terhadap kebersihan diri.
Antara usaha terkini termasuk:
- Sumbangan produk mandian asas
- Bengkel pendidikan kebersihan di sekolah-sekolah
- Kempen “Bersama, Menjaga Kebersihan dan Kesihatan Kanak-Kanak
Baca Juga:
5 Barang Dapur Bajet Muslimah Wajib Ada
Resepi Sup Gear Box Berkolagen
Impak Berganda Melalui Pembelian Anda
Setiap pembelian produk mandian guardian bersaiz 1 liter akan menyumbang 15 sen kepada kempen kebersihan ini menjadikan setiap pembelian anda satu tindakan penuh makna.
“Sokongan pelanggan kami sangat penting. Terima kasih kepada anda, kami berjaya mencapai 40 juta mandian, dan kami yakin jumlah ini akan terus meningkat,” tambah Anna.
Tindakan Pantas Ketika Krisis
guardian juga bergerak pantas dalam situasi kecemasan:
- 80 pek penjagaan diri diagihkan kepada mangsa kebakaran gas di Putra Heights melalui MERCY Malaysia.
- Sumbangan barangan penjagaan bernilai RM140,000 kepada mangsa banjir di Pantai Timur dan Malaysia Timur bersama Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSM).
Pink Glove untuk Pemeriksaan Diri
Dalam usaha meningkatkan kesedaran tentang kanser payudara, guardian turut mengagihkan 10,000 kit pemeriksaan sendiri “Pink Glove” kepada wanita berisiko tinggi melalui kerjasama dengan Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia.
Janji guardian – Lebih Daripada Sebuah Kedai!
Selama lebih 57 tahun bersama rakyat Malaysia, guardian bukan sekadar sebuah peruncit—ia adalah rakan komuniti yang prihatin.
- Melalui pendekatan bersepadu yang merangkumi:
- Pendidikan kebersihan
- Bantuan kecemasan
- Sumbangan komuniti harian
guardian menyeru semua untuk “Serlahkan Kecantikanmu” – secara fizikal dan emosi.Teruskan menyokong Guardian Malaysia dalam usaha memupuk masyarakat yang sihat, bersih dan bermaruah.
Selanjutnya layari www.guardianmy.com
Facebook / Instagram / YouTube / Telegram: @guardianmy