Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
Menu
Kedai Baju Saiz Besar Lelaki

Kedai Baju Saiz Besar Lelaki Di Bob Rock Clothing (BRC)

Posted on 02/15/202303/02/2023 by 123mamanet
Kedai baju saiz besar BRC

Sang jejaka berbadan besar tampil lebih bergaya, kenapa tidak? Kedai baju saiz besar Bob Rock Clothing (BRC) menawarkan pakaian plus-size yang berkualiti tinggi. Terdapat banyak saiz daripada XL hinggalah ke 6XL. Sudah pasti ia akan melengkapi tubuh gempal sang jejaka dengan sempurna!

Isi Kandungan hide
1 Kedai Baju Saiz Besar BRC

Bob Rock Clothing (BRC) yang terletak di Plaza Shah Alam menyediakan Men’s Plus Size Clothing yang mana setiap rekaan yang dihasilkan sangat menarik, esklusif dan terhad. Sesuai digayakan untuk majlis kasual, semi-formal ataupun sewaktu bercuti. Nak pakai baju BRC jenis readymade nie untuk baju hari raya nantipun boleh.

Pakaian saiz besar lelaki yang terdapat di BRC amat tepat,  mengikut potongan orang Asia yang berbadan besar tetapi tidak terlalu tinggi. Ukuran serta potongan baju yang tepat sangat penting supaya dapat menyamarkan impression gemuk di mata orang lain.

Kedai baju saiz besar BRC

Kedai Baju Saiz Besar BRC

Jenama BRC menyasarkan untuk memberikan keselesaan dalam bergaya, jadi koleksi terbaru Plus Size Shirt Bahamas mudah dipadankan dengan gaya anda.

Justeru itu, BRC begitu memahami dan sentiasa memastikan setiap pelanggannya dapat mengekspresikan gaya mereka dengan bebas dan yakin.

Potongan baju A-Cut di BRC memanglah awesome. Si pemakai akan berasa lebih selesa dan nampak lebih kemas. Lagipun cutting jenis ini bukan setakat memberikan keselesaan di bahagian perut. Bahkan memberikan kesan perut yang lebih rata dan menyamarkan bahagian bawah tubuh.

Secara tak langsung, bahagian perut yang besar dapat dilindungi dengan sempurna sehingga memberikan efek tubuh berisi nampak lebih kurus.

Jadi, sebab itulah lelaki berbadan besar tidak boleh sembarangan dalam memilih jenis fabrik dan kualiti kain. Ketelitian dalam memilihnya juga penting supaya ia bukan sahaja nampak ideal apabila digayakan. Tetapi juga selesa apabila dikenakan sepanjang hari.

Lagipun lelaki yang berbadan besar cenderung mengeluarkan lebih banyak peluh dan cepat berpeluh. Jadi, material yang paling baik adalah kain yang mudah menyerap peluh, sekaligus cepat kering  seperti kain Cotton Satin.

Kualiti kain yang digunakan di kedai baju size besar BRC ini sangat baik, ringan, lembut, tidak mudah berkedut dan amat selesa bila dipakai.

Koleksi Baru Terbaru BAHAMAS

Terbaru BRC telah memperkenalkan koleksi rekaan yang lebih santai. Rekaannya lebih mirip kepada Hawaiian shirt plus size, plus size Aloha shirt dan plus size beach shirt. Corak dan warna yang sangat menarik. Harga yang ditawarkan juga berpatutan iaitu RM109 sehelai.

  • Bahamas Luke Shirt

Untuk koleksi Bahamas Luke Shirt memang nampak cukup menarik. Motif floral dengan warna coklat dan putih ini membuatkan si pemakai nampak lebih versatile dan sedikit klasik.

