Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
hitamkan rambut beruban

Hitamkan Rambut Beruban Dengan Cara Halal

Posted on 06/05/202406/05/2024 by 123mamanet

Ada banyak faktor penyebab uban muncul terlalu cepat pada usia yang masih muda. Apabila gangguan ini terus mengusik, elok juga jika anda bertindak cepat untuk hitamkan rambut beruban!

Isi Kandungan hide
1 Rambut Beruban Tetap Sihat
2 Hitamkan Rambut Beruban Dengan Bahan Semulajadi
2.1 1. Teh Hitam
2.2 2. Buah Keras
2.3 3. Bunga Raya
2.4 4. Minyak Zaitun
2.5 5. Buah Mangga Dan Daunnya

hitamkan rambut beruban

Rambut Beruban Tetap Sihat

Sungguhpun anda boleh hitamkan rambut beruban ini dengan cara menggunakan bahan-bahan semulajadi, namun ada beberapa perkara yang wajib anda hindari.

Agar rambut yang beruban tetap sihat, anda perlu:

·          Elakkan pemakaian syampu (yang tidak biasa digunakan), minyak rambut (gel, wax dan sebagainya) dan produk rambut lain secara berlebihan.

·          Makanan segera atau berpengawet.

·          Kopi dan minuman beralkohol.

·          Rokok.

·          Rebonding/smoothing dan sebagainya.

·          Mencabut uban

·          Stress yang berpanjangan.

 

Tanpa menggunakan pewarna rambut kimia yang melimpah di pasaran sekarang, anda masih ada altenatif yang sihat untuk menutup uban anda.

Baca Juga:

Petua Rambut Cepat Panjang

Rawatan Pico Laser 

 

Hitamkan Rambut Beruban Dengan Bahan Semulajadi

Berikut cara mudah hitamkan rambut beruban dengan bahan semulajadi.

1. Teh Hitam

Walauapapun masalah rambut yang sedang anda hadapi, sama ada beruban atau kemerahan kerana rambut rosak, teh hitam adalah cara semulajadi yang perlu dipertimbangkan.

Cara merawat rambut dengan bahan ini amat mudah, hanya perlu merendam teh hitam kemudian lumurkan rambut dengan air tersebut. Biarkan selama sejam sebelum dibilas dengan air biasa.

2. Buah Keras

Selain menjadi penyedap masakan, siapa sangka buah keras juga berguna untuk hitamkan rambut beruban dan menjadikannya lebih sihat.Ini adalah kerana terdapat zat baik di dalamnya yang mampu membuatkan pertumbuhan rambut menjadi lebih cepat.

Penggunaan buah keras juga boleh dimanfaatkan bagi anda yang mengalami masalah rambut rosak, gugur, bercabang, kering dan sebagainya. Sapukan minyak yang diperbuat daripada buah keras ini ke seluruh rambut beruban atau rosak secara rutin.

3. Bunga Raya

Lendir bunga raya ternyata berkesan untuk mengatasi masalah rambut gugur serta boleh hitamkan rambut beruban.

Caranya mudah sahaja, anda hanya perlu menyediakan 6-7 tangkai bunga raya dan tumbuklah sehingga halus. Kemudian tuangkan madu asli secukupnya.

Setelah itu, gaul rata dan lumurlah pada ke seluruhan rambut. Biarkan selama 30 minit supaya nutrisi terserap baik ke dalam rambut. Setelah itu, barulah dibilas sehingga bersih.

4. Minyak Zaitun

Menggunakan minyak zaitun untuk hitamkan rambut beruban ternyata cukup efektif. Ini adalah kerana ia tidak mengandungi bahan kimia berbahaya serta menyihatkan rambut.

Sapukan minyak zaitun ke seluruh rambut. Biarkan selama 20 minit, kemudian bilaslah sehingga bersih. Melakukannya secara teratur pada setiap hari akan memberikan hasil yang luar biasa.

5. Buah Mangga Dan Daunnya

Selesaikan masalah rambut beruban, kusam dan rosak dengan menggunakan khasiat buah mangga muda dan daunnya.

Ambil sebiji buah mangga (isinya sahaja) dan beberapa helai daun mangga, bersihkan. Kemudian kedua bahan tersebut ditumbuk sampai halus. Setelah itu tuangkan minyak kelapa secukupnya dan campur serta gaul sehingga berbaur sebati.

Kemudian barulah dilumur pada seluruh rambut. Biarkan selama 1-2 jam sebelum dibilas sehingga bersih.

Semoga tip hitamkan rambut beruban ini dapat membantu permasalahan anda dalam membenteras rambut beruban. Jangan lupa, merawat rambut anda secara teratur.

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme