Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
jadual diet

Ikut Jadual Diet Ini Anda Dijamin Kurus!

Posted on 09/06/201609/06/2016 by 123mamanet
jadual diet
Kredit: urexweiler

LEMAK berlipat di perut masih degil? Mungkin teknik diet anda itu tidak betul. Jadi, apakata cuba ikut jadual diet yang Mamanet kongsikan ini. Mana tau, dalam tempoh sebulan lagi anda boleh kurus!

 

 

 

Sekalipun nak kurus, kita kena ingat. Teknik diet yang tidak betul boleh memudaratkan diri kita sendiri. Jika nak berdiet, kita perlu pastikan keperluan zat yang seimbang dalam tubuh dan bukannya dengan menahan kelaparan sembarangan.

 

jadual diet
Kredit: dietxnutrition

Berikut adalah jadual diet atau cara yang mudah untuk berdiet tanpa perlu menahan lapar. Apa yang penting adalah kurangkan portion makanan dan kombinasikan menu, nescaya tubuh kita akan langsing dan sihat. Pastikan juga kita mendapat karbohidrat, protein dan lemak yang secukupnya.

 

 

6.30 pagi – Bangun Tidur

Lakukan sedikit peregangan badan sebaik bangun daripada tidur. Ini untuk membuatkan tubuh kita lebih relaks dan mengembalikan posisi saluran penghadaman kita.

Cuba buat peregangan yang ringkas. Misalnya, rapatkan kedua-dua lutut ke perut dan dakap untuk beberapa saat.

 

 

  1. 00 pagi – Minum Air Masak

Minum segelas air masak sebaik saja  bangun tidur. Ia baik untuk melancarkan sistem penghadaman Pastikan kita mendapat bekalan air yang secukupnya dalam tubuh iaitu lapan gelas setiap hari.

 

 

8.30 pagi  – Sarapan

Sarapan yang baik adalah sarapan yang mengambil 25 % daripada portion makanan kita setiap hari. Menu dalam setiap sarapan juga perlu seimbang antara protein dan karbohidrat agar tubuh tidak cepat letih dan mengantuk sewaktu bekerja, belajar atau melakukan aktiviti.

 

 

10.00 pagi – Minum Pagi

Menu minum pagi haruslah tidak berat dan tidak boleh lebih 10 % daripada keseluruhan diet setiap hari. Seeloknya makan sesuatu yang berasaskan yogurt kerana ia mengandungi probiotik yang sangat baik untuk sistem penghadaman kita.

 

 

1.00 tengahari  – Makan Tengahari

Jadual diet untuk menu tengahari sebaiknya, portion makan tengahari yang paling besar, iaitu sekitar 35 – 45 % daripada keseluruhan diet sehari.

 

Menu yang disarankan adalah yang lengkap zanya seperti nasi, ayam/ daging, tauhu/ tempe dan sayur. Kalau boleh, lebihkan sayur dan buah yang kaya dengan serat.

 

Di samping itu, cuba kurangkan pengambilan makanan berminyak, berlemak atau bersantan kerana kolesterolnya yang tinggi.

 

 

3.00 petang – Kudapan Petang

Untuk kekal segar dan merangsang otak agar sentiasa cerdas, makan sedikit kudapan seperti kacang almond atau buah-buahan.

 

Makan buah seperti epal yang kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang menjaga bentuk tubuh agar kekal ideal. Elakkan makan makanan yang bergoreng dalam jadual diet kita.

 

 

4.30 petang – Minum Petang

Bagi mengelak lapar pada waktu petang, semangkuk sup sudah mencukupi untuk alas perut. Kandungan sup yang berasaskan air akan memudahkan proses penghadaman.Kita boleh pilih creamy soup, asalkan bukan instant soup kerana ia mengandungi garam yang tinggi.

 

 

6.30 petang – Makan Malam

Untuk menjaga tubuh agar kekal ideal serta memenuhi jadual diet yang sebenar, sebaiknya kita makan malam sebelum pukul 7 malam.

Portion yang diperlukan adalah sekitar 20 – 25 % daripada keseluruhan diet sehari. Menu yang disarankan adalah nasi, ikan rebus dan sayur.

 

Hindari makan terlalu banyak pada waktu makan malam dan elakkan makanan yang berkolesterol tinggi seperti burger, makanan ringan atau seafood.

 

 

10.00 Malam  – Sebelum Tidur

Segelas air masak atau teh herba sudah mencukupi sebagai hidangan terakhir kita sebelum tidur.

 

Ia akan merangsang sistem penghadaman agar terus bekerja sepanjang malam selain membersihkan sisa-sisa makanan dalam tubuh pada pagi hari.

 

Sekiranya kita kerap mengalami masalah perut kembung, jadikan jadual diet ini sebagai rutin setiap hari untuk memastikan penghadaman sentiasa lancar di samping membuang angin yang termendap di dalam tubuh.

 

Sebenarnya tidak susah untuk mendapatkan berat badan yang ideal dan sihat, asalkan kita patuhi dan sesuaikan jadual diet ini dengan aktiviti seharian kita. Selamat mencuba, semoga berjaya misi kurus kita ini!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme