Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Anak-anak rumah kebajikan memilih produk kesihatan dan penjagaan diri di acara guardian Malaysia

Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia

Posted on 03/04/202603/04/2026 by 123mamanet

Sempena Hari Raya Aidilfitri, guardian Malaysia mengajak rakyat Malaysia untuk melihat pemberian Raya daripada perspektif yang lebih bermakna dan berpanjangan iaitu hadiah kesihatan.

Isi Kandungan hide
1 Evolusi Hadiah Kesihatan Raya Yang Lebih Bermakna
2 Hadiah Kesihatan Raya – Kisah Penjagaan Merentas Generasi
3 Memperluas Penjagaan Kepada Komuniti
4 Raikan Raya Lebih Istimewa Dengan MYguardian Rewards
5 Kesejahteraan Untuk Setiap Generasi

Walaupun duit Raya dan juadah perayaan kekal sebagai tradisi yang dihargai, guardian percaya tanda kasih sayang yang paling tulus adalah memastikan insan tersayang sentiasa dilindungi, dipelihara dan sihat.Bukan hanya ketika perayaan, tetapi sepanjang tahun!

Suasana majlis iftar Raya guardian Malaysia sempena kempen Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran

Evolusi Hadiah Kesihatan Raya Yang Lebih Bermakna

Bercakap pada majlis pelancaran kempen Raya guardian bertemakan “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran”, Priscilla Wu, Pengarah Urusan Malaysia & Brunei, guardian Health and Beauty, menegaskan bahawa makna sebenar Raya terletak pada keikhlasan, kesyukuran dan kasih sayang.

“Musim perayaan ini, kami ingin menyuntik nafas baharu dalam tradisi memberi. Selain duit Raya dan juadah istimewa, kami menggalakkan rakyat Malaysia menghadiahkan sesuatu yang menjaga kesihatan dan menyokong kesejahteraan kerana itulah tanda kasih yang paling bermakna,” katanya.

Beliau turut berkongsi bahawa selama lebih 58 tahun, guardian kekal sebagai penasihat kesejahteraan yang dipercayai oleh rakyat Malaysia, menjadikan setiap hadiah kesihatan dan kecantikan satu simbol doa serta berkat yang berpanjangan.

Hadiah Kesihatan Raya – Kisah Penjagaan Merentas Generasi

Mesej kempen ini dizahirkan melalui filem Raya baharu guardian, “Seikhlas Pemberian, Seindah Lebaran” yang mengisahkan hubungan penuh kasih antara Rina dan neneknya.

Kisah ini memaparkan bagaimana hadiah kesihatan yang ringkas, tetapi diberi dengan penuh keikhlasan, mampu mengeratkan hubungan keluarga serta menyokong kesejahteraan merentas generasi. Ia mengingatkan bahawa hadiah Raya paling bernilai bukan terletak pada harga, tetapi pada niat, doa dan kasih sayang.

Filem Raya ini kini boleh ditonton di YouTube serta semua platform media sosial guardian.

Memperluas Penjagaan Kepada Komuniti

Dalam semangat Ramadan yang menekankan empati dan kemurahan hati, guardian turut meraikan 80 orang anak perempuan daripada pelbagai rumah kebajikan pada majlis pelancaran kempen di Atrium Raya guardian, Sunway Pyramid.

Acara yang berlangsung dari 2 hingga 8 Mac ini menampilkan promosi eksklusif, zon pengalaman jenama serta sesi kesejahteraan bersama ahli farmasi guardian. Para peserta turut dibimbing membeli keperluan Raya di stor guardian sebelum program diakhiri dengan jamuan berbuka puasa istimewa.

Sepanjang Ramadan, guardian komited menyalurkan sumbangan kebajikan melebihi RM55,000 yang bakal memberi manfaat kepada hampir 2,000 penerima di seluruh negara.

Sesi bimbingan dan perkongsian penjagaan diri oleh pasukan guardian Malaysia sempena acara Raya

Raikan Raya Lebih Istimewa Dengan MYguardian Rewards

Ahli MYguardian Rewards berpeluang menyertai Peraduan Gold Rewards dengan hadiah bernilai lebih RM80,000.

Dari 25 Februari hingga 31 Mac 2026, pembelian minimum RM50 dalam satu resit (jenama terlibat) melayakkan ahli memenangi:

  • Hadiah Utama: Set rantai leher & loket Rama Rama emas 999 oleh Habib Jewels

  • 4 Hadiah Kedua: Gelang tangan emas 999

  • Ganjaran Mingguan: 1,000 baucar Habib Jewels bernilai RM50

Sebagai sokongan kepada inisiatif #LoveForLocal, guardian turut bekerjasama dengan Fiziwoo untuk menghasilkan sampul Raya eksklusif bermotif batik kontemporari. Pembelian RM68 ke atas melayakkan ahli menerima sampul Raya hijau edisi khas berserta baucar guardian RM5.

Kesejahteraan Untuk Setiap Generasi

Bagi memudahkan persiapan Raya, guardian menawarkan diskaun sehingga 50% untuk lebih 7,500 produk kesihatan dan kecantikan di semua stor serta secara dalam talian.

“Tiada hadiah yang lebih bermakna selain mengetahui insan tersayang dijaga dan dilindungi,” tambah Priscilla.

“Raya ini, marilah kita memberi sesuatu yang benar-benar bermakna. Hadiah kesihatan yang mencerminkan kasih sayang, keikhlasan dan doa.”

Raya ini, jom ubah cara kita memberi. Pilih hadiah yang bukan sahaja menggembirakan, tetapi terus menjaga kesejahteraan mereka yang kita sayangi bersama guardian Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia
  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia

Recent Posts

  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme