Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kesihatan kaki

Semakin Berusia, Semakin Kena Jaga Kesihatan Kaki!

Posted on 10/14/201610/14/2016 by 123mamanet
kesihatan kaki
Kredit foto-haarstudioallure

Apabila usia meningkat, masalah kaki mula timbul. Bagaimana pun, sakit kaki bukan sebahagian daripada proses penuaan kerana penjagaan kesihatan kaki yang baik dapat mengurangkan kesakitan serta membuat kita lebih aktif sepanjang hayat.

Isi Kandungan hide
1 Tip kesihatan kaki

 

Kesihatan kaki mencerminkan kesihatan badan keseluruhan. Simptom penyakit seperti diabetes, artritis dan masalah pengaliran darah mudah dikesan pada kaki, terutama jika kaki mula rasa kebas, kulit kering dan pucat dan kuku rapuh.

 

 

kesihatan kaki
kredit foto-seeleysbaychiropractic

Apabila tua, kaki kehilangan lapisan lemak yang menjadi pelapik pada tapak kaki. Bagi orang gemuk, tekanan berat badan berlebihan juga memberi kesan kepada struktur tulang dan ligamen. Jadi, kita perlu menjaga kesihatan kaki sejak dari awal lagi sebelum masalah-masalah kesihatan lain timbul.

 

 

Saiz kaki orang tua berubah, justeru ukuran perlu diambil setiap kali mahu membeli kasut baru .Pada usia ini, kita masih perlu banyak berjalan, walaupun secara perlahan-lahan. Kurang bergerak akan membawa kepada lebih banyak masalah, termasuklah masalah kesihatan kaki.

 

Semakin tua, kita juga semakin memerlukan kasut yang selesa, memegang kaki dengan kerap dan dapat memberi sokongan secukupnya. Beli kasut yang lembut untuk aktiviti harian, terutama berjalan. Jangan lupa pakai stoking untuk melindungi kaki, lebih baik jika ia tidak mempunyai jahitan penyambung di hujung jari.

 

Elak berjalan berkaki ayam, walaupun dalam rumah. Sebaliknya pakai selipar lembut tapak getah yang memberi cengkaman kuat. Pastikan kasut atau stoking tidak terlalu ketat hingga boleh mengganggu aliran darah.

 

Tip kesihatan kaki

  1. Kebersihan Kuku Kaki

Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Kita akan mendapati kotoran yang melekat pada kuku kaki keluar dengan sendirinya.

 

 

 

  1. Mengilatkan Kuku Kaki

Buang kulit bawang putih dan potong dua. Gosokan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga ia kelihatan berkilat. Lakukan berulangkali sehingga kita benar-benar berpuas hati.

 

 

  1. Rawat Dari Dalam

Selain itu, untuk menjaga kesihatan kaki kita turut disarankan untuk melakukan perawatan dari dalam, seperti mengambil sayuran atau vitamin yang kaya dengan buah.

 

Sesekali tidak ada salahnya jika kita lakukan pedicure. Kita akan menikmati keindahan kuku kaki ituketika memakai sandal atau membiarkan kaki tanpa sebarang alas!

 

 

kesihatan kaki
kredit foto-drdandrapacz

PERHATIAN!

Tahukah anda, jika kita mengabaikan kesihatan kaki ia boleh menyebabkan kesakitan pada seluruh badan. Bukan setakat tumit, bahkan leher, lutut dan belakang badan turut terkena efeknya. Apatah lagi, kasut yang direka pada hari ini kebanyakannya  direka untuk gaya bukan  keselesaan.

 

Dikatakan hampir 90 peratus mereka yang memakai kasut yang tidak memenuhi keperluan kaki. Mungkin juga mereka tidak tahu cara yang betul membeli kasut atau memakai kasut yang tidak sesuai dengan aktiviti yang dilakukan.

 

Akibatnya, ramai yang terpaksa berhadapan dengan masalah kesihatan kaki seperti sakit tumit, melecet dan sebagainya. Sekiranya kaki kita  juga berasa sakit atau melecet selepas memakai kasut tersebut, itu bermakna kasut itu tidak sesuai dengan kita!

 

[btn text=”LIKE & SHARE” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)
  • AEON Mall Bukit Tinggi Raikan CNY Dengan Inisiatif CSR
  • Let’s Raya Gegak Gempita Raya 2026 di WTC KL
  • Air Fryer Philips Siri 5000 SteamFry
  • Giant Bandar Kinrara Raikan Yee Sang 2026 Bersama Komuniti
  • Wisma D’Herbs Berwajah Baharu & Eksklusif

Recent Posts

  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu
  • International Café and Beverage Show 2026 (ICBS 2026)

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme