HUAWEI baru-baru ini melancarkan HUAWEI Mate XT, telefon yang boleh lipat tiga menandakan babak baru yang menarik bagi jenama ini. Susulan pelancaran tersebut, Huawei memperkenalkan Innovative Foldable Pop-up Store terbesar di Pavilion Kuala Lumpur.
Ia menampilkan inovasi dan ketukangan tanpa tandingan dalam barisan produk flagship terbarunya.Antara sorotan utama ialah HUAWEI Mate XT lipat tiga yang revolusioner, HUAWEI Mate X6 lipat dua yang anggun, jam tangan mewah HUAWEI WATCH Ultimateserta tablet HUAWEI MatePad Pro yang berfungsi seperti PC.
Menerokai Masa Depan Teknologi Dua Lipat
HUAWEI Mate XT, telefon pintar dua lipat komersial pertama di dunia membawa lonjakan besar dalam industri telefon pintar.
Ia bukan sahaja berevolusi daripada dua lipat kepada tiga lipat, tetapi juga mencipta kejayaan luar biasa dengan reka bentuk yang boleh dilipat ke dalam dan ke luar.
Inovasi ini terhasil daripada kemajuan dalam teknologi skrin dan engsel yang melangkaui batasan sedia ada dan mengubah fiksyen menjadi realiti.
HUAWEI Mate XT hadir dengan teknologi skrin inovatif yang menggunakan Bahan Fleksibel Pelbagai Arah menjadikannya lebih tahan lasak terhadap tekanan dan regangan.
Huawei juga telah menyelesaikan cabaran utama industri dengan mencipta Sistem Engsel Ketepatan Lanjutan dalam reka bentuk ultra-nipis bagi memastikan engsel boleh dilipat ke dalam dan ke luar dengan lancar tanpa menjejaskan ketebalan dan ringan peranti.
Dengan penyelidikan dan pembangunan bertahun-tahun, HUAWEI telah mentakrifkan semula teknologi boleh lipat, membawa kita ke era inovasi dua lipat yang baharu.
Baca Juga:
Buffet Ramadan 2025 – AnCasa Hotel, Kuala Lumpur
The Makan Shoppe – Dari Jalanan Ke Restoran Bertaraf Tinggi
Meneroka Teknologi Dua Lipat Masa Kini
Melengkapkan teknologi tiga lipat yang canggih, HUAWEI Mate X6 direka untuk menangani kebimbangan pengguna terhadap telefon pintar boleh lipat.
Ia direka bentuk untuk ketahanan yang luar biasa, ia menampilkan Kunlun Glass generasi kedua, skrin dalaman yang sempurna, sistem engsel yang kukuh dan bingkai tengah Aluminium Gred Penerbangan yang tahan lipatan berulang.
HUAWEI Mate X6 membuktikan daya tahannya dalam pelbagai cabaran harian. Dalam pameran ini, ketahanannya akan dipamerkan dengan skrin dalamannya mampu mengangkat motosikal sukan seberat 150kg dan rangka tengahnya kekal utuh di bawah tekanan yang melampau.
Gabungan Kemewahan dan Inovasi
Di pameran ‘Unfold the Classic’, HUAWEI MatePad Pro 13.2 direka untuk produktiviti bertaraf PC, menggabungkan prestasi tinggi dengan paparan terbaik.
Dilengkapi dengan WPS Office bertaraf PC dan aplikasi penting lain serta papan kekunci NearLink dan M-pencil yang dipatenkan oleh Huawei, tablet flagship ini meningkatkan pengalaman pengguna ke tahap yang lebih tinggi.
Selain itu, ia menampilkan paparan OLED PaperMatte fleksibel dengan rawatan anti-silau untuk keselesaan mata yang optimum.
HUAWEI WATCH Ultimate menjadi pusat perhatian sebagai kemuncak kemewahan dalam teknologi boleh pakai. Dengan gabungan reka bentuk sofistikated dan ciri pemantauan kesihatan terkini, jam pintar ini menawarkan ketahanan yang tiada tandingan dan estetika yang mewah.
Dilengkapi dengan ciri penjejakan sukan seperti golf ia membantu pengguna meningkatkan prestasi dengan analisis ayunan masa nyata dan maklumat padang.
Ia adalah keseimbangan sempurna antara fungsi dan gaya, mencerminkan komitmen Huawei terhadap kecemerlangan dalam teknologi dan rekaan.
Kisah di Sebalik ‘Unfold the Classic’
Daripada ketukangan tanpa tandingan ke teknologi canggih, dan daripada inovasi dwi-lipat ke tri-lipat, Huawei mengambil masa sembilan tahun untuk menerajui kejayaan ini menjadikan yang mustahil menjadi kenyataan.
Alex Huang, Ketua Pegawai Pemasaran Huawei Consumer Business Group berkongsi, “Pameran ini menandakan satu pencapaian penting dalam misi kami untuk menawarkan pengalaman inovatif kepada pengguna global.
Dengan membawa ‘Unfold the Classic’ ke Kuala Lumpur, kami bukan sahaja mempamerkan kemajuan teknologi tetapi juga menunjukkan komitmen Huawei dalam merealisasikan visi dunia pintar.”
“Teknologi kini sebati dengan kehidupan harian, dan inovasi kami melangkaui fungsi biasa. Melalui ‘Unfold the Classic’, kami mempamerkan bagaimana produk kami memperluaskan sempadan kemungkinan sambil meningkatkan gaya hidup pengguna.
Ini mencerminkan usaha berterusan Huawei dalam inovasi, membolehkan individu hidup, berkarya dan berhubung dengan lebih bermakna,” tambah Louie Lyu, Presiden Huawei APAC Consumer Business Group.
Jemputan Terbuka Untuk Menerokai Teknologi Masa Depan
HUAWEI Innovative Foldable Pop-up Store dibuka kepada orang ramai dari 19 Februari hingga 25 Februari 2025, setiap hari dari jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam di Pavilion Kuala Lumpur.
Pameran ini menampilkan teknologi canggih Huawei, memberikan peluang unik untuk mengalami peranti flagshipnya secara langsung. Untuk maklumat lanjut, kunjungi HUAWEI Experience Store di Pavilion Kuala Lumpur.
HUAWEI Mate XT kini tersedia untuk pra-tempahan sehingga 14 Mac 2025 di HUAWEI Experience Stores, Laman Web Rasmi HUAWEI, Kedai Rasmi HUAWEI di Shopee, Kedai Flagship HUAWEI di Lazada dan Kedai Rasmi TikTok HUAWEI.
Untuk maklumat lanjut tentang HUAWEI Mate XT ULTIMATE DESIGN, layari laman web rasmi HUAWEI, Facebook Rasmi HUAWEI atau Instagram.