Kedai baju saiz besar BRC
Kedai baju saiz besar BRC
Kedai baju saiz besar BRC
Kedai baju saiz besar BRC
Koleksi Bahamas Luke Shirt tampilkan dua warna iaitu coklat dan putih

  • Bahamas Summer Shirt

Jika anda mahukan keselesaan dan tampak hebat dalam kemeja lengan pendek, Bahamas Summer Shirt boleh dijadikan pilihan. Biru dan kuning, yang mana satu jadi pilihan hati. Apa yang pasti, kedua-duanya menarik. Rona ceria kuning dan biru menyerlahkan lagi aura gaya muda si pemakai.

Kedai baju saiz besar BRC
Kedai baju saiz besar BRC
Koleksi Bahamas Summer Shirt tampilkan dua warna ceria iaitu biru dan kuning

  • Bahamas Humming Shirt

Ingin mencipta suatu karakter yang berbeza dalam bergaya? Koleksi Bahamas Humming tampil dengan rekaan corak motif burung ini cukup unik dan menarik.

Ia mampu menyerlahkan gaya vintage yang selama ini mungkin tidak pernah anda jangkakan.Tertarik untuk mencubanya? 

Ekspresikan gaya vintage dengan dua warna ini, putih atau hitam? Pilihan di tangan anda, tetapi yang pastinya kedua warna ini menarik!!

Kedai baju saiz besar BRC
Kedai baju saiz besar BRC
Koleksi Bahamas Humming Shirt tampilkan dua warna menarik iaitu putih dan hitam

  • Bahamas Beach Shirt

Gaya moden dan trendy anda akan lebih terserlah dengan koleksi Bahamas Beach Shirt terutama apabila keluar bersiar-siar ataupun menikmati momen percutian.

Sesuai digayakan dengan seluar pendek atau seluar pantai.Warna natural seperti peach dan navy blue dengan fabrik berkualiti, lembut  membuatkan si pemakai berasa lebih selesa.

Kedai baju saiz besar BRC
Kedai baju saiz besar BRC
Kedai baju saiz besar BRC
Koleksi Bahamas Beach tampilkan dua warna iaitu peach dan navy blue

Artikel Lain: 5 Tips Beli Baju Baru

Check It Out!

Plus Size Fashion Ideas

            Koleksi Terbaru BAHAMAS –  https://www.bobrock.com.my/collections/new-arrivals

             Bahamas Summer – https://www.bobrock.com.my/products/plus-size-shirt-bahamas-summer

             Bahamas Humming – https://www.bobrock.com.my/products/plus-size-shirt-bahamas-humming

             Bahamas Luke – https://www.bobrock.com.my/products/plus-size-shirt-bahamas-luke

             Bahamas Beach – https://www.bobrock.com.my/products/plus-size-shirt-bahamas-beach

Plus Size Clothing Online Malaysia

Sekiranya tak berkesempatan untuk singgah ke kedai baju saiz besar BRC, anda boleh menjengah ke butik dalam talian menerusi laman web  https://www.bobrock.com.my/    

Atau beli di Shopee – https://shope.ee/8euaeo19BS

Lazada –

Selamat bershopping!

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!
  • EVERGREEN EDUPRESS Lancar Siri SEL di Beijing
  • Cadbury Dairy Milk Baharu – Lebih Kaya & Lebih Coklat!
  • Spritzer Lancar Kempen “Air Love Cuti-Cuti: Jom Healing”
  • Huggies AirSoft Pants Baharu – Lampin Lembut & Bernafas
  • 4U2C Comeback! Konsert Eksklusif 15 September Ini!

Recent Posts

  • Superman Terbang Tinggi Ke AEON Mall!
  • F&N MAGNOLIA Lancar Edisi Terhad Minions di Seluruh Malaysia
  • MR D.I.Y. 20 Tahun – Konsert Gempak di Stadium Merdeka!
  • Holistic Way Lancar 4 Suplemen Baharu Untuk Gaya Hidup Sihat
  • Cream-O Strawberry Baharu: Berry ONZ dengan Setiap Gigitan!

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2025 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme