Filem terbaru arahan S. Baldev Singh, “Jiwa 8 Belas,” telah mencuri perhatian ramai sejak tayangan perdananya pada 11 Januari 2024 lalu. Dengan pelakon-pelakon muda yang menjanjikan dan tajuk yang merangsang rasa ingin tahu, filem ini menjadi pilihan menarik bagi anak-anak muda yang gemar dengan cerita aksi.
Realiti Kehidupan Anak-Anak Muda
Penceritaan filem ini merangkumi tema-tema kekeluargaan, persahabatan dan percintaan dengan sentuhan kontroversi melibatkan kegiatan haram anak-anak muda yang ingin cepat kaya.
Ceritanya membawa penonton melalui perjalanan hidup seorang gadis bernama Fatien yang melarikan diri dari rumahnya untuk mengejar cinta sejatinya bersama sahabatnya.
Namun, segalanya berubah menjadi tragedi ketika mereka terjebak dalam jaringan penjualan wanita ke Thailand oleh kumpulan penjahat. Filem ini menggambarkan ketegangan dan cabaran yang dihadapi oleh Fatien dan sahabatnya dalam usaha untuk menyelamatkan diri.
Baca Juga:
Filem Pendekar Awang Darah Indera Gajah
Lakonan Pertama Sophia Albarakbah
Pelakon utama, Sophia Albarakbah, seorang pelakon sensasi yang pernah memenangi trofi Aktres Filem Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, mengejutkan penonton dengan pendedahan terhadap babak dramatik yang mencabar mental dan emosi.
Dalam peranannya sebagai Fatien, Sophia Albarakbah yang berdarah kacukan Arab, Melayu, dan Cina, mencuba watak yang mencabar terutama dalam babak-babak yang menuntut keberanian dan emosi yang mendalam.
Walaupun ini kali pertama Sophia Albarakbah muncul dalam filem, dia sebenarnya telah muncul terlebih dahulu dalam filem-filem seperti Mimaland dan Jerangkung Dalam Almari serta terlibat dalam beberapa drama yang menarik.
Ini adalah kerana penggambaran filem ini telah dibuat pada tahun 2018 yang lalu. Jadi, tidak hairanlah jika kita melihat kekurangan atau kelemahan lakonannya dalam filem ‘Jiwa 8 Belas’ ini
Pelakon-Pelakon Baru yang Menyinar
“Jiwa 8 Belas” bukan sahaja menjadi tempat bersinar bagi bakat-bakat muda. Tetapi juga mengekalkan keunikan dan kehebatan filem Melayu melalui kehadiran pelakon-pelakon berpengalaman seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Fauziah Nawi, A. Galak, dan Zila Bakarin.
Bakat-bakat baharu seperti Shah Hazvee, Izuan Ramli, Kanda Khairul dan lain-lain yang memberikan kepelbagaian kepada senarai pelakon.
White Merpati Entertainment Sdn Bhd mempersembahkan filem ini sebagai satu pilihan hiburan. Khususnya bagi penonton yang ingin merasai kisah-kisah jiwa remaja zaman sekarang.
Selain itu, penonton juga dapat menghayati realiti kehidupan anak-anak muda yang terlibat dalam kegiatan yang mungkin melanggar norma masyarakat.
Kesimpulan
Meskipun terdapat beberapa kelemahan dalam filem ini, terutamanya dalam segi plot yang mungkin kelihatan biasa. Namun pengalaman menontonnya tetap menarik.
Kemungkinan besar, anda juga akan ketawa terbahak-bahak! Jadi, anda kena tonton sendiri!
Jangan lepaskan peluang untuk merasai kekuatan “Jiwa 8 Belas” di pawagam bermula 18 Januari ini!
Nota: Setiap ulasan filem boleh bersifat subjektif dan pandangan mengenai filem boleh berbeza-beza antara individu yang lain. Harap maklum.