Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
i dahlia corner sup tulang meletop

I’dahlia Corner Tampilkan Aneka Menu Ala Kampung Untuk Buffet Ramadan 2023

Posted on 03/05/202303/12/2023 by 123mamanet
idahlia corner

I’dahlia Corner menawarkan aneka juadah kuih-muih serta lauk-pauk ala kampung dan moden yang cukup enak untuk dinikmati!

Isi Kandungan hide
1 Nikmati Buffet Ramadan Dalam Taman Di I’dahlia Corner

Nikmati Buffet Ramadan Dalam Taman Di I’dahlia Corner

Buat kali kedua buffet Ramadan berkonsepkan dalam taman ini dilaksanakan setelah mendapat sambutan yang menggalakan pada tahun lepas.

idahlia corner

Bagi anda yang mahu berbuka puasa di luar bersama rakan dan sanak saudara, jangan ketinggalan untuk masukkan I’dahlia Corner dalam list. Lokasi tempat nie agak strategik, berada dalam kawasan tiga segi emas atau ‘golden triangle’ dan terletak tidak jauh daripada kawasan kejiranan KLCC.

i'dahlia corner

Selain itu, keunikan buffet ramadan dalam taman di I’dahlia Corner adalah pengunjung dapat menikmati buka puasa dalam suasana yang santai dan selesa sambil diserikan dgn persembahan kebudayaan pada setiap hujung minggu.

Artikel Lain: Buffet Ramadhan di Fairfield by Marriott KL 

idahlia corner
Menu paling mantop. Sup Tulang Meletop!

Sajian Istimewa Sup Tulang Meletop

Pemilik I’dahlia Corner iaitu Dahliati binti Aliruddin memberitahu, restoran ini mula bertapak di Persiaran Stonor sejak tujuh tahun yang lalu secara kecil-kecilan. Menu istimewa yang terkenal ialah Sup Tulang Meletop di awal perniagaannya. Beliau merupakan satu-satunya usahawan yang masih bertapak di kawasan tersebut.

idahlia corner

Dalam menyambut ketibaan bulan ramadan, I’dahlia Corner tidak ketinggalan untuk turut sama memeriahkan suasana ramadan tahun ini dengan mengadakan buffet ramadan dalam taman.

Buffet Ramadan 2023
Sambal sotong cukup menyelerakan. Wajib try!!

Aneka juadah kuih-muih dan lauk-pauk ala kampung dan moden yang bakal membawa anda mengimbau suasana kampung ketika menikmatinya melalui 60 juadah ala-kampung dan moden setiap hari. Harga yang ditawarkan juga berpatutan.

Buffet Ramadan 2023
Sambal jering membangkitkan selera

Antara juadah yang menanti pengunjung ialah Sup Tulang Meletop yang sentiasa mendapat permintaan, gulai kawah, ayam percik, ikan bakar, sambal jering, siput sedut masak lemak cili api, asam pedas, rendang minang, nasi ayam I’dahlia, nasi lemak daun pisang dan bermacam lagi hidangan kampung yang enak.

Artikel Lain:  Buffet Ramadan 2023 Ummis Hijau Kasturi

Buffet Ramadan 2023
Kuih muih pelbagai jenis…

Bukan tu jer terdapat 10 jenis pemanis mulut yang disediakan seperti pengat pisang, pengat ubi, kuih muih melayu, goreng-gorengan seperti pisang goreng, ubi goreng dan bermacam-macam lagi. Selain itu, pengunjung boleh memilih untuk mencuba ‘add-on’ (ala-carte) jus alpukat, jus Romantika Dahlia dan fruit cocktail.

Anda digalakkan untuk membuat tempahan awal. Kemudahan an parking turut dan surau turut disediakan.Sebarang pertanyaan dan tempahan, boleh hubungi 0179913907 atau 0123526397.

Buffet Ramadan di I’dahlia Corner akan bermula dari 25hb Mac 2023 sehingga 22hb April 2023 dari jam 6:30 petang hingga 10 malam. Buffet Ramadan dalam taman ini hanya berharga RM69 (Dewasa), RM49 (Warga Emas) dan RM39 (Kanak-kanak 6-12 tahun).

1 thought on “I’dahlia Corner Tampilkan Aneka Menu Ala Kampung Untuk Buffet Ramadan 2023”

  1. Pingback: Buffet Ramadhan 2023 - Selera Nusantara Di Dewan Bankuet MBS, Shah Alam - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie
  • The Ordinary SPF 45 Serum – Sunscreen Tanpa White Cast
  • Anugerah Guardian 2025, Siapa Menang?
  • MTPN – 10 Tahun Memperkasa Hak Pengguna Malaysia
  • The Ordinary Perkenal Serum Multi-Antioxidant Baharu
  • Daia Softergent Lavender- Bersih, Wangi & Antibakteria

Recent Posts

  • HUAWEI WATCH 5 – Rekaan Premium & Ciri Kesihatan Pintar
  • Plus Collection x Izzati Suza Tampilkan Gadis Gadang di AEON
  • JessC & Fauziah Latiff Bersatu Suara Dalam Lagu “Tak Terpisah”
  • OREO Space Dunk Kini Dilancarkan di Malaysia
  • Koleksi Dessert Hari Ibu dari Elevete Patisserie

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme