Jumpsuit Muslimah. Item fesyen yang mampu membuatkan penampilan anda berbeza. Nampak kasual dan trendy!
Ternyata jumpsuit untuk wanita muslimah atau wanita berhijab mempunyai pelbagai macam potongan rekaan. Jumpsuit adalah pakaian yang direka yakni bahagian atasnya menyatu dengan rekaan di bahagian bawah. Dalam erti kata lain, potongan baju yang bersambung dengan seluar sekaligus.
Rekaan jumpsuit yang menyatu antara bahagian atas dan bawah ini menjadikan jumpsuit sesuai dijadikan pilihan baju kasual. Pakaian ini juga serasi digayakan oleh wanita yang ingin tampil lebih trendy dan dipakai dalam suasana yang santai.
[btn text=”UNTUK CARDIGAN YANG LEBIH STYLO, KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/cardigan-muslimah-tampil-lebih-stylo/” target=”_blank”]
Banyak Pilihan Jumpsuit Muslimah
Pilihan potongan rekaannya juga tersedia dalam pelbagai macam pilihan. Ada jumpsuit pants, jumpsuit jeans dan sebagainya. Jangan risau, kebanyakan jumpsuit muslimah ini direka sesuai dengan keperluan para hijabers.
Rekaan berpotongan lengan panjang sangat sesuai dikenakan oleh wanita berhijab. Motif jumpsuit juga sangat bervariasi, bermotif bunga-bunga, bergaris ataupun polos.
Meskipun jumpsuit merupakan pakaian yang menggabungkan baju dan seluar sekaligus, bukan bermakna anda tidak boleh menggayakannya dengan lebih sopan dan menutup punggung.
Anda masih boleh memadankannya dengan pakaian lain. Misalnya, jumpsuit bermotif sesuai digayakan dengan jaket nipis atau kardigan labuh berwarna polos dengan warna yang sama.
Ada juga yang menggayakannya dengan jubah atau abaya. Seperti kebanyakan wanita Arab, mereka memakai pakaian kasual di dalam dan menutupnya dengan abaya bila keluar rumah.
Rekaan jumpsuit lain seperti jenis sleeveless sesuai digayakan bersama blazer. Anda boleh memakai jumpsuit ini ketika menghadiri majlis santai ataupun ketika bercuti. Gayakan jumpsuit muslimah yang bermotif agar kelihatan lebih segar jika anda bercuti ke pantai.
Berikut beberapa tip apabila menggayakan jumpsuit muslimah:
- Saiz Atau Ukuran Yang Sepadan
Pilihlah saiz atau ukuran jumpsuit muslimah yang betul-betul tepat dengan ukuran badan anda. Bagaimanapun elakkan memakai jumpsuit yang terlalu ketat atau mengikut bentuk tubuh.
Memilih saiz jumpsuit yang sedikit besar atau lebar merupakan pilihan yang tepat kerana anda akan bebas bergerak. Di samping itu, pilihlah juga jumpsuit yang mempunyai potongan kaki berbentuk lebar dan bukannya berpotongan skinny.
- Pilih Warna Yang Tepat
Pemilihan warna adalah perkara yang sangat penting kerana ia akan memberikan efek pada bentuk fizikal anda.
Jadi, pastikan anda memilih warna jumpsuit muslimah yang berwarna gelap agar tidak terlalu memperlihatkan bentuk badan anda yang berhijab.
Jika anda memiliki bentuk badan yang kurus dan gemuk, wara gelap dapat menutupi kekurangan yang ada pada bentuk badan anda.
Jika anda lebih menyukai warna-warna pastel, sebaiknya anda pilih yang mempunyai motif dan bukannya polos atau kosong.
- Padanan Jumpsuit
Jika anda memilih jumpsuit yang tidak berlengan, anda perlu memakai kardigan ataupun jaket.
Pilihlah kardigan yang berpotongan panjang supaya dapat menutupi bahagian belakang badan anda.
Selain itu, anda juga boleh memilih alternatif lain jika tidak suka memakai kardigan. Pilihlah jumpsuit muslimah yang berlengan panjang serta mempunyai potongan lengan jenis beropol.
Untuk kelihatan lebih fashionable, pakailah hijab atau tudung yang sesuai dengan jumpsuit muslimah yang menjadi pilihan anda itu. Misalnya hijab jenis chiffon atau pashmina.
Di samping itu, anda juga boleh pakai bross atau tali pinggang sebagai aksesori tambahan. Pemakaian aksesori seperti rantai panjang dan gelang juga mampu melengkapi penampilan jumpsuit muslimah yang menjadi pilihan anda agar kelihatan lebih menarik lagi.
[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]