Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kaunter zakat bergerak

PERKHIDMATAN KAUNTER ZAKAT BERGERAK PPZ-MAIWP MUDAHKAN BAYAR ZAKAT

Posted on 12/22/201801/04/2019 by 123mamanet

Hujung-hujung tahun ni  nampaknya masih ramai lagi yang sibuk dengan urusan masing-masing.bagi yang masih belum berkesempatan untuk menunaikan zakat,tiada alasan lagi. Pembayaran zakat kini lebih mudah menerusi kaunter zakat bergerak.

Isi Kandungan hide
1 Lokasi Terpilih Kaunter Zakat Bergerak
2 Perkhidmatan ‘Door To Door’

Pelbagai cara dan usaha yang telah dibuat oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ-MAIWP) bagi membantu memudahkan orang ramai atau masyarakat Islam dalam menunaikan kewajipan berzakat.Antaranya menyediakan Kaunter Zakat Bergerak.

kaunter zakat bergerak

Lokasi Terpilih Kaunter Zakat Bergerak

Setiap tahun, Kaunter Zakat Bergerak ini telah beroperasi di lokasi-lokasi terpilih di seluruh Wilayah Persekutuan. Perkhidmatan Kaunter Zakat Bergerak ini bukan sahaja memudahkan orang ramai membayar zakat. Bahkan dapat mengelak pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan.

Terdapat banyak lokasi tetap Kaunter Zakat Bergerak PPZ-MAIWP di sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya untuk memudahkan orang ramai membuat bayaran dan juga semakan zakat. Anda hanya perlu hubungi talian zakat di 1 300 88 5757 untuk mendapatkan perkhidmatan ini.

kaunter zakat bergerak

Perkhidmatan ‘Door To Door’

Selain itu, PPZ-MAIWP turut menyediakan perkhidmatan ‘Door To Door’ yang mana mereka bersedia untuk datang ke tempat anda. Tak kiralah pejabat ataupun rumah, dengan syarat pembayaran tersebut mestilah bernilai lima ribu ringgit ke atas.

Serius, bagus sangat dan memudahkan mereka yang sibuk bekerja. Ini juga merupakah salah satu inisiatif yang elok dan perlu diambil peluang oleh semua majikan.

Jangan risau ok, sebab Kaunter Zakat Bergerak ini dilengkapi dengan kemudahan kiraan, bayaran dan juga semakan.Cara pembayarannya pun senang. Boleh dibuat dengan menggunakan tunai, kad kredit perbankan islam, kad debit ataupun cek. Lagi satu, tiada apa yang perlu anda bimbangkan sebab pihak PPZ MAIWP dan juga Baitumal MAIWP  akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan hasil pungutan zakat tersebut diagihkan kepada golongan yang benar-benar layak dan memerlukan.

kaunter zakat bergerak

PERKHIDMATAN KAUNTER ZAKAT BERGERAK

Perkhidmatan yang disediakan:

*Pertanyaan zakat

* Kiraan Zakat

* Bayaran Zakat

* Skim Potongan Gaji Zakat (Skim Thohir)

** Boleh terus dapat salinan penyata penyata/resit zakat

 

Pembayaran zakat secara

* Tunai & Cek

* Kad Kredit Islam & Kad Debit

 

Kelebihan perkhidmatan kaunter zakat bergerak

* Pegawai yang mesra pelanggan

* Perkhidmatan Lebih Mudah

* Cenderahati menarik menanti

* Perkhidmatan ke tempat anda

* Perkhidmatan yang cekap & pantas

* Kemudahan yang selesa

* Menjimatkan masa

* Tidak perlu bersesak untuk ke kaunter

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER
  • Ramadan 2026 Hilton Kuala Lumpur
  • Christmas & New Year 2025 Dining at Concorde Hotel Shah Alam
  • Kejohanan Golf Amal Piala Putera Mahkota 2025
  • Farel Prayoga Lancar Lemak Manis 2025
  • AEON Wellness Real Beauty Fair 2025

Recent Posts

  • Sembilu The Reunion Live In Concert 2026
  • MOCCONA Lancarkan Liquid Espresso Baharu
  • DC Chibi Super Heroes Ceria Holiday Season di AEON MALL
  • The Orchid Journey – Siri Inspirasi Wanita oleh Skyhill Clinic
  • Midea Raih Rekod Malaysia dengan 18 Kedai & SMART MASTER

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme