Penyanyi popular tanah air, Hafiz Suip, membawa berita gembira buat peminat setianya apabila SAH Entertainment mengumumkan penurunan harga tiket konsert Di Sebalik Aku – Hafiz Suip.
Keputusan itu dibuat selepas tiga syarikat tempatan tampil sebagai penaja utama, sekali gus membuka peluang lebih ramai peminat hadir ke malam bersejarah yang bakal berlangsung pada 1 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Konsert Ditaja Tiga Syarikat Tempatan
Pada sidang media khas yang berlangsung di St. Giles Boulevard Hotel, Mid Valley, Hafiz bersama pihak penganjur mengesahkan bahawa konsert ini mendapat tajaan daripada tiga syarikat tempatan iaitu Bienz, Solustra Perfum dan Finura.
Kerjasama ini dianggap sebagai bukti kepercayaan syarikat tempatan terhadap reputasi Hafiz sebagai salah seorang penyanyi terbaik tanah air. Ia juga memperlihatkan bagaimana dunia seni dan perniagaan boleh bergabung untuk memberi nilai kepada masyarakat, khususnya dalam menyokong bakat muzik tempatan.

Bienz – Pizza Wagyu, Pasta & Tiramisu
Sejak dibuka di Wangsa Maju pada September 2024, Bienz dengan pantasnya menjadi port kegemaran peminat makanan premium. Menu seperti pizza wagyu, pasta berkrim dan tiramisu memang antara yang paling popular. Selain hidangan, layanan mesra di restoran ini juga buat ramai pelanggan jadi pelanggan tetap.
Sebagai penaja konsert, Bienz mahu bawakan rasa eksklusif mereka ke pentas hiburan. Sama seperti hidangan yang penuh citarasa, sokongan Bienz terhadap Hafiz Suip melambangkan gaya hidup moden yang meraikan muzik dan momen istimewa. Menariknya, Bienz kini sedang merancang untuk buka cawangan baharu tidak lama lagi menandakan sambutan hangat yang diterima jenama ini.

Solustra Parfum – Haruman Eksklusif, Aura Berkekalan
Solustra Parfum pula membawa sentuhan elegan dengan koleksi EDP unisex yang tahan lama. Antara paling laris ialah Solustra Belle Aura Parfum (pheromone infused) yang sering jadi pilihan kerana baunya unik dan meninggalkan kesan berpanjangan.
Dengan menjadi penaja konsert ini, Solustra Parfum mahu tonjolkan keyakinan dan gaya. Bukan saja di pentas Hafiz, malah juga di kalangan penonton. Aura wangian mereka ibarat pelengkap kepada suasana konsert menjadikannya lebih berkesan dan sukar dilupakan. Produk Solustra Parfum juga mudah didapati melalui TikTok rasmi mereka.

Finura – Dari Singapura ke Malaysia
Bermula sebagai jenama fesyen di Singapura, Finura kini mengembangkan empayar di Malaysia dengan memberi tumpuan pada koleksi tudung bawal eksklusif. Lebih menarik, mereka memilih Syasya Reza (bekas anggota kumpulan Dolla) sebagai duta rasmi simbol wanita moden yang yakin dan bergaya.
Sebagai penaja konsert, Finura mahu meraikan gabungan fesyen dan muzik. Ia selari dengan perancangan mereka untuk melancarkan koleksi shawl baharu tidak lama lagi. Ia memberi lebih banyak pilihan kepada wanita yang mahu tampil anggun termasuk di malam konsert penuh gaya ini.

Penaja Buka Peluang Lebih Ramai Peminat Hadir
Dengan kehadiran tiga penaja utama ini, pihak penganjur SAH Entertainment mengambil langkah berani untuk menurunkan harga tiket. Keputusan ini sekali gus membuka ruang lebih ramai peminat dari pelbagai latar belakang hadir dan menyaksikan persembahan istimewa.
“Sokongan syarikat penaja memberi ruang untuk kami menurunkan harga tiket agar lebih ramai peminat dapat hadir. Ini juga sebagai tanda penghargaan atas kesetiaan mereka sejak awal kerjaya Hafiz,” ujar Sufi Rashid, Pengarah Urusan SAH Entertainment.
Harga Tiket Baharu Konsert Di Sebalik Aku
Berikut adalah senarai harga tiket terkini konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip:
- Bahagiamu Deritaku – RM788 → RM588
- Awan Nano – RM588 → RM358
- Takdir Tercipta – RM488 → RM288
- Ombak Rindu – RM388 → RM228
- Ku Akui – RM288 → RM188
- Matahari – RM188 → RM148
Langkah ini dijangka membolehkan lebih ramai peminat dari seluruh Malaysia hadir untuk bersama-sama menghayati perjalanan seni Hafiz yang penuh emosi.

Artis Undangan: Adira & Umai
Selain persembahan solo Hafiz, konsert ini juga akan dimeriahkan dengan kehadiran artis undangan istimewa iaitu Adiradan Umai. Gandingan mereka dijangka mencetuskan momen bersejarah, bukan sahaja kerana populariti lagu duet Hafiz dan Adira, tetapi juga kerana kolaborasi eksklusif yang bakal dipersembahkan.
Mega Star Arena Bakal Dibanjiri Peminat
Dengan kapasiti lebih 4,000 orang, Mega Star Arena, Kuala Lumpur, dijangka dibanjiri peminat Hafiz dari pelbagai lapisan masyarakat. Konsert ini dianggap sebagai kemuncak penting dalam kerjaya Hafiz yang bakal membawakan susunan lagu hit seperti Awan Nano, Bahagiamu Deritaku dan Ombak Rindu .Setiap satunya penuh emosi serta nilai sentimental.
Cara Dapatkan Tiket
Tiket konsert Di Sebalik Aku: Hafiz Suip boleh dibeli melalui laman rasmi Ticketmelon. Peminat dinasihatkan mendapatkan tiket lebih awal kerana sambutan dijangka sangat luar biasa.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak penganjur SAH Entertainment melalui e-mel rasmi: hello@sahentertainment.com.


