Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Guardian

Guardian Perkenal Konsep Stor Utama Premium

Posted on 11/02/2023 by 123mamanet

 Guardian Malaysia hari ini melancarkan stor utamanya yang serba baharu, tercanggih dan yang terbesar di Asia Tenggara, di Pusat Membeli-Belah Mid Valley, Kuala Lumpur.

Isi Kandungan hide
1 Produk Kesihatan dan Kecantikan Terbaik
2 Eksklusif Untuk Guardian
3 Ruangan Tweens
4 Salon-At-Home
5 Ruang Wellness
6 Stor Guardian Yang Serba Canggih

Peneraju rantaian runcit farmasi, kesihatan dan kecantikan terkemuka di negara itu telah mengukuhkan tawaran perniagaannya. Menerusi stor konsep unik seluas 7000 kaki persegi ini,memanfaatkan trend kesihatan dan kecantikan global terkini serta trend pengguna yang sentiasa berubah.

Guardian

Produk Kesihatan dan Kecantikan Terbaik

Menjelaskan stor konsep baharu itu sebagai ‘revolutionary’ dan ‘evolutionary’, Priscilla Wu, Pengarah Urusan, Health and Beauty, Malaysia dan Brunei memberitahu bahawa pelanggan Guardian akan menikmati pengalaman membeli-belah yang serba baharu di stor premium utama baharu mereka.

“Ia melambangkan pertumbuhan kukuh dan kejayaan berterusan jenama Guardian di Malaysia dan merupakan bukti komitmen tanpa henti Guardian dalam menawarkan produk kesihatan dan kecantikan terbaik di pasaran pada nilai terbaik kepada pelanggan kami.”

Eksklusif Untuk Guardian

“Pelaburan kami dalam stor konsep baharu ini mewujudkan pengalaman membeli-belah yang unggul dan terbaik dalam kelasnya dengan kategori produk baharu yang telah berkembang.

Seiring dengan permintaan dan trend baharu pengguna. Ia akan memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih tersendiri, informatif dan interaktif kepada pelanggan.

Kami juga akan memperkenalkan lebih 30 jenama penjagaan kulit dan kosmetik baharu ke stor kami, dengan 20 rangkaian penjagaan kulit dan lebih 10 jenama kosmetik baharu, yang mana kebanyakannya adalah eksklusif untuk Guardian,” jelas beliau lagi.

Jenama baharu itu termasuk jenama mandian Tanamera Natural, serta jenama penjagaan rambut eksklusif dari Jepun (Ahalo, Fun Azum, Theratis, Kose Bioless dan Kose Je L’aime) dan Korea (Mise En Scene dan Ryo).

Susun atur stor utama Guardian yang unik akan menampilkan segmen produk baharu seperti ruangan Clean & Natural Beauty menampilkan produk penjagaan kulit, penjagaan rambut, dan kosmetik yang diformulasi menggunakan bahan selamat, bebas toksik dan mesra alam.

Ruangan Tweens

Ia menampilkan produk kecantikan yang ceria, berwarna-warni serta selamat digunakan untuk pembeli muda berumur 8 hingga 12 tahun.

Guardian

Salon-At-Home

Manakala bahagian Salon-At-Home yang pertama seumpamanya dikuasakan oleh L’Oreal menawarkan pelanggan pengalaman memanjakan diri yang mewah disamping menikmati rangkaian produk penjagaan rambut komprehensif yang disesuaikan mengikut keperluan unik mereka.

Ruang Wellness

Turut dimuatkan adalah ruang Wellness di bahagian Penjagaan Kesihatan yang menumpukan kepada produk keperluan kesihatan dan kecerdasan pelanggan, seperti serbuk protein dan makanan kesihatan.

Baca Juga:

Selsun Blue Shampoo

Kembung Perut

Guardian

Stor Guardian Yang Serba Canggih

Stor ini bakal menjadi stor utama Guardian pertama yang dilengkapi fasad berskrin animasi LED, skrin paparan LED digital dinamik dan interaktif di seluruh stor dan dua tiang interaktif khas. Ia  memaparkan maklumat produk interaktif menerusi hologram dan berfungsi sebagai tanda navigasi.

Stor utama berkeluasan 7000 kaki persegi baharu itu juga akan mempamerkan konsep baharu daripada jenama penjagaan mulut, Oral B dan Sensodyne.

Sensodyne akan mempunyai paparan khas di Guardian Mid Valley.Pelanggan akan dapat melihat sendiri bagaimana ubat gigi #1 di Malaysia* dihidupkan. Semua ini boleh ditonton menerusi paparan interaktif, memberikan kesedaran tentang sensitiviti gigi.

Dengan 71% rakyat Malaysia mengalami gigi sensitif, mereka kini boleh mengetahui lebih lanjut tentang bagaimana gigi sensitif boleh diatasi dengan varian Sensodyne.

*Berdasarkan Indeks Perkhidmatan Runcit untuk segmen Sensitif dalam kategori Ubat Gigi bagi tempoh 12 bulan berakhir April 2023, untuk Total Malaysia Market. (Hak Cipta © 2023, NIQ.)

Oral B pula akan membawa masuk pusat pengalaman ‘Powered Oral Care’ interaktif pertamanya. Di mana pelanggan boleh memanfaatkan program sensori untuk menyentuh, merasai dan membandingkan produk di kios digital. Ia  turut menyediakan pendidikan tabiat kesihatan mulut untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

Untuk memberikan lebih ganjaran kepada pelanggan, untuk tempoh terhad sempena pelancaran stor utama baharu ini Guardian telah menyediakan pelbagai promosi dan tawaran menarik untuk pelanggan setianya.

Jadi, datanglah beramai-ramai ke stor utama kami di Mid Valley dan alami pengalaman membeli-belah serba baharu di Guardian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria
  • Princess Solehah di Abu Dhabi International Book Fair 2025

Recent Posts

  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme