Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
hidup gembira

Hidup Gembira Dan Lebih Bermakna, Ketahui 5 kuncinya!

Posted on 12/23/201612/23/2016 by 123mamanet

Sudah pasti kita semua ingin hidup gembira dan bahagia selagi masih bernyawa. Sungguhpun begitu, kegembiraan atau kebahagiaan hidup bersifat subjektif. Hanya diri kita sendiri sahaja yang boleh merasakannya!

Isi Kandungan hide
1 Berikut adalah cara sederhana untuk menikmati hidup gembira dan lebih bahagiakan.

 

hidup gembira

 

Adakalanya kita melihat seseorang itu hidup gembira, namun hakikatnya apa yang kita nampak itu tidak seperti dengan kenyataan hidupnya.

 

Walaupun hidup ini tidak mudah, namun menjadi seorang yang mampu hidup gembira sebenarnya bukanlah terlalu sukar. Ada beberapa cara sederhana yang boleh dilakukan untuk hidup dengan lebih gembira dan bahagia.

 

[btn text=”5 SEBAB KENAPA TAK BAHAGIA, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/tidak-bahagia-dalam-kehidupan/” target=”_blank”]

 

Berikut adalah cara sederhana untuk menikmati  hidup gembira dan lebih bahagiakan.

 

  1. hidup gembiraJangan Banyak Mengeluh

Isi kepala anda dengan fikiran yang positif. Jangan sekali-kali membiarkan fikiran negatif masuk ke kepala. Belajarlah melihat sisi positif dari semua sudut.

 

Di samping itu, apa sahaja yang dilakukan, jangan lupa libatkan Tuhan. Sebaiknya diawali dengan mengingati dan menyebut nama-Nya.

 

 

Sekalipun sukar, kena juga belajar untuk menempuh sesuatu dengan penuh rasa ikhlas dan bersemangat.

 

Selain itu, belajarlah untuk lebih fokus dalam menyelesaikan setiap permasalahan yang dialami. Hadapi semuanya dengan sabar, tenang dan penuh keikhlasan. Insya Allah, semuanya akan mampu diharungi dengan tabah tanpa ada sebarang keluhan.

 

 

  1. hidup gembiraBuang Segala Rasa Sakit Hati

Jika anda mempunyai rasa sakit hati dan juga dendam pada sesuatu hapuskanlah jejaknya. Untuk menikmati hidup gembira dan penuh rasa bahagia, sebaiknya belajarlah untuk merelakan dan pasrah pada ketentuan takdir Ilahi.

 

Sesuatu yang berlandaskan dendam hanya akan membuatkan kehidupan akan terus diselimuti kesuraman kerana dibayangi masa lalu yang kelam.

 

Dendam merupakan sebuah beban yang cukup berat apabila kita tidak mampu untuk merelakannya.Jadi, belajarlah untuk mengikhlaskannya dan sentiasa dekatkan diri anda pada-Nya.

 

 

  1. hidup gembiraBeristirahat Secukupnya

Rehatkan diri anda secukupnya pada setiap hari. Bila tiba waktu untuk melelapkan mata, tidurlah selenanya. Jiwa dan raga anda berhak untuk berehat sepenuhnya.

 

Biar sebesar manapun masalah yang sedang anda hadapi, anda tetap wajib berehat. Jangan bawa beban tersebut ketika tidur.

 

 

Di samping itu, jika ingin beban anda itu terasa lebih ringan. Jangan putus harapan dan sentiasalah dekatkan diri untuk berdoa dan pasrahkan diri kepada-Nya.

Serahkan semua permasalahan yang anda tanggung itu kepada-Nya sambil berusaha mencari penyelesaiannya.

 

 

  1. hidup gembiraJangan Libatkan Diri Dalam Permasalahan Orang Lain

Sebagai manusia kita memang digalakkan  untuk hidup dan bergaul dengan orang lain. Sama ada dalam kaum keluarga mahupun masyarakat lain.

 

Namun, tidak bermakna anda wajib untuk turut serta atau masuk campur dengan permasalahan hidup orang lain. Lagipun, setiap manusia mempunyai cara tersendiri untuk mengatasi dan menyelesaikan masalah masing-masing.

 

Selagi mereka berfikir untuk menyelesaikan masalahnya sendiri, ada bainya jika anda fokus sahaja pada masalah hidup anda sendiri. Anda perlu tinggalkan masa lalu dan hiduplah untuk masa depan hari ini.

 

  1. hidup gembiraSentiasa Bersyukur

Adakalanya apa yang diharungi dalam hidup ini tidak seiring dengan apa yang dirancangkan atau diharapkan selama ini.

 

Namun, ada tidak perlu terlampau menyesali. Sebaliknya, cubalah untuk melalui kehidupan yang mendatang dengan penuh rasa syukur. Ingat, apa jua yang dialami dalam kehidupan ini pasti ada hikmahnya di sebalik semua itu.

 

Untuk menikmati hidup gembira dan lebih membahagiakan, kita perlu bersyukur dengan apa yang kita telah miliki selama ini. Orang yang tidak bersyukur hanya akan memandang ke atas, tanpa sudi menoleh ke bawah!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme