HUAWEI WATCH FIT 5 Series Malaysia Bakal Dilancarkan Pada 19 Mei 2026. Barisan produk terbaharu ini menggabungkan teknologi kesihatan canggih, kemasan premium dan reka bentuk penuh gaya. Ia sekaligus membawakan pengalaman gaya hidup yang lebih segar kepada pengguna di Malaysia.
Selepas debut globalnya, Huawei memperkenalkan bab baharu yang menarik menerusi kempen “Now Is Your Spark”, mengetengahkan tiga inovasi yang direka untuk meningkatkan pengalaman harian pengguna iaitu HUAWEI WATCH FIT 5 Series, HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN Spring Edition dan HUAWEI FreeClip 2 dalam warna Berry Purple.
Kesemua produk terbaharu ini mencerminkan visi Huawei yang semakin berkembang dalam menjadikan teknologi sebagai teman gaya hidup moden yang lebih lancar. Ia memberi inspirasi untuk bergerak aktif, meraikan ekspresi diri dan mempertingkatkan kehidupan harian menerusi reka bentuk yang teliti serta ciri pintar.

Rekaan Premium HUAWEI WATCH FIT 5 Series Malaysia
Menjadi fokus utama dalam barisan ini ialah HUAWEI WATCH FIT 5 Series, sebuah pembaharuan dalam dunia wearable pintar yang menggabungkan estetika moden dengan sokongan kesihatan praktikal.
Mengekalkan rekaan petak ikoniknya, siri ini hadir dengan kemasan lebih premium bersama pilihan warna baharu yang lebih ekspresif. HUAWEI WATCH FIT 5 akan ditawarkan dalam warna Silver, Purple, Green, White dan Black untuk penampilan yang lebih dinamik serta sporty.

Edisi Pro pula tampil lebih premium dengan penggunaan material dan kemasan berkualiti tinggi, serta hadir dalam tiga pilihan warna bergaya — oren terang yang menyerlah bersama pilihan klasik hitam dan putih yang memberikan sentuhan sofistikated untuk kegunaan harian.
HUAWEI turut bekerjasama dengan Meerqeen bagi menampilkan reka bentuk baharu HUAWEI WATCH FIT 5 Series yang berani, versatil dan penuh gaya.
Ciri Kesihatan Pintar
Bukan sekadar menarik dari segi penampilan, WATCH FIT 5 Series juga memperkukuhkan fungsinya sebagai teman kesihatan peribadi menerusi ciri pengurusan kesihatan yang lebih maju.
Edisi Pro memperkenalkan fungsi seperti amaran A-fib berasaskan pulse wave, fungsi ECG yang diperakui CE dan MDA, pengesanan kekerasan arteri serta Diabetes Risk Study yang baharu diperkenalkan memberikan pengguna pemahaman lebih mendalam dan menggalakkan pendekatan lebih proaktif dalam memantau tahap kesihatan mereka.
Direka untuk menyokong gaya hidup yang lebih fleksibel dan aktif, ia turut memperkenalkan mini-workout watch face baharu. Ciri interaktif ini menggalakkan pengguna melakukan senaman ringkas berpandu sepanjang hari, sekaligus memudahkan mereka kekal aktif di celah rutin harian.

Spring Edition & FreeClip 2 Berry Purple
Melengkapkan pelancaran ini, Huawei turut memperkenalkan HUAWEI WATCH ULTIMATE DESIGN Spring Edition dan HUAWEI FreeClip 2 dalam warna Berry Purple.

Kedua-dua produk ini akan mula tersedia pada 19 Mei 2026 dan menyerlahkan lagi arah tuju jenama ini dalam menampilkan seni wearable Huawei yang lebih mewah serta bergaya — sesuai untuk mereka yang mahu teknologi mencerminkan personaliti diri.

Pra-Tempahan HUAWEI WATCH FIT 5 Series Malaysia
Bagi pelanggan yang ingin membuat pra-tempahan, mereka akan menerima HUAWEI FreeBuds SE 2, jaminan 1-Year APAC Warranty, keahlian HUAWEI Health+ selama 3 bulan, keahlian HUAWEI Watch Face selama 1 bulan serta Early Bird Voucher bernilai sehingga RM150.
Pra-tempahan boleh dibuat di mana-mana HUAWEI Experience Store, HUAWEI Official Website, HUAWEI Official Store di Shopee, HUAWEI Flagship Store di Lazada serta HUAWEI Official Store di TikTok.
Untuk maklumat terkini atau promosi menjelang pelancaran rasmi pada 19 Mei 2026, sila layari HUAWEI Official Website atau ikuti laman rasmi Facebook dan Instagram HUAWEI Malaysia.
