Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kebaikan makan sayur sayuran

Kebaikan Makan Sayur-Sayuran Pada Setiap Hari

Posted on 01/06/201701/05/2017 by 123mamanet

Hidup lebih sihat dengan sejuta kebaikan makan sayur-sayuran. Inilah antara makanan yang akan membantu  kita menjaga kesihatan dan kesegaran badan serta mencegah serangan penyakit.

Isi Kandungan hide
1 Berikut beberapa kebaikan makan sayur-sayuran pada setiap hari yang perlu kita ketahui:

 

Sayur-sayuran kaya dengan sumber serat,vitamin dan mineral yang cukup bagus untuk tubuh kita. Jika kita seorang yang menitikberatkan soal kesihatan, kita tentu sedar akan kebaikan makan sayur-sayuran ini.

 

kebaikan makan sayur-sayuran

 

[btn text=”NAK TAHU SAYUR YANG TINGKAT KESUBURAN? KLIK SINI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://123mamanet.com/sayur-taugeh-dapat-tingkatkan-kesuburan/” target=”_blank”]

 

Berikut beberapa kebaikan makan sayur-sayuran pada setiap hari yang perlu kita ketahui:

 

  1. kebaikan makan sayur-sayuranMencegah Pembentukan Sel Kanser

Sebagai anti kanser, terdapat beberapa jenis sayur-sayuran yang mempunyai zat yang dapat menghasilkan enterolacton dan enterodiol sebagai pencegah pembentukan sel kanser.

 

Di samping itu, zat klorofil ada sayur sayuran hijau memainkan peranan sebagai antioksidan dalam tubuh yang dapat mengurangkan risiko kanser.

 

Ketika anda memakan sayur sayuran pada setiap hari, tubuh anda akan menghasilkan enzim yang berfungsi menyerang sel-sel kanser.

 

 

  1. kebaikan makan sayur-sayuranMengurangkan Tahap Kolesterol Dalam Tubuh

Kadar kolesterol yang tinggi mempunyai kesan yang tidak baik untuk kesihatan tubuh seperti penyakit jantung.

 

Untuk menghindarinya, ada baiknya anda makan sayur sayuran pada setiap hari. Kandungan vitamin K dalam sayur sayuran dapat mengurangkan kadar lemak dalam darah sehinggan mengurangkan risiko penyempitan pembuluh darah.

 

Antara sayur yang mempunyai serat tinggi sebagai anti kolesterol ialah bayam dan kacang buncis.

 

 

  1. kebaikan makan sayur-sayuranMengatasi Masalah Sembelit

Tingginya kandungan serat dalam buah buahan dan juga sayur sayuran membuatkan proses metabolisme yang terdapat di dalam tubuh berjalan lancar.

 

Kadar lemaknya pun tidak ada sehingga sayur sayuran ini sangat bagus untuk melancarkan pembuangan air besar serta menjaga sistem penghadaman.

 

kebaikan makan sayur-sayuran

  1. Menjaga Kesihatan Mata

Disebabkan kandungan vitamin dan mineralnya cukup banyak, jadi kebaikan makan sayur sayuran pada setiap hari juga bagus untuk kesihatan mata terutama untuk mencegah dan memelihara mata akibat kemungkinan terjadi kerosakan retina mata akibat efek sinaran matahari.

 

 

 

  1. kebaikan makan sayur-sayuranMenunda Penuaan Semulajadi

Kebaikan makan sayur sayuran sememangnya terbaik untuk melembutkan kulit secara semulajadi.

Kandungan klorofil pada sayur sayuran, kadar vitamin C dan E mampu menghasilkan antioksidan semulajadi bagi tubuh memiliki kebaikan bagi kesihatan kulit.

 

 

Beberapa kandungan tersebut berfungsi untuk menghasilkan kolagen dalam tubuh. Di mana kolegan ini berfungsi untuk membuat kulit kelihatan lebih cantik dan bersih serta terhindar dari penuaan semulajadi akibat kedutan pada wajah.

 

 

  1. kebaikan makan sayur-sayuranAnti Anemia

Anemia sering dialami oleh ramai wanita pada hari ini. Dengan pengambilan sayur sayuran, zat besi, asid folat dan vitamin 12 pada sayuran akan mampu memperbaiki sel darah merah yang rosak apabila pernah terjadi pendarahan pada tubuh.

 

Sel darah yang sihat kemudiannya akan dapat menghasilkan hemoglobin yang baik sehingga tubuh terhidar daripada penyakit anemia.

 

Itulah beberapa kebaikan makan sayur sayuran pada setiap hari bagi kesihatan dan kecantikan tubuh. Jadi, mulai sekarang kenalah rajin makan sayur sayuran supaya kesihatan dan kecantikan kulit kita tetap terjaga!

 

[btn text=”LIKE & SHARE MAMANET” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • HUAWEI MatePad Pro Max Dilancar di Malaysia
  • Filem Khadam – Saka Keluarga Yang Menghantui
  • Domino’s Thick Crunch Pizza & Unbox Your Cravings
  • AEON MALL Eco Journey 2026 – Demi Masa Depan Lebih Baik
  • Rakuten Kobo Bawa eReader Terkini ke KLIBF 2026
  • Salonpas Malaysia Rai Pencapaian Global Salonpas®
  • Little Hajj 2026 – Little Caliphs® Didik Anak Mengenal Ibadah Haji
  • HUAWEI WATCH FIT 5 Kini Di Malaysia Dengan Ciri Premium
  • Anmum Essential Gold Sokong Minda & Mata Kanak-Kanak
  • Grannies Kiosk Melawati: Hidden Gem Nasi Dagang KL

Recent Posts

  • HUAWEI MatePad Pro Max Dilancar di Malaysia
  • Filem Khadam – Saka Keluarga Yang Menghantui
  • Domino’s Thick Crunch Pizza & Unbox Your Cravings
  • AEON MALL Eco Journey 2026 – Demi Masa Depan Lebih Baik
  • Rakuten Kobo Bawa eReader Terkini ke KLIBF 2026

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme