Setiap kali bila tiba hujung tahun, program Kembali Ke Sekolah memang akan menjadi acara ‘wajib’ di kalangan mereka yang sering terlibat dengan projek amal (CSR) dan kebajikan. Tidak terkecuali Portal majalah Harian Wanita, 123mamanet.com turut terlibat dalam projek AMAL (CSR) bersama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dalam Program Eco Free Market, sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan baru-baru ini.
Program ini merupakan salah satu usaha 123mamanet.com yang bernaung di bawah syarikat Penerbitan Dea Marissa Resources (DMR) untuk turut sama membantu meringinkan beban golongan yang memerlukan, khususnya buat anak-anak yatim, anak-anak asnaf dan ibu tunggal sekitar Shah Alam. Turut hadir memberi sokongan untuk majlis berkenaan ialah Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Haji Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Barang Sumbangan di Booth 123mamanet Langsai Dalam Tempoh Singkat!
Seperti yang telah diduga, barang-barang sumbangan berbentuk barangan sekolah dan penjagaan diri memang menjadi rebutan di kalangan penerima. Dalam tempoh tidak sampai setengah jam, kesemua barangan yang telah disumbangkan oleh pihak penaja daripada pihak korporat dan individu itu, telah laku keras! Segalanya PERCUMA! Ternyata sumbangan kita yang tidak seberapa itu sangat diharap dan dihargai oleh mereka yang memerlukan.

“Saya memang sangat berminat dan akan sentiasa menyokong Projek Amal #darihati123mamanet ini dari semasa ke semasa,” kata Puan Mastura Mohd Shah, 38, Pengasas Produk Teh Hijau Stead an Pengarah Urusan Dzara Health & Beauty ketika hadir di acara berkenaan. Beliau telah menyerahkan sumbangan set alat tulis kepada 50 orang anak yatim dari Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras, Sungai Buloh, Selangor.
Secara tak langsung kita sama-sama dapat membuat kebajikan dan membentuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Terima kasih Dzara Health & Beauty, Guardian Malaysia & para individu berhati mulia yang turut sama berganding bahu dalam menjayakan projek amal DMR ini.
Projek 123mamanet Dan DMR Diteruskan
Bagi anda yang ingin membantu atau join kami (beri sumbangan atau jadi volunteer) untuk misi yang akan datang, projek CSR DMR #darihati123mamanet 5.0 jangan lupa cari kami di https://www.facebook.com/harianwanita/
Ayuh, kita sama-sama membuat kebaikan walaupun mungkin hanya sedikit dan tak sebesar mana! Jumpa lagi dalam program amal di tahun 2019!
#darihati123mamanet
#projekamal
#ecofreemarket
#carfreeday
#csr