Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
kejang kaki

Kejang Kaki Ketika Tidur, Ini Penyebabnya!

Posted on 08/12/201608/12/2016 by 123mamanet
kejang kaki
Kredit: ichef.bbci.

MASALAH kejang kaki boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja termasuklah ketika kita sedang lena diulit mimpi indah! Biar pun ia bukan masalah kronik, namun akan menganggu keselesaan dan rutin harian kita.

Isi Kandungan hide
1 Punca yang menyebabkan kejang kaki dan bagaimana cara mengatasinya:
2 Cara Mengatasi Kejang Kaki

 

Bayangkan kalau waktu kita sedang enak diulit mimpi tiba-tiba kaki kejang atau sebaik bangun tidur, kaki tiba-tiba mengeras. Apalagi… tentu ada di antara kita yang terjerit-jerit menahan kesakitan tersebut. Tapi jangan panik! Kalau kita tahu mengapa ia berlaku dan bagaimana hendak mengatasinya, tentu lebih mudah.

 

Punca yang menyebabkan kejang kaki dan bagaimana cara mengatasinya:

 

  1. Masalah Perjalanan Darah

    Kejang Kaki
    Kredit: netdna

Jika kerap mengalami masalah kejang kaki  ini, besar kemungkinan ada sesuatu yang tidak kena dengan perjalanan darah. Jika sistem perjalanan darah kita tidak berfungsi dengan baik, darah tidak boleh mengalir ke kaki. Situasi inilah yang membuatkan otos betis menjadi kejang secara tiba-tiba.

 

  1. Kekurangan Mineral

Mineral seperti kalium dan kalsium sangat penting untuk kesihatan tubuh kita. Tanpa mineral yang mencukupi sukar untuk perjalanan darah dapat berfungsi dengan lancar. Jadi sebab itulah jika kita kekurangan mineral ini kita sering mengalami kejang kaki pada malam hari.

 

  1. Dehidrasi

Ketika tubuh telah kehabisan cairan, kita akan berada dalam keadaan dehidrasi. Apabila tidak ada cairan yang mencukupi dalam tubuh, ia akan mempengaruhi perjalanan darah dan juga sistem saraf pusat.

 

Oleh sebab itulah kita kena minum air secukupnya sebelum tidur dan segelas air setiapkali kita terbangun di malam hari.

 

  1. Kehamilanwoman-1118212_640

Kejang kaki pada bahagian betis sering terjadi ketika mengandung. Ianya disebabkan pertumbuhan janin yang menarik mineral penting seperti kalsium dan magnesium dari tubuh kita. Akibatnya , perjalanan darah menjadi lambat da nada ketikanya berhenti.

 

Cara Mengatasi Kejang Kaki

  • Minum air masak, paling kurang tujuh gelas setiap hari, termasuk segelas sebelum tidur.
  • Makan makanan yang kaya dengan kalsium, potassium dan magnesium. Makan sebiji atau dua biji buah pisang sehari sudah cukup untuk memenuhi keperluan potassium kita.
  • Jika kita kerap mengalami kejang kaki ketika tidur, cuba lakukan sedikit senaman pada otot-otot betis sebelum tidur.
  • Tidurlah dengan posisi yang dapat mencegah otot betis dari tertekan tanpa disedari. Gunakan bantal untuk menopang telapak kaki ketika kita tidur telentang.

[btn text=”LIKE FACEBOOK KAMI” tcolor=#FFF bcolor=#FF00FF thovercolor=#FFF bhovercolor=#0000FF link=”https://www.facebook.com/harianwanita” target=”_blank”]

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia
  • Bufet Ramadan SACC Kembali Meriahkan Ramadan di Shah Alam
  • Domino’s Cheese Volcano Kini Lebih Hebat & Lebih Banyak Pilihan
  • Aliff Syukri & 40 Pencinta Emas – Siti Jewels Bangi
  • Planta Sesudu Penuh Kebaikan Sempena Ramadan 2026
  • SKINMADE Star Retinal – Serum Malam Pembaharuan Kulit Unggu

Recent Posts

  • Ceria Raya MOP KLIA – Harmoni Bersama & Aktiviti Raya 2026
  • Pelembap Bibir Lip Pure Tinted Mentholatum
  • Iklan Raya D’Herbs Dilancar Semasa Majlis Raikan Kakitangan
  • Brandfilm Raya D’Herbs 2026 “Ya, Abah Saya Security”
  • Hadiah Kesihatan Raya guardian Malaysia

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme