Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Selangor Fruit Valley

Selangor Fruit Valley : Lokasi Menarik Di Selangor

Posted on 03/08/202309/11/2023 by 123mamanet

Pernah berkunjung ke Selangor Fruit Valley? Jika belum, silahlah datang! Selangor Fruit Valley adalah sebuah ladang tropika seluas 946 hektar yang dihiasi panorama indah pokok buah-buahan dan tanaman sayur-sayuran terletak di Bestari Jaya, Selangor.

Isi Kandungan hide
1 Selangor Fruit Valley
2 Ada Buah Yang Cukup Istimewa
3 Lokasi Agro-Pelancongan & Hab Sekuriti Makanan Negeri Selangor
Selangor Fruit Valley

Selangor Fruit Valley 

Antara tanaman yang ada termasuk durian, jambu batu, rambutan, pulasan, nangka, manga, sayur-sayuran hijau dan pokok herba serta menikmati kesegaran air kelapa pandan.

Baca Juga: Pasar Payang Terengganu

 

Selangor Fruit Valley
Buah jambu ranum sedia untuk dipetik
Inilah dia Buah Mentega

Ada Buah Yang Cukup Istimewa

Apa yang eksklusifnya, hanya di SFV terdapat sejenis buah istimewa yang dikenali sebagai “buah nangcem”. Ia merupakan kacukan nangka (saiznya lebih besar seperti nangka) dan cempedak (isinya lembut, berlemak dan aroma yang unik seperti cempedak) yang telah dihasilkan melalui proses penyelidikan dan pembangunan secara komprehensif oleh pihak SFV sendiri.

Artikel Lain: Melawat Muzim Bersejarah Di Selangor

 

Selangor Fruit Valley
Pelbagai jenis tanaman herba yang terdapat di Laman Herba

Lokasi Agro-Pelancongan & Hab Sekuriti Makanan Negeri Selangor

Di lembah buah-buahan ini juga, bukan saja menghimpunkan pelbagai jenis tanaman, sebaliknya turut dijadikan lokasi agro-pelancongan serta hab sekuriti makanan negeri Selangor.

Salah satu tarikan utama SFV, tentunya aktiviti di rumah kampung yang dibina dengan seni tradisional Melayu dan anda boleh merasai sendiri pengalaman ketika berada di lokasi tersebut.

Tempat Menarik Di Selangor
Saujana mata memandang… cukup mendamaikan

Di sini bukan buah-buahan sahaja menjadi tumpuan, malah terdapat aktiviti menarik lain seperti mengunjungi taman rusa, petting zoo di taman arnab dan variasi aktiviti tambahan lain antaranya persembahan kebudayaan yang kini giat diadakan pada setiap bulan.

Terbaharu, orang ramai turut berpeluang berbasikal di trek kawasan ladang sejauh enam kilometer selain beberapa aktiviti yang akan bermula tidak lama lagi iaitu sukan lasak seperti All-Terrain Vehicle (ATV), aktiviti memancing dan aktiviti sukan air.

Artikel Lain: Mandi Mandi Di Taman Eko Rimba Kanching

Taman Rusa
Jika datang ke SFV, jangan lupa singgah ke Taman Rusa

SFV merupakan destinasi pelancongan yang menarik untuk dikunjungi oleh pelancong domestik dan seisi keluarga. Yang mana ia  menawarkan pelbagai aktiviti menarik dengan pakej harga yang berpatutan.

SFV dibuka setiap hari Isnin hingga Khamis bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang.

Waktu operasi Selangor Fruits Valley:

• Jam  9.00 pagi hingga 4.00 petang.

• Isnin –  Khamis (kecuali hari Jumaat)

 

Harga tiket:

•  RM15 untuk dewasa (bukan warganegara RM 30)

•  Manakala anak-kanak (bukan warganegara RM25) dan warga emas: RM10

Sebarang pertanyaan dan tempahan, sila hubungi:

Talian Selangor Fruits Valley (8.30 pagi hingga 5 petang) 016-688 0792 / 012-343 2971

Emel: selangorfruitsvalley@gmail.com

1 thought on “Selangor Fruit Valley : Lokasi Menarik Di Selangor”

  1. Pingback: Kempen Cuti-Cuti Malaysia Bersama Guardian Tawar Hadiah Sehingga RM200,000 - 123mamanet

Comments are closed.

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL
  • AEON MALL Cerita Raya 2026 Raikan Budaya & Tradisi Malaysia
  • Golden Fiesta Pizza Domino’s Malaysia
  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan

Recent Posts

  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat
  • Perimenopause PHKL- What Women Want by Pantai Hospital KL

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme