Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Juara Travel

Juara Travel – Perkhidmatan Haji dan Umrah Terunggul

Posted on 05/19/202405/19/2024 by 123mamanet

Juara Travel & Tours Sdn Bhd (Juara), sebuah nama yang tidak asing lagi dalam industri pelancongan Malaysia, terus mengorak langkah strategik untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju perkhidmatan haji dan umrah.

Isi Kandungan hide
1 Kepimpinan Berwawasan
2 Kecemerlangan Dalam Musim Haji
3 Pakej Rahmah dan Kemudahan Khusus
4 Mengharungi Cabaran Pandemik
5 Destinasi Pelancongan Antarabangsa
6 Kejayaan & Kecemerlangan

Dengan komitmen teguh kepada kecemerlangan, Juara menawarkan perkhidmatan yang berkualiti tinggi, mematuhi slogan mereka, ‘Juara Pilihan Kami’.

Kepimpinan Berwawasan

Hajjah Rosnah
Hajjah Rosnah Wagino, Pengarah Urusan Juara Travel & Tours (kiri)

Hajjah Rosnah Wagino, Pengarah Urusan Juara Travel & Tours, adalah individu yang memacu syarikat ini ke arah kejayaan. Berasal dari Felda Jengka 1, beliau membawa lebih 20 tahun pengalaman dalam industri ini.

Beliau percaya bahawa perancangan yang rapi dan usaha berterusan adalah kunci untuk memastikan Juara terus berkembang dan dikenali di seluruh negara.

Kecemerlangan Dalam Musim Haji

Juara Travel

Juara Travel

Untuk musim haji tahun ini, Juara akan membawa seramai 220 jemaah dan mereka telah memastikan setiap persiapan dibuat dengan teliti.

“Kami adalah agensi yang menjalankan kursus dengan simulasi lengkap selama 2 hari agar para jemaah dapat merasai sekurang-kurangnya keadaan sebenar yang bakal dihadapi di Mekah nanti,” ujar Hajjah Rosnah yang turut hadir di majlis Kursus Haji Perdana 1445H di Port Dickson baru-baru ini.

Baca Juga:

Kenapa Bila Umur Meningkat Kita Perlu Berjumpa Dietitian ?

Buat Ujian Darah Menjelang Usia Menua

Pakej Rahmah dan Kemudahan Khusus

Juara Travel

Sebagai salah satu syarikat Pengelola Jemaah Haji (PJH) yang dipercayai, Juara menawarkan Pakej Rahmah dengan harga bawah RM50,000 bagi musim haji tahun ini.

Tambahan pula, mereka menyediakan pakej umrah bermula RM6990, yang dilengkapi dengan khidmat pembimbing sebelum, ketika dan selepas mengerjakan ibadah umrah.

“Kami tidak menolak apa sahaja keadaan jemaah, termasuk mereka yang perlu menjalani dialisis. Kami bekerjasama dengan hospital di sana untuk menguruskan jemaah ini,” tambah Hajjah Rosnah.

Mengharungi Cabaran Pandemik

Juara Travel & Tours juga tidak terlepas daripada cabaran pandemik COVID-19 yang melanda. Penularan virus ini mengakibatkan 4000 jemaah terkandas dan tidak dapat ke tanah suci. Lebih memilukan, suami Hajjah Rosnah turut terkorban akibat pandemik ini.Namun, ujian ini membakar semangat beliau untuk terus mempertahankan syarikat.

“Alhamdulillah, waktu itu Juara Travels berjaya menguruskan 4000 jemaah terkandas tanpa masalah,” kata Hajjah Rosnah, menggambarkan dedikasi dan kebijaksanaan beliau dalam menguruskan krisis.

Destinasi Pelancongan Antarabangsa

Selain perkhidmatan haji dan umrah, Juara juga menawarkan pelancongan luar negara termasuk destinasi popular seperti Turki, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia dan India. Ini menunjukkan keupayaan Juara dalam menyediakan pelbagai pilihan pelancongan yang menarik dan berkualiti.

Kejayaan & Kecemerlangan

Agensi Pelancongan

Juara kini mempunyai 28 cawangan di seluruh Malaysia dengan ibu pejabatnya terletak di Taman Nirwana, Ampang.

Hajjah Rosnah menekankan bahawa syarikat sentiasa melakukan penambahbaikan untuk memastikan operasi terus cemerlang dan menjadi pilihan utama jemaah umrah dan haji.

Juara Travel & Tours Sdn Bhd bukan sekadar penyedia perkhidmatan pelancongan, tetapi juga sebuah entiti yang berpegang teguh pada nilai-nilai integriti, komitmen dan kecemerlangan.

Dengan kepimpinan yang berwawasan dan dedikasi kepada kepuasan pelanggan, Juara terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari pengalaman haji dan umrah yang bermakna dan berkualiti tinggi!

1 thought on “Juara Travel – Perkhidmatan Haji dan Umrah Terunggul”

  1. Pingback: Set Kain Kafan Edisi Dato' Kazim Elias - 123mamanet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!
  • Cloud 9 CrispyKrunch Baharu – Snek Coklat Rangup & Lazat
  • Leonhart – Kopi Berkafein Tinggi dengan Ashwagandha

Recent Posts

  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme