Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
air masak

JAGA-JAGA! 9 BAHAYA MENANTI JIKA KITA KURANG MINUM AIR MASAK

Posted on 04/15/201704/15/2017 by 123mamanet

Jangan sesekali menganggap remeh kurang minum air masak. Ini adalah kerana fungsi air dalam badan sangat penting. Kekurangannya boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan.

Isi Kandungan hide
1 BERIKUT BEBERAPA KESAN AKIBAT KURANG MINUM AIR MASAK YANG PATUT DIKETAHUI:

Air sangat penting buat tubuh kita kerana ia merupakan salah satu senyawa utama yang diperlukan oleh tubuh manuia supaya dapat berfungsi dengan normal.

Di dalam tubuh kita terdapat 65 peratus air. Jadi, jika kita tidak cukup minum air dan kekurangan air dalam badan, maka jaringan dan sel-sel dalam organ dan tubuh kita boleh mengalami dehidrasi.

Dehidrasi air dalam badan boleh menyebabkan pelbagai macam masalah pada kesihatan badan kita. Bahkan, dehidrasi juga sangat berbahaya dan boleh membawa pada kematian.air masak

BERIKUT BEBERAPA KESAN AKIBAT KURANG MINUM AIR MASAK YANG PATUT DIKETAHUI:

  1. BIBIR KERING DAN PECAH-PECAH

Tanda-tanda yang mudah dilihat jika kita kurang minum air masak adalah bibir  kering dan pecah-pecah.

Ia disebabkan kerana kita kekurangan air yang sangat penting untuk melembabkan bibir.

air masak

  1. KULIT KERING

Kulit kita memerlukan kelembapan air dari dalam badan kita. Jika kita kekurangan kandungan air dalam badan, maka kulit kita akan jadi kering dan bersisik.

Kekurangan air membuatkan kulit kita tidak shat. Jadi, sebab itulah kita perlu memperbanyakkan minum air masak untuk menjaga kesihatan serta kecantikan kulit kita.

air masak

  1. BAU MULUT

Masalah bau mulut juga boleh disebabkan kerana kita mengalami dehidrasi di mulut ketika kekurangan air. Perkara ini disebabkan menurunkan pengeluaran air liur yang menyebabkan bau mulut.

air masak

  1. SAKIT KEPALA

Kekurangan air dalam badan juga boleh menyebabkan kita sakit kepala. Ini adalah kerana menurunnya kemasukan darah dari jantung ke otak boleh menyebabkan kita sakit kepala.air masak

  1. KULIT BERKEDUT

Kurangnya pengambilan air boleh menyebabkan kulit kehilangan keanjalannya. Disebabkan pengaliran darah terganggu, kekurangan pengambilan air dalam tempoh jangka panjang juga boleh merampas sel-sel kulit kita dari nutrisi yang diperlukan untuk regenerasi kulit.

Efek kekurangan air ini akan mempercepatkan lagi pembentukan kedutan, garis-garis halus serta kulit kendur  dan tanda-tanda penuaan.air masak

  1. KEJANG OTOT

Kurang minum air masak juga boleh menyebabkan kita mengalami kekejangan otot. Perkara ini terjadi kerana otot-otot dan jaringand alam badan kita mengalami dehidrasi ketika badan tidak mendapat air yang mencukupi sehingga menyebabkan kejang pada otot-otot kita.air masak

  1. MENGANGGU FUNGSI OTAK

Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan otak menjadi tidak aktif dan cergas sepertimana yang diharapkan.

Air masak sangat berguna untuk sel-sel otak kita. Otak memerlukan air masak supaya dapat berfikir dengan lebih cepat, lebih fokus dan tidak mudah lupa.

Jika kurang minum air, maka cairan di otak akan menurunkan kemasukan oksigen yang sepatutnya mengalir ke otak menjadi berkurangan. Perkara inilah yang menyebabkan sel-sel otak menjadi tidak berkembang, mati dan tidak akif.air masak

  1. INFEKSI SALURAN KENCING

Kurang minum air juga boleh menyebabkan infeksi saluran kencing. Biasanya tanda-tanda infeksi saluran kencing menunjukkan adanya tanda suhu badan sedikit panas, terasa pedih atau perit ketika membuang air kecil. Adakalanya terdapat sedikit darah pada urin.air masak

  1. MASALAH BUAH PINGGANG

Kekurangan air masak juga boleh merosakkan dan menganggu gerak kerja buah pinggang. Dalam menyaring, buah pinggang sangat memerlukan air supaya dapat berfungsi dengan baik. Apabila adan kekurangan cairan, buah pinggang akan bekerja terlalu kuat  sehingga membahayakannya.

Selain itu, segala kekotoran atau zat-zat beracun yang sepatutnya disaring tidak dapat keluarkan secara betul atau sempurna dari badan, sehingga racun tersebut masih berada di dalam badan.

air masak

Di samping itu, fungsi air masak  buat organ buah pinggang adalah untuk mencegah terbentuknya batu karang.

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+
  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER

Recent Posts

  • Prosperity Blossom AEON MALL – Sambutan CNY 2026
  • Haier Visi 2026 – Premium Intelligence di Malaysia
  • LG PuriCare AeroCatTower: Penulen Udara Khas Kucing
  • Cakechela 5.0 di AEON Mall Shah Alam | Piknik Hujung Tahun
  • MY40+ Rewards – Ganjaran Eksklusif Untuk Usia 40+

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme