Skip to content

123mamanet

Solusi Hidup Sihat & Bahagia

Menu
  • Lifestyle
    • Parenting
    • Showbiz
    • Karier & Wang
    • Tips and Tricks
  • Beauty & Health
    • Kecantikan
    • Kesihatan
    • Fesyen
  • Foodies
    • Resepi
    • Makan-Makan
  • Travel
  • Advertorial
  • Event
  • Privasi & Disclaimer
  • PR Newswire
    • PR Newswire (EN)
    • PR Newswire (BM)
Menu
Kenangan Coffee

Kenangan Coffee Hadir dengan Magical Tiramisu di Malaysia!

Posted on 11/27/202409/26/2025 by 123mamanet

Dessert atau Kopi? Kenapa pilih satu bila anda boleh nikmati kedua-duanya! Kenangan Coffee kini mempersembahkan Siri Magical Tiramisu—gabungan sempurna antara kopi premium dan pencuci mulut ikonik, tiramisu.

Isi Kandungan hide
1 Menikmati Rasa Tiramisu di Kenangan Coffee
2 Siri Minuman Magical Tiramisu
2.1 Tiramisu Latte
2.2 Freezy Tiramisu Latte
2.3 White Tiramisu
2.4 Freezy White Tiramisu
3 Padanan Sempurna Magical Tiramisu

Rasai sensasi rasa mewah dalam setiap tegukan, tetapi jangan tunggu terlalu lama kerana ianya hanya tersedia untuk masa terhad sahaja!

Menikmati Rasa Tiramisu di Kenangan Coffee

Kenangan Coffee, rangkaian kopi grab-and-go yang berkembang pesat dari Indonesia, dengan bangganya memperkenalkan siri minuman Magical Tiramisu di Malaysia—mengubah tiramisu klasik menjadi barisan minuman mewah yang disediakan secara eksklusif. Tawaran terhad ini pasti memikat hati pencinta kopi dan coklat.

Sebagai Unicorn F&B runcit pertama di Asia Tenggara, Kenangan Coffee berusaha untuk mentakrifkan semula pengalaman menikmati kopi dengan menggabungkan inovasi dan tradisi.

Dengan mengubah pencuci mulut klasik yang tidak asing bagi rakyat Malaysia, jenama ini meraikan kecintaan rakyat Malaysia terhadap manisan sambil menawarkan cara unik untuk menikmati rasa tiramisu yang kaya dan berlapis.

“Budaya kopi di Malaysia telah berkembang pesat dalam dekad terakhir, dengan kopi menjadi keperluan harian bagi ramai orang. Sebagai sebuah jenama, kami sentiasa mencipta inovasi baharu untuk menggembirakan dan berhubung dengan pelanggan kami.

Kami berharap dengan siri Magical Tiramisu ini, pelanggan kami dapat menikmati musim percutian yang ajaib dan mencipta kenangan istimewa bersama kami. Dengan Magical Tiramisu, kami membawakan yang terbaik dari kedua-dua dunia untuk menceriakan hari anda,” kata Quennie Tan, Ketua Pemasaran, Kenangan Coffee.

Siri Minuman Magical Tiramisu

Siri ini memperkenalkan empat minuman baharu yang lazat, diinspirasikan oleh pencuci mulut Itali yang digemari ramai. Setiap satunya dirumus dengan teliti untuk memenuhi pelbagai cita rasa.

Tiramisu Latte

Untuk pencinta tiramisu klasik, minuman ‘ajaib’ ini menggabungkan espresso yang baru ditarik, sirap tiramisu dan susu khas Kenangan Coffee yang lembut. Lapisan sos coklat yang kaya dan ‘decadent salted cream’, dihiasi dengan serbuk koko Belgium memberikan sentuhan akhir yang sempurna.

Freezy Tiramisu Latte

Untuk yang mengidamkan versi sejuk, minuman ice-blended ini menampilkan espresso, sirap tiramisu dan cip coklat, dicampur dengan susu khas Kenangan Coffee dan krim masin. Ia dihiasi dengan sos coklat, vanilla whipped cream dan serbuk koko Belgium.

White Tiramisu

Pilihan untuk mereka yang inginkan pengalaman kafein lebih ringan, minuman ini menggabungkan sirap tiramisu dengan susu khas Kenangan Coffee. Lapisan sos coklat dan krim masin serta serbuk koko Belgium melengkapkan rasa yang seimbang.

Freezy White Tiramisu

Menghidangkan  kelainan yang menyegarkan, ice-blended ini menggabungkan sirap tiramisu, cip coklat dan krim masin bersama susu khas Kenangan Coffee. Dihiasi sos coklat, vanilla whipped cream dan serbuk koko Belgium.

Padanan Sempurna Magical Tiramisu

Gandingkan siri minuman Magical Tiramisu dengan hidangan istimewa dari Kenangan Coffee untuk pengalaman yang lebih sempurna.

Chocolate Walnut Brownie dengan tekstur yang kaya dan topping walnut rangup, melengkapkan rasa tiramisu dalam minuman ini. Di samping mencipta gabungan rasa manis dan tekstur yang harmoni.

Pilihan lain ialah Aren Crème Croissant – pastri rangup dan berlemak yang diisi dengan krim aren khas Kenangan, menjadikan gandingan ini cukup lazat. Dapatkan diskaun RM2 untuk hidangan ini dengan pembelian mana-mana minuman buatan tangan.

Pelanggan juga boleh mencuba Aren Cream Puff yang baru dilancarkan – pastri choux yang ringan dan rangup, diisi dengan krim aren Kenangan yang mewah.

Pilihan ‘Box of 6’ sangat sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah, buah tangan ataupun sekadar memanjakan diri sepanjang musim cuti ini!

Dengan menjadikan klasik kegemaran ini sebagai siri minuman, kami bukan sekadar menghidangkan kopi! Kami menawarkan pengalaman unik yang dipilih susun khusus yang melengkapkan kecintaan pelanggan kami terhadap kopi berkualiti dan pencuci mulut kegemaran.

“Kami menggalakkan semua orang menjadikan Kopi Kenangan sebagai destinasi utama mencipta kenangan manis, sama ada bertemu rakan-rakan atau meluangkan masa bersama orang tersayang,” tambah Quennie Tan lagi.

Sejak mula berkembang di Malaysia pada tahun 2022, Kopi Kenangan kini mempunyai lebih 73 cawangan di seluruh negara dan telah mendapat kedudukan kukuh di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, layari www.kenangancoffee.my.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Need my service?

For any review, sponsorship, invitation and collaboration 123.mamanet.com please email : mydeamarissa@gmail.com
or contact : 012-3373 012

Artikel Popular

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000
  • Sunplay Skin Aqua Hyaluronic Acid Serum UV – Sunscreen Ringan
  • Munchy’s Biskut Kraker Keju dan Coklat Baharu di Malaysia
  • Kesihatan Mulut Malaysia – 85.1% Dewasa Alami Karies
  • RUBINE Kediaman Moden Malaysia Dengan Teknologi Pintar
  • HUAWEI Mate 80 Pro – Ganjaran RM2,000+ Sebelum Tamat

Recent Posts

  • Skincare Derma Asia Sunway Pyramid 2026 | guardian Malaysia
  • JessC Artis Malaysia Raih Pengiktirafan Global
  • Kodomo Probiotic Toothpaste Lindungi Gigi Anak dari Kaviti
  • HUAWEI MatePad Mini Malaysia – Ringan & Pintar
  • MYguardian Rewards – Tebus Baucar RM20,000

Disclaimer

Segala yang tertulis di dalam entri ini merupakan hak milik Dea Marissa Resources (DMR).

Jika mahu dijadikan sumber rujukan sila letakkan kredit dari sumber www.123mamanet.com

Sebarang perubahan mungkin berlaku tanpa ada sebarang notis pemberitahuan.

Harap maklum.

Ada brand, produk atau event yang nak diketengahkan dekat 123mamanet.com?

Whether it’s for reviews, sponsorships, invitations atau apa-apa collab menarik, we’d love to hear from you!

© 2026 123mamanet | Powered by Superbs Personal Blog theme