Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Hari Peneroka FELDA 2024

Hari Peneroka FELDA 2024 di MAEPS, Serdang Sudah Bermula!

Posted on 07/12/202407/13/2024 by 123mamanet

Hari Peneroka FELDA 2024 akan berlangsung selama tiga hari, bermula hari ini, 12 hingga 14 Julai, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang. Acara ini dijangka menarik lebih 500,000 peneroka dan pengunjung dari seluruh negara, menghimpunkan pelbagai aktiviti menarik serta program penghargaan buat para peneroka FELDA yang telah menyumbang kepada pembangunan negara selama hampir 70 tahun.

Isi Kandungan hide
1 Aktiviti dan Program Menarik
1.1 Gerai Jualan dan Pameran
1.2 Karnival Pendidikan dan Kerjaya
1.3 Festival Makanan
1.4 Himpunan Dua Roda
1.5 Konsert dan Persembahan Artis
1.6 Pertandingan dan Aktiviti Rekreasi
1.7 Penghargaan Buat Para Peneroka
1.8 Festival FGV, Melahirkan Masa Depan Lestari
1.9 Menangi Pelbagai Hadiah

Hari Peneroka FELDA 2024

Aktiviti dan Program Menarik

Acara ini menampilkan 68 program yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan dan keusahawanan peneroka FELDA. Berikut adalah beberapa aktiviti menarik yang boleh dinikmati oleh pengunjung:

Gerai Jualan dan Pameran

950 gerai jualan keusahawanan, pameran kraf dan tekstil yang menawarkan pelbagai produk unik dan menarik.

Karnival Pendidikan dan Kerjaya

Pameran pendidikan dengan lebih 20 ‘master class’ untuk berkongsi kejayaan individu dalam pelbagai bidang, termasuk Dr. Malar dan Ryan Bakery.

Festival Makanan

Sajian istimewa dari 317 rancangan FELDA yang menyajikan pelbagai jenis makanan tradisional dan moden.

Himpunan Dua Roda

Acara himpunan motosikal membabitkan lebih 50,000 pencinta sukan bermotosikal memeriahkan suasana karnival sekaligus mencatatkan Malaysia Book Of Record.

Hari Peneroka FELDA 2024

Konsert dan Persembahan Artis

Nikmati persembahan hebat dari artis-artis terkenal seperti Exist, Ungu Band, Mawi, Siti Nordiana dan ramai lagi! Jangan ketinggalan juga untuk menyaksikan kemuncak Konsert Akhir ‘Feel Da Star’, program realiti nyanyian yang menampilkan bakat-bakat luar biasa dari komuniti FELDA. Ini adalah peluang anda untuk melihat bintang-bintang baru FELDA bersinar di pentas besar!

Baca Juga:

Cara Menjaga Kesihatan Mata 

Michael Owen di AEON Mall !

Pertandingan dan Aktiviti Rekreasi

PUBG MOBILE

Pertandingan e-sukan, ping pong, robotic challenge dan pelbagai lagi aktiviti untuk semua peringkat umur.

Penghargaan Buat Para Peneroka

Hari Peneroka FELDA adalah wadah untuk menghargai jasa dan pengorbanan peneroka FELDA yang telah menjadi tulang belakang kepada pembangunan negara. Sambutan ini bukan sahaja meraikan sumbangan mereka tetapi juga memperingati peranan penting mereka dalam kehidupan seharian kita. Tarikh keramat 7 Julai yang ditetapkan oleh Tun Abdul Razak, pengasas FELDA, menjadi simbol penghormatan kepada para peneroka yang merupakan wira tidak didendang.

Acara ini turut mendapat sokongan daripada 12 kementerian, agensi dan rakan strategik,  menunjukkan betapa pentingnya pengiktirafan kepada peneroka FELDA. Ia juga menjadi platform untuk mempromosikan keusahawanan, pendidikan dan kerjaya dalam kalangan peneroka dan anak-anak mereka!

Festival FGV, Melahirkan Masa Depan Lestari

FGV

Menerusi Festival FGV, diadakan ‘mini mart’ FGV yang  menawarkan produk FGV dengan harga yang amat berpatutan. Selain itu, terdapat juga karnival kerjaya dan pameran pendidikan dengan lebih 20 ‘master class’ yang disediakan sebagai pentas untuk berkongsi kejayaan individu dalam pelbagai bidang termasuk Dr. Malar, Ryan Bakery dan sebagainya.

Menangi Pelbagai Hadiah

Hari Peneroka FELDA 2024

Sambutan Hari Peneroka FELDA ini juga menawarkan pelbagai hadiah cabutan bertuah yang menanti pengunjung. Jangan lepaskan peluang untuk memenangi motosikal elektrik, sebuah kereta dan pelbagai hadiah menarik yang lain. Hadiah-hadiah ini adalah tanda penghargaan kepada para pengunjung yang turut serta dalam kemeriahan sambutan ini.

Jangan lepaskan peluang untuk meraikan kemeriahan Hari Peneroka FELDA 2024 di MAEPS Serdang.  Ayuhhh terapka nilai murni menghargai jasa peneroka FELDA dan nikmati pelbagai aktiviti menarik yang disediakan.

Tarikh: 12-14 Julai 2024

Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam

Tempat: MAEPS, Serdang

Jumpa anda di sana!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